Thursday, 25 July 2013

rindu mereka semua,

             Jam sudah punn menunjukkan pkul 1.20 pagi, tiada lagi tanda-tanda mengantuk. Hujan lebat dluar masih tidak lagi berhenti membasahi bumi, bagai memberkati malam ke 17 Ramadhan,Sedar tidak Ramadahan telah sudah dipertengahannya,sayu dan sedih , ana hanya berkesempatan berpuasa seminggu sahaja, disebabkan bulan ini 2 kali ana didatangi bulan, entah tidak tahu apa hikmahnya, tapi terasa sangat saat mereka yang lain yang laju menambah amaln tapi ana,...amalan ana amat sedikit sekali, 

Dan dalam sedar tidak sedar, kehidupan ana kini jauh berubah, begitu cepat masa berlalu, ana kini jauh diperantauan , ana harus akur yang kini ana sudah dewasa, status ana sebagai kanak-kanak yang selalu nya bergantung pada yang lain sudah lama berlalu, ia kini semuanya harus sendiri.Ana harus matang, Walaupun kadangkala tidak mahu menerima hakikat itu, tapi ia adalah realiti yang ana harus terima.


Sungguh ana amat rindukan zaman-zaman kanak ana, zaman yang ana tidak tidak kenal apa itu masaalah, maian main main itu sahaja misi ana dan teman-teman setiap hari.
Rutin kami setiap hari amat menyeronokkan, apalagi jika dikenang kembali sewaktu bulan ramadhan,  main mercun, terawih di tempat pengajian, tadarus, dan banyak lagi semuanya ana lalui bersama mereka, ana rindukan mereka,
"Lenny , Fazila, Yuliza,Safia.Nadia, aku rindukan yang dulu, dulu dan bukan kini, "
antara kita kini sudah bebeza, ye berbeza aku begini kau kau dan kau pula begitu. Antara kita masing masing kini punya cerita kisah yang berbeza.
tapi aku yakin walaupun kisah kini berbeza tapi ia tidak dapat dan tidak setanding dengan kisah kita yang dahulu,
aku juga yakin kamu semua juga rindukan yang dahulu, sekejap sahaja masa telah pisahkan kita semua. ke suatu zaman yang lain.


Benar sekali, suatu yang amat jauh itu ialah masa lalu dan yang hampir itu kematian.

Kalian ingat tidak kita penah simpan hasrat yang mahu mati besama, dan bila kiamat datang antara kita mahu genggam erat tangan masing-masing

senyum sendiri ana bila ingatkan masa itu, mana mungkin kan

Kalian ingat tidak kita juga pernah simpan hasrat mahu tingal bersama bila dewasa kelak,
Tapi ia sekarang amat mustahil bukan,
Fazila pun sudah bergelar isteri, alahai tidak sangka dia dulu yang dapat jodohnya.\sape pula kan lepas ini.

kalian , ana hanya mampu kirim doa yang terbaik untuk kalian, entah bila lah kita akan dipertemukan semula kan,
mungkin akan dan kemungkinan tidak akan sama sekali, mungkin bila ajal ana menjemput nanti mohon doa dari kalian
salam sayang ana untuk kalian buat selama lamanya.

bertemu kembali setelah 3 tahun berpisah di timesquare 2012,hanya Nadia sahaja tidak ada,