Saturday, 30 March 2013

Nak pinjam bahu NAK NANGIS , :(

     nak nangis , nak menjerit, nak dunia tahu aku sedih , sedih sangat weih,
 runsing mahu fikir mana nak cari rumah untuk sem depan, yang aku tak berapa pasti risikonya, yang pasti banyak duit akan habis macam tuh je untuk sem depan,

       Weyh, aku bukan dari keluarga yang berkemampuan , abah bawa teksi saja,ibu suri rumah, tak mampu untuk tanggung perbelanjaan aku dekat sini, mujur sebelum ini aku bekerja , duit itulah aku guna untuk tampung aku dekat sini, duit titik peluh aku sendiri weyh, siang malam berkeja, macam dugaan aku hadapi, lama-lama duit itu habis juga, mujurlah ada ptptn, satu sen weyh aku tak minta duit ibu abah, aku tahu betapa susah abah nak tanggung yang lain lagi,


       Ibu pernah cakap, kalau jauh sangat tak payah belajar lah nak, NANGIS aku weih, aku rase macam sia-sia aku dapat kputusan cemerlang spm, tapi impian aku untuk sambung belajar musnah, " kalau duit yang ibu fikir, ibu tak payah risau nurul ada simpanan " itulah alasan supaya ibu redha aku sambung belajar. Aku faham apa yang ibu fikir,segala  kos nye kami keluarga tak mampu, dulu senanglah pakngah boleh tolong, tapi keaadaan sekarang tak macam dulu. duit nak pergi balik lagi, yang pasti ibu abah tak kan nak datang untuk datang bawa aku balik. TIDAK ! aku faham


      Banyak aku fikir, banyak sangat weyh ! untuk akhir sem nanti , pastinya ramai keluarga mereka yang menjemput dan angkut barang-barang mereka yang banyak itu, tapi aku tak ,entah aku tak tahu macam mana nanti aku untuk angkut sume barang-barang ini bawa naik bas , entah tak habis fikir aku, " ala NURUL pujuk lah parents kau amik kau, takakan tu susah " kata mereka , tersenyum aku " awak kita tak sama ".


        Mereka silap kalau mengandaikan ibu abah tak sayang aku, SILAP, aku faham lagipun abah bukannya sihat sangat punn , tak weih, risau aku kalau dia jalan jauh, aku sayang doraang. Memang dari kecil aku dah terdidik tak susahkan mereka , sebab aku faham keadaan keluarga kami,


       Aku tak bagi tahu ibu pun pasal terpaksa untuk jadi NR sem depan, aku tahu kalau ibu dengar keluhan aku, mesti ibu akan suruh aku berhenti, aku tak nak weih aku nak capai cita-cita aku, biarlah aku tanggung kesusahan kat sini tanpa perlu menyusahkan mereka, Allah sentiasa ada bersama aku, dan aku yakin setiap kesusahan yang Allah bagi mesti ada kemudahan , yakin itu NURUL ;)


 sabarlah duhai hati :( SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMA ORANG YANG SABAR :)


daah lah nurul berhenti mengeluh dengan ujian yang kau hadapi, terus pandang orang yang lagi tak bernasib baik macam kau,  dah tentu kau akan  terus BERSYUKUR , dengan nikmat Allah yang kau terima, terus lalui ia sebagai satu ranjau dalam kehidupan !


ingat nih-* BUKAN SENANG NAK SENANG*