AHAD 26 APRIL 2015
"Abah kita baca yassin sama2 lagi ye"
waktu nih tengok abah lemah sangat, abah hanya mampu terlantar di atas katil, wajah abah pucat.
berapa kali abah kerut kan kening, menahan sakit.
sebak sangat masa baca yassin, saat bacaan aku terhenti sebab menahan sebak, berapa itu juga abah betulkan bacaan yassin aku.
abah hafal yassin walaupun matanya tertutup.
selesai baca. "terima kasih nurul"
aku cium abah, "abah cepat sembuh ye abah"
sebak.
ISNIN 27 APRIL 2015
Abah minta untuk dibawa ke Hospital. Abah kata dia ta larat dah.
semua makanan yang disuap semua abah muntahkan.
dah dekat sebulan abah macam nih,
sebab itu abah lemah.
kulit abah kering mengulupas ,
dengan paklong aku dan ibu bawa abah ke Hospital.
Abah dimasukkan ke dalam wad emergency terlebih dahulu.
lama juga tunggu abah. dari pukul 11.00pgi hingga petang baru dapat tahu kondisi abah.
kami balik sekejap tukar baju dan datang balik malam nih.
bila tengok, abah , badan abah dimasukkan air, tengok kulit muka abah, dah tak kering,cuma abah perlu bantuan pernafasan untuk bernafas.
abah suruh ibu balik,dan esok datang balik.
tapi ibu still tunggu abah.
malam itu pukul 1 pagi abah dapat dipindahkan ke wad biasa .
aku dan ibu teman kan abah.
memang tak dapt tidur waktu macam nih,
sebab abah pun tak dapat tidur,
seluruh badan abah sakit,
"nurul urut bahu abah"
abah cakap semua badan abah sakit.
tak sanggup, sumpah aku tak sanggup tengok abah sakit macam nih, Ya Allah.
abah lansung tak dapat lelapkan mata dia.
kejap2 dia minta katil dia untuk adjust turun naik katil,
kejap2 abah minta air.
:"(
SELASA 28 APRIL 2015
Pagi tuh aku dan ibu balik sekejap, sebab nak tukar baju dan tidur sekejap, terlalu mengantuk sebab dari semalam tak tidur.
maklong : Kau tahu yet , Alang tuh dah lain macam dah, cakap mengarut2,kenapa tinggalkan dia.
terlalu risau baru sekejap tinggalkan abah. Maklong datang , terus buat suspen.
malam tuh aku jaga abah, sebab seorang pelawat saje dibenarkan melawat. Kesian ibu, biarlah dia rehat dekat rumah , gilir teman abah.
abah: Nurul ibu kuatkan. semua kerja boleh buat, tapi abah ketua keluarga, tapi abah lemah.
aku cuma diam, dengar saja luahan abah.
tahu, dalam keaadaan abah lemah macam tuh, dia masih lagi nak luah apa dia rasa.
kejap2 abah bangun. " sakit bah"
abah kerutkan dahi." dada abah urut "
kaki abah.
selesai baca yasin , aku tengok abah masih tak dapat tidur, seluruh badan abah sakit.
"abah waktu macam ini Allah nak dengar taubat kita" " Allah rindu bah"
tapi respon abah mengecewekan.
dari dulu lagi, doaku tanpa pernah bosan supaya pintu hati abah terbuka untuk taubat, sebelum kembali kepada Allah.
tapi mungkin malam itu belum lagi. :"(
aku takut kalau Allah ambil nyawa abah saat Allah tidak ampunkan dosa2 abah.
RABU 29 APRIL
Macam2 doktor datang, tengok abah.
tengok kencing abah yang semakin kotor.
awak keluar sekejap ye. tirai katil abah ditutup.
doktor pakar yang ada didalam.
selesai perbincnagn .
doktor yang incharge abah , datang dan bagi tahu.
"nak tahu kondisi ayah awak'
satu dia beritahu abah sakit itu ini,
berderup darah aku dengar.
"keadaan ayah awak dah semakin teruk"
tak ada apa dapat sembuh, buah pinggang dah rosak. kuman dalam badan ayah awak semaki banyak,
cuma apa yang dapat kami buat sekarang bukan menyembuhkan cuma sekadar menghalang orgar yang tak rosak daripada terkesan, ni belum lagi x-tray buat tadi kami tengok bengkak pada jantung , kemungkinan jantung tersumbat.
satu persatu dia jelaskan.
kau tahu aku rasa, nak jatuh.
"bacalah ayat apa apapun , benda dah rosak tak boleh sembuh"
Dia jelaskan tanpa punya empati . seolah dia tolak kuasa tuhan yang maha kuasa.
mungkin dia selalu lihat yang alquran yang aku pegang.
terlalu kecewe, seolah mereka semua dah berputus asa nak merawat abah . :(
aku tak kuat , dengar semua tuh dari doktor,
Malam ini giliran zaid untuk jaga abah.
ketulan pada dada akan dibedah.
sebenarnya dari aku kecik lagi ketulan dekat dada abah dah ada, cuma masa buat jantung abah tahun2009, doktor tak berani nak buang ketulan itu sebab ia melibatkan nyawa, tapi pelik kali ni doktor ni nekad nak buang ketulan itu sebab dah bernanah.
Khamis 30 april 2015
Hari ini , giliran ibu untuk jaga abah,
aku dan abang datang lewat petang.
suatu yang amat mengejut lihat kondisi abah semakin pulih , abah semakin semangat.
"Eh abah, dah sihat ke nih " semalam lemah je.
"cer abah pegang surat khbar nih "
Tak seperti hari hari kelmarin, kali ni tangan abah semakin kuat tuk genggam surat khabar tuh.
angkat tangan pun abah dah boleh.
suara apa yang serak sebelum nih dah hilang, apa yang abah cakap pun dah semakin jelas.
satu2 abah terangkan dekat aku dan abang tentang kondisi dia.
rawatan susulan yang doktor nak buat untuk abah.
abah semakin semangat nak sihat.
"Inn Syaa Allah abah sihat lah nanti "
dan yang paling mengejutkan sebenarnya, bila abah tanya pasal solat.
"boleh ke ibu ambil wuduk abah "
subhanallah. kau tahu waktu tuh dah berlinang dah air mata aku, abah yang selama ini tak pernah tanya pasal solat, tapi kali nih dia soal pasal solat.
"abah nak solat maghrib nanti"
baiknya Allah, doa aku selama ini dalam sujud yang terakhir , rupanya Allah dengar,
sayang nya Allah pada abah, Allah bukakan pintu hati abah , walau saat abah sakit.
sayangnya Allah pada abah , Allah beri abah sakit untuk abah ingat pada DIA.
"ade pendapat kata tidak boleh, tapi juga pendapat kata boleh"
'ABAH, ambil lah pendapat yang kata boleh berdasarkan hadith yang mengatakan Rasullulah alihkan kaki Aishah masa Rasullullah solat"
Allah sahaja yang tahu perasaan yang aku rasa waktu itu,
syukur sangat.
Allah kabulkan doa.
JUMAAT 1 MEI 2015
Pukul 9 lagi paklong dah jemput, supaya aku pula yang jaga abah, dan bagi ibu balik tuk rehat.
"Nurul abah dah cakap2 pasal mati"
satu2 ibu cerita pasal abah.
"Nurul ibu ade mengumpat pasal abah tak"
tak ada pula abah, kenapa bah. aku nak dengar dari abah sendiri apa yang abah rasa.
abah senyum.
hari ini, abah mengantuk sangat.
"abah , semalam abah sihat, hari ni kenapa sekarang abah sakit balik"
sebab aku tak puas hati, tengok abah dah sakit balik,
muka abah pucat,
suara abah , dah tak jelas,
abah lemah balik.
semalam Allah bagi abah sihat , tapi hari ini dah tak.
abah ukir senyum lagi
"abah ,makan sikit ye abah. " abah angguk.
tapi bila nasi disuap, abah tidur.
"abah , bangun lah abah, kenapa abah tido je"
"abah kata abah nak makan, pastu abah tido"
"abah dengar tak nurul cakap tak ni.
nada sebak yang aku ucap, aku nak abah sihat lagi,
aku nak buktikan apa yang mereka sekeliling ucap pasal abah, yang mereka salah.
"abah kau tak lama lagi" paklong.
"ayah awak dah takde harapan, doktor
"alang tuh dah macam nak pergi tao" maklong
siapa mereka, mereka bukan tuhan nak tentukan abah dah tak lama lagi,
terlalu emosi. :'(
"mungkin sebab abah makan ubat kot, sebab tuh lah abah ngntok"
"abah cepat sihat ye abah"
berkali kali dahi abah aku cium.
cuma respon snyum yang ukirkan.
abah senyum lagi.
'Nurul , abah ngantuk sangat nih, taktahu kenapa , rasa nak tidur je dari tadi"
takut tidur terus je nih"
Nurul fahamkan , nurul fahamkan.
abah senyum.
tidak banyak y kami bualkan , sebab abah terlalu mengantuk. kejap2 abah tidur, kejap abah minta air, bila air sampai dekat mulut abah , abah tidur, abah sendiri sedar, tapi dia tak dapat kawal ngantuk dia.
"dik , pakcik ngantok sangat nih, kenapa ye, tak boleh kawal ni"
abah tanya dekat jururawat lelaki.
"kena banyak borak pakcik, baru tak ngantuk"
malam seperti biasa,
"abah , nak baca yassin tak "
abah angguk.
abah ambil yassin yang aku pegang dekat tangan.
tapi kali ini genggaman abah lemah.
yassin yang abah pegang jatuh
jelas , riak kecewa abah,
berkali2 abah cuba tuk ambil kembali
tapi yassin tu jatuh balik
"takpelah, kita baca sama2 ye abah macam selalu"
abah angguk.
bersungguh2 abah nak ikut sekali.
jelas sekali lafaz basmallah abah.
yassinn....
dan abah terus tertidur,
ngantuk lagi abah.
"abah , nurul dah habis baca dah"
dahi abah aku cium.
malam nih ,terlalu lena aku aku lihat abah tidur.
tak seperti hari2 kelmarin. sekurang kurangnya, bila abah mengatuk macam nih, abah dapat lupakan sakit abah.
SABTU. 2 MEI 2015
'abah, bangun bah, solat subuh ye, Nurul amikkan air wudhuk abah.
Abah angguk.
pagi ini abah mengantuk lagi, lepas air wudk abah aku ambil , tapi abah tidur balik,
"abah bangun, solat ye bah. Ingat Allah.
tirai langsir abah aku tutup.
abah solat.
9.00am:"Nurul dah zohor"?
"belum abah , baru pukul 9, nnti dah zohor nurul kejutkan ye.
hari ini abah terlalu lain.
abah asyik nak bangun.
"abah, nak pegi tandas ke,?
abah angguk.
'abah cuba berdiri, takpe nurul boleh pimpin abah"
berkali2 abah cuba bangun tuk berdiri, berkali tuh juga dia terduduk balik.
"Rul pakaikan abah seluar, abah tak selesa"
buat pertama kali nya , aku pakai kan seluar tuk abah. abah kata dia tak selesa hanya sekadar berkain sarung (hospital punya)
"pelan2 ye abah masuk kaki abah, "
ambil masa tuk pakaikan seluar abah, disebabkan abah tak boleh berdiri lama.
abah senyum bila seluar sudah dipkaikan.
abah masih lagi nak bangun.
'abah, nak pergi mana"
badan abah menghadap tingkap luar.
abah tunjuk arah tingkap.
abah nak balik rumah ke,?
abah angguk. abah senyum.
lain , kali ni riaksi abah terlalu lain. senyum abah pun lain.
"abah duduk je yer abah. Nurul tak larat nak angkat abah, nnti kalau abah jatuh."
sebak. aku tahu abah dah tak macam semalam, kali ni h abah sangat lain.
ya Allah aku tak kuat.
aku duduk depan abah dan nangis.
"abah , jangna buat nurul macam ni bah"
abah.....
kali ni tangisan aku abah tak hiraukan,
aku tak kuat, tiada sesiapa disekeliling nak aku luah apa yang aku rasa.
terus ibu aku kol.
"Ibu tolong hanta zaid kat sini.Nurul tak larat nak angkat abah "
abah dah lain dah ibu...
terus panggilan aku tutup. tak sanggup nak teruskan ucapan.
abah masih tak hiraukan aku.
"pak cik, nak ambil darah ye"
jururawat perempuan datang ambil tekanan darah abah.
"abah kejap ye bah, tanggan abah, nak ambil tekanan darah"
tangan abah aku pegang,
abah tak selesa, tangan abah gerak gerakan.
susah nak ambil bacaan abah ,tiada bacaan .
end last kami cuba2,
bacaan tekanan darah abah atas dan bawah lemah.
pagi ini juga, abah dibawa ke bilik xtray
sepanjang perjalanan ke bilik xtray, abah masih lagi tersenyum.
entah tak faham apa yang abah ungkapkan.
tengah hari. paklong , maklong syahir dan zaid datang.
"abah, bangun bah, tengok siapa datang"
celik mata abah. pandang mereka.
"hey Jo"
abah ingat paklong je.
"abah ingat yang lain tak"
abah senyum geleng.
sebak.
"abah nurul nak balik kejap je nih"
nanti petang Nurul datang balik.
berkali2 dahi dan pipi abah aku cium
"abah nurul balik dulu tao"
tiada respon abah beri
tak samapi 5 langkah aku jalan.
"Rul, Rul..Nurul balik,?
aku toleh. Ya Allah...
panggilan dari abah tu terlalu lain.
aku peluk balik abah erat2,
"ye bah , Nurul balik kejap je,"
"Nanti nurul datang balik"
"abah banyak istigfar tao"
"Allah sayang abah"
berkali abahaku cium
"abah Nurul sayang abah"
"Nurul balik dulu ye bah'
abah angguk,
entah macam mana sebenarnya rasa berat nak tinggalkan abah .
sebak.
petang tuh, kami datang. aku ,ibu abang, fifi.
abah duduk di katil.
"assalamualaikum abah"
abah senyum.
kami anak beranak perhatikan abah.
"abah sakit tak abah"
abah geleng.
"abah dah sihat,?
abah angguk.
tapi jelas pernafasan abah . seperti sesak.
sesak.
jelas, abah dah tak sedar dah .
abah dah terlalu sangat lain.
ya Allah aku tak kuat tengok situasi ni.
doktor terus check abah.
ambil lagi darah abah. tapi tak dapat . tak samapi hati nak tengok abah.
banyak dah doktor cucuk. abah sana sini.
abah melawan .
''sakitt.!!!!!!
ya Allah.
banyak yang datang pegang abah.
aku terus hampiri abah,
masa tuh keadaan abah memang tak terkawal.
abah memang nak lawan.
"abah, abah , abah"
abah dengar sini bah.
tangan abah aku genggam.
mata abah tenung ke arah aku.
abah angguk
itulah kali terakir mata kami bertentangan.
'abah ingat Allah ye bah"
"abah mengucap, ikut nurul tao"
tak pasti abah dapat ikut atau tak, sbb mulut abah ditutup oleh bantuan pernafasan,
tapi jelas riak abah angguk, dan abah sedikit tenang.
terus katil abah dibawa ke zon kritikal.
keadaan abah lemah, sanagt lemah.
kami tak kuat nak hadapai situasi nih.
terus abah dikejarkan ke wad pembedahan.
keadaan begitu terlalu cemas.