Sungguh kagum melihat mereka, yang petah berbicara, yang setiap kali bicaranya diselitkan dengan kata-kata hikmah, dalil Alquran hadis Rasullulaah S.A.W penuh berkeyakinan mereka menyampaikan hujah,sungguh terpaku mendengar kata kata mereka. seolah menunjukkan teralu bnyak bacaan dan hafalan dari meraka
Sedangkan ana, kata-kata ana kosong sahaja, lansung tidak menarik perhatian pendengar, seolah pemikiran dan ilmu ana amat cetek dalam Islam, ya amat KOSONG, hafalan ana amat sedikit, sedikit sekali,teramat, sungguh malu
ana akui,llnsung tidak menginspirasikan sesiapapun,
ucapan ana amat tidak menarik,
masih terlalu kaku berada dihadapan,
ana akui
bukan berlatarkan pelajar sekolah agama seharusnya bukanlah patut untuk dijadikan alasan,
usaha itu perlu,
mujahidah itu perlu,
jika mereka bisa, mengapa tidak ana,
ana cuma perlu berusaha lebih lagi dari mereka,
sebenarya tudung labuh inilah mendidik ana agar berterusan perbaiki kelemahan diri,
lebih lagi untuk mendalami ilmu Allah,
Dari Amirul Mukminin Umar al-Khattab ra. katanya:
"aku mendengar Rasullullah SAW bersabda, Hanya sesungguhnya segala amal itu bergantung dengan niat, Dan sesungguhnya bagi setiap manusia apa yang diniatkannya, Maka barang sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barang sesiapa yang hijrah nya kerana dunia yang ingin diperolehmaka hijrahnya itu adalah kepada apa yang ia hijrahkan.
HR Bukhari dan Muslim
"Man Jadda wajada , barang sesiapa yang bersungguh untuk mendapatkannya , pasti akan mendapatkannya,"
"Selalu ada hararapan bagi mereka yang berusaha,"
doakan ana, untuk dapat tingkatkan kelemahan diri,
moga ana terus kekal beristiqamah,
amin .
Nota hati : 1. Baru sahaja sertai PIBH, persatuan Baitul Hadhari, disebabkan bulan puasa hampir sahaja
tiba bnyak program ang mereka rancang,
2. Mahu dekat dan kawan dengan ukhti-ukhti yang bertudung labuh,