Tuesday, 13 December 2016

lesen kereta manual atau auto?

dah lama dah tak update blog,

saje nak kongsi pengalaman ambil lesen masa tahun lepas, moga bermanfaat pada yang lain yang tengah nak ambil.
Lesen kereta ni ada dua pilihan sama ada nak ambil auto atau manual, dan lagi antara dua ni sama ada nak ambil pakej belajar sampai lulus ataupun sekali ambil test je(yang ni saya expain kemudian).

Untuk manual atau auto, ramai terutama perempuan yang takut nak bawa manual, jadi dorang fikir kalau nak senang lulus ambil auto. Salah sebenanya, Rugi sanagt ambil lesen auto .Nak bawa manual bukan susah pun(nanti saya bg tips macam mana nak lulus manual). Dapat je lesen manual automatik kite dah boleh bawa kereta auto.Tapi kalau dapat lesen auto, mmg tak boleh bawa kereta manual.dah lah lesen auto mahal. Jadi rugi.Lagi satu kalau ambil auto ratanya2 cikgu akan mula tido dalam kereta sebab bosan, yelah bukan ada benda nak ajar sangat takat ada 2 pedal je minyak dengan brek sehari je kita boleh dah bawa kereta. Jadi saya sarankan ambil manual jangan auto . Rugi sanagt tau.

PAKEJ SAMPAI LULUS ATAU TIDAK
Untuk pakej sama ada nak ambil pakej sampai lulus atau sekali test je. Pengalaman saya dulu, ramai tau sebenarnya akan takut kalau fail test komputer, dan test jpj. So banyak lah akan ambil pakej "sampai lulus " sebab takut gagal., nanti dah gagal kena bayar tambahan. Apalagi yang kes macam saya taktahu dan tak penah bawa kereta. takut gagalkan. baik ambil sampai lulus.sebenarnya salah!

Standard yuran lesen manual,yang biasa Rm1350++, tapi kalau pakej sampai lulus ada yang cecah sampai 2400++ beza 1000 kan, (sebab apa saya kata rugi ambil pakej sampai lulus nanti saya explain ).dan lagi satu jangan sesekali ambil lesen under agent, rugi2, sbb dorang ambil untuk atas angin je. nnti saya bagi tahu kenapa.

Untuk permulaan , bila kita dah bayar separuh harga yuran, kita akan diberi buku ni yang kelas D manual
Dan selepas tu barulah diberitahu tarikh untuk kuliah 6 jam. Yang ni biasanya mesti akan mengeluh, yelah dengar ceramah 6 jam kan. takutmengantuk lah, bosan lah Salah tau jangan fikir macam tuh, ingat yang beri ceramah tuh manusia, dia sampaikan ilmu, berilah tumpuan sepenuhnya, Banyak benda penting yang dia sampaikan, Lagi2 tips nak lulus test komputer dan jpj, jadi jngan lah tiba2 set ceramah tuh membosankan, nanti apa pun tak masuk.

TEST KOMPUTER
Seterusnya , lepas seminggu dari tarikh kuliah , lepas tu baru lah boleh ambil test komputer. Ingat tau jangan ambil test tanpa buat persediaan , ambil redah je . Buku yang dia bagi tu , kalau boleh buat semua latihan dalam buku tu, sebab soalan komputer nanti dia ambil dalam tu juga.Buat semua kalau boleh. Ingat markah lulus komputer 42/50 , Jadi minimum salah 8 je, jangan nak sok sok pandai  buat laju2 masa test tanpa semak balik, gunakan masa yang dia bagi sebaik mungkin.Sebab ada pngalaman budak sebelah saya buat laju2 then gagal, kan kena bayar tambahan, kena buat lain hari pula kan dah membazir masa wang disitu. Tapi kalau anda ambil pakej sampai lulus bukan bermakna anda gagal tapi dia bg je anda lulus, tak, anda kena juga buat test komputer sampai anda betul2 boleh score  42 and above, cuma bezanya anda tak dikenakan byaran tambahan kan dah bayar mahal dulu.
Cuma nak cakap, bukan susah sangat pun test komputer tuh, tapi juga tak senang tau, sebab tuh saya kata kena buat ulangkaji dulu, tak lah membazir, nak bayar lebih .takan lah bengap sangat sampai test komputer ambil lebih dari 3 kali kan.
KELAS MEMANDU
Seterusnya, bila dah lulus test komputer, seminggu selepas tu barulah diberi lesen L, than baru lah kita boleh tetapkan latihan memandu, cikgu memandu pun kita boleh pilih, Kalau boleh pilih cikgu yang kita rasa sesuai dengan kita, yang kita selesa. Memandangkan saya tak kenal pun senarai2 cikgu memandu jadi saya pilih je cikgu yang bagi kuliah dekat saya, kan sikit dah kenal masa dalam ceramah hari tuh.Ikut nasib juga, sebenaya cikgu2 nih memainkan peranan yang penting tau, samada kita lulus test jpj atau tak. jadi kena betul2 pilih yang ikhlas mengajar , minta suggest dari akak kaunter pendaftaran tuh cikgu mana y oke, tapi kalau mula2 je dia ajar kita rasa tak okay, jangan segan kita boleh tukar cikgu sbb kan kita dah bayar.

Kelas memandu 16 jam tau , 10 jam dalam litar dan 6 jam dekat jalan raya. then kita boleh minta tambahan jam tapi kena bayar tambahan.
lepas habis jam kelas memandu baru lah boleh ambil test jpj.

Nak cerita pengalaman, cikgu memandu akan tanya soalan ni mula2, penah bawa kereta tak? saya ni bukan je penah bawa kereta,nak start enjin je pun saya tak tahu, mmg zero pasal kereta,jadi cikgu ni pun  boleh analyse nak ajar kita yang zero pasal kereta nih macam mana.

benda yang mula2 kita akan diajar RPK (rutin pemekrisaan kereta) dan RSM (rutin sebelum memandu), 2 benda ni tak susah pun nak ingat, janji faham jangan dok hafal tanpa faham. kena praktis selalu dekat rumah . pakai lah kereta sesiapa pun biar lancar, takde lah gugup nanti masa test jpj.

Dalam litar kita akan diajar .
1.Naik Bukit
2.Side Parking
3.3 Penjuru
4.Selekoh S
5. Selekoh Z

5 benda nih kena lulus satu gagal mmg gagal semua.Dan selepas itu barulah jalan raya. Ramai yang gagal bila buat bukit.Nak buat bukit bukan susah, juga tak senang, cuma sedikit mencabar dari yang lain, takut terundur dah gagal. Sebenarnya bila buat bukit perlukan latihan yang banyak ye banyak sangat. Cikgu saya perempuan, jadi emosi dia lain macam sedikit lagi2 kalau saya terundur buat bukit, jadi apa yang dia ajar tak dapat sangat, yelah saya perempuan kena mara lagi lah gelabah, Tapi yang untung nya ada part cikgu lelaki yang lain ganticikgu saya, dia bg tips buat bukit, tenang , fokus, balancekan minyak dan clutch terus saya dapat buat, nampak tak. 

tak cukup sebenarnya dalam litar, jadi saya kat luar pun saya belaja, dengan sepupu saya,.guna kereta arwah abah saya, ye kena juga belaja kat luar, sbb 16 jam tuk belaja bawa kereta lagi2 kita yg first timer lg gagapkan.mmg tak cukup. mmg tak akn confident, banyak yang gagal sebab belaja dalam tuh je. Jadi gunakan masa belaja lebih, lagi2 kalau yang amik pakej macam saya. tapi kalau anda ambil pakej sampai lulus, jangn salah faham ye, kalau anda gagal slah satu, bukan bermakna anda terus diberi lesen P , tidak2, anda kena juga tunggu lebih kurang 2 minggu untuk test yang seterusnya, kalau gagal lagi , kena juga tunggu test yang seterusnya sampailah anda betul2 lulus. cuma beza, anda tak akan dikenakan apa2 bayaran lagi kan dah bayar 2400++ masa awal dulu, berbanding pakej mcm saya kalau anda gagal anda kena bayar200 tambahan, 

contoh lah anda gagal 2 kali, bayaran dia still tak akan sampai pakej sampai lulus.tuh. kan.jadi sebab tuh lah saya kate rugi kalau anda ambil pakej itu.


UJIAN TEST JPJ
Masa test jpj, masa ni semua pelajar akan gugup, gementar, time nilah kau akan tengok muka nervous tiap seorang.Yelah lagi2 tengok muka jpj yang taknak senyum. Sebenaya jpj lelaki oke je, Tapi jpj perempuan akan acah2 garang lah kunun tanak senyum, bg arahan kuat2 pastu nak ayat mmg ikut buku betul, apa tah , yang dengar mmg lah rasa nak gugup je jantungkan.Tapi kau relaks je, sbb dorang ni acah2 je, ala dorang ni manusia juga, Tips yang penting tenang oke. jangan takut, sebenarnya kalau takut.tuh lah tak dapat fokus tuh, sbb tuh lah mati enjin lah , lupabagi signal lah. ingat TENANG DAN FOKUS okay.


nanti saya sambung lagi okay, kalau tips saya bg nih berguna jangn lupa tinggalkan komen ya, penat tau tulis panjang2 nih , hihi






















49 comments:

  1. Terima kasih,akak
    Sgt berguna nasihat dr akak
    Mudah-mudahan sy dpt lulus nanti lesen memandu sy😊

    ReplyDelete
  2. Thanks akak for this post! Berguna utk saya yang baru nak ambik lesen 💖

    ReplyDelete
  3. saya rasa awak sepatutnya berhati hati tulis pasal lesen auto :) semua tu memang betul tapi tak salah & tak rugi pun nak amik lesen auto asalkan in the end boleh drive ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu . Beza harga lesen auto dgn manual 100 je . Xdela harga yahudi sgt . Plus , ambik lesen manual pun end up dok bawak kereta auto jugak😏 . Lepastu peratus yg amik manual ramai gagal dekat bukit .

      Delete
    2. Kat tmpt saya beza sangat. Ehh manual ni tak lah susah mana pun, awk jngn lha di momok kan dengan orang lain y kate manual ni susah. Ehh mase saya ramai je y lulus dekat bukit. Maksud saya gini tau. Y ruginya awk bayar mahal mahal untuk auto. Tapi tak belajar sngt pun. Dua pedal mudah je. Compare kalau awk ambil manual. Mmcabar sikit tapi tak susah. End up awk dpat lesen, awk boleh bawa kereta auto, walaupun lesen awk mnual.

      Delete
    3. Terpulang lha awk nak ambil y mana, ni pndangan saya. Then saya amik atas respon kawan kawan juga. Bila nak suh drive kete, then cakap "alaa aku tahu auto je manual tak pandai " kan untung kalau tahu dua dua skali.

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
    5. Btw takpayah nak ikut pandangan orang sangat ye . Ikut pandangan sendiri sudah

      Delete
    6. Betul tu . Awak tulis tu seolah olah perlekehkan orang yang ambil lesen auto . Awak nak ambil lesen manual, tu ikut awak lah. Jangan lah dok hasut orang untuk ambil manual. Ikut orang laa nak amik auto ke manual kee. Yang penting auto ke manual ke bawak kereta tetap ada lesen kan? Janganlah cakap rugi lah apa lah . Baik auto ke manual ke bayar tetap bayar yee . Bukannya lesen auto tu dapat free. Auto pun kena hadap jpj jugak. Belagak betul kata auto ni senang.

      Delete
    7. Relek brader. Ok la tu penulis gitau macam tu. Biar standard tinggi sikit bila belajar ni. Sebab tu dia kata senang je. Supaya kita yang zero knowledge berkaitan amek lesen ni lebih pandai sebab ambil manual yang lebih mencabar.

      Delete
  4. best nya baca penulisan ini - buat sy ada yakin sikit dalam diri untuk ambil lesen .. anyway, diri ini mmg tgh fikir nak ambil auto atau manual .. tapi sy rasa memang baik ambil manual. banyak yang cakap - baik ambil manual, kerana jika tahu manual, maka tahu jugak utk bawak auto. tapi jika belaja auto - memang tak boleh la bawak manual .. sudah rugiii .. mana lah tau kan, tetiba kena bawak keta manual dlm keadaan emergency .. kan dah nyaye ... tq tq tq share info berguna ini ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul. Bijak pun awk. In case emergency case kan nak bawa kete. Tibe tibe tak tahu bawa manual. Sudaahhh.

      Delete
  5. terima kasih kak syaukah!sANGAT BERGUNA 5NFO kakak ini

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas pencerahan.sangat berguna. tp ada part yang kuran jelas. 1.Jika ambik lesen manual sahaja . Boleh drive kereta manual dan auto ? (2)jika ambik lesen auto sahaja ? hanya boleh drive kereta auto sahaja.


    ReplyDelete
  7. Saye dah lulus dah.. motor je bukan krete .. hahaha..

    ReplyDelete
  8. nak tanye boleh tak tukar lesen Da ke d ...
    saya baru lepas kursus .. komputer blum lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu nak tukar juga, macam mana caranya

      Delete
    2. Nak tukar juga! Hahaha. Dah dapat jawapan sharing okeyhh 🤗

      Delete
  9. stresssnya. ada tips utk berani bawa kereta? dah ada lesen dkt 6y++ tp tkut nak bawa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak de tips. Nak taknak akak kena juga hadapi ketakutan akk. Kalau org lain boleh mesti akk punbokeh juga.

      Delete
  10. Tq kak, info yg sangad berguna

    ReplyDelete
  11. So you lepas one go ya? Ke ada ulang exam jugak

    ReplyDelete
  12. rasa semngat skit nak amek lesen . heheh thank u kak

    ReplyDelete
  13. Thanks for sharing..info yg sgt berguna.

    ReplyDelete
  14. Sy skrg bljr kereta tp manual, silap sy sllu bnda yg sma, sy kemungkinan tkut ataupn x fokus, tp blh ke tukar kelas manual ke auto ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la sy nak tukar juga ke auto...sape tau prosedur dia

      Delete
  15. Thank you so much for your helpful tips and knowledge. Much appreciated

    ReplyDelete
  16. Terima kasih lepas baca ni memberikan sya keyakinan nak memandu

    ReplyDelete
  17. Semalam br test jpj...ulangan kali ke 2,dh lulus...alhamdulillah...byk yg buat ulangan sampai 5 6 kali...kesian tgok

    ReplyDelete
  18. mekacihh akak yg budiman & sudi syer tips.. saya prnh survy kt Metro.. Makdatok.. smpai lulus lbih 2k..yg biasa below 1.5k..apa tokey metro tu nk bukak sek.pilot jet pjuang ker yg klm kabut nk henjut bdk2.. Yg merana msk bpk jgk.. Kann.. akhirkata blh brkenalan? saya ada lesen helicopter&kapalselam tau..

    ReplyDelete
  19. klu lakukn sesuatu dgn tekun & sepenuh hati.. Pasti lulus mudah.. Tp klu kuat berangan masa bljr dah sembang nk beli x70 la x50 laa.. tp amik lesen pn mak bapak yg byr..

    ReplyDelete
  20. TERBAIK..Terima kasih atas perkongsian..mohon ada lg perkongsian yg mcm ni..sambung lagi yaa...:)

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah.. terima kasih kak.. doakan kami dapat ambil lesen dengan baik nty yaa.. 🥰🥰🥰

    ReplyDelete
  22. tengah fikir nak ambik auto atau manual😭

    ReplyDelete
  23. waklu rugi ambil auto... lesen DA utk org2 kaya ... hahaha... peduli la org nak ambil lesen apa pun hak org la... kena kecam delete komen org wkwk ..koyak3x...ko bawa je la kereta manual kat rumah ko tu ada org kisah... hahhaa lawak la penulisan mcm ni... bangga sgt dgn lesen D dia tu... zaman dah moden la oii... kereta semua auto... benda mudah dok susah2 nak ambil manual knp... Honda pun x keluarkan kereta manual lagi... oppsss org manual2 ni mampu ke nak pakai auto honda ni... bangga dengan lesen D ada la... wkwkw... zass...

    ReplyDelete
  24. Very useful miss/madam🥰🥰🥰 thanks bagi tips nii...baru nampak sikit ii 😅💕

    ReplyDelete
  25. Very useful miss/madam🥰🥰🥰 thanks bagi tips nii...baru nampak sikit ii 😅💕

    ReplyDelete
  26. may god bless you, kind heart.tq.

    ReplyDelete
  27. Kereta manual atau kereta auto tetap dapat lesen.orang lain yg ambik lesen manual sampai sekarang tak berani bawa kereta manual sebab susah last2 bawa kereta auto.Zaman sekarang kereta semua auto.

    ReplyDelete
  28. Bagi saya tak rugi ambik lesen auto,anak saya 10 kali gagal bawa kereta manual banyak kali ulangan sampai la dia terpaksa tukar ambik kereta auto baru la dia lulus.Alhamdulillah dapat lesen

    ReplyDelete
  29. Thanks akk atas perkongsiannya! Sangat informatif☺️👍🏻 saya dah umur 25thaun baru ada masa tuk belajar bawa kereta. Banyak yang saya tak tau.. Thanks kak. May Allah bless you. Teruskan berkongsi pengalaman2 lagi ya 😊👍🏻 (abaikan komen2 yang tak positif, diorang bukan tahu niat kita macam mana kan..)

    ReplyDelete
  30. Aku ambik auto je terus sebab aku fikir masa depan, dan impian aku nak pandu kereta elektrik, so dah takde function aku nak ambik lesen manual, dahlah susah. Daripada gagal banyak kali nanti pastu last ii bawa auto baik ambik auto dari awal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua org pun ada impian bro. Tapi nak capai impian tu bukan senang, kena berusaha. Lesen manual tak susah gila sgt pun berbanding dgn nak kecapi impian. Aku pun lulus first time walaupun aku slow learner. Boleh lah upgrade lesen nanti (lori, grab, psv, etc) klau nak cari duit lebih. Majikan pun ramai nak lesen manual sbb kete diorg bg byk manual. Kete manual used pun byk yg murah2, bleh beli dgn cash je. Bersusah2 dulu, bersenang2 kemudian.

      Delete