Sekali lagi aku
tewas dengan makna sebuah PERJUANGAN,
Acap kali alasan
dicipta, acap itu juga aku tewas,
Mohon , aku perlukan tamparan agar dapat
bangkit untuk kesedaran,
Maaf , untuk
segala-galanya.
Kerana dari mula aku
masih begini,
Perjuangan yang aku
diikrarkan ketika itu,
Masih belum aku
perjuangkan,
Jujur aku masih kaku
dengan itu dan ini,
Jujur juga semuanya
masih kurang jelas,
Aku mahu kamu semua
faham,
Jalan yang aku
telusuri ini masih baru,
Aku masih buntu
dalam pencarian diri,
Aku itu mudah tergelincir,
Aku itu mudah
memberontak,
Jiwa aku tidak
sesuci kamu semua,
Kerana ia masih
kotor, diulit kekhilafan dahulu,
Ini bukan alasan
yang sengaja aku cipta,
Tapi sebab , mengapa
itu dan ini terjadi,
Mohon aku terusan
dibimbing ,
Mohon aku terusan
dipimpin,
Mohon aku terusan
ditarbiyah,
Agar aku dapat
belajar erti perjuangan,
Yang memerlukan
keikhlasan dan pengorbanan.
Tanpa JEMU.