Wednesday, 13 November 2013

_kau faham tak ??

"Tira , tolong basuh pinggan?

Argh sekali lagi, dan sekali lagi nama itu juga dipanggil,

Hmmm dia dah takde dekat sini,  susah sangat ke nak ingat nama aku,

Huh ! Mengeluh kecil,

(senyum kambing) terus basuh pinggan,


Itu Tira, ini Tira, hmmm kadang tuh sakit juga hati ni,

tapelah Cuma dia sahja yang dorang ingat kat rumah ni,

Walaupun dia dah balik.

Yelah kan, dia kan baik, cantik , comel lotey,

Dan seangkatan dengan nye lah,



Nurul sayang, hidup ini bukan untuk dihargai, tapi untuk berkorban,
Kau faham tak ! BERKORBAN,

Tak payah nak iri hati dengan orang,

Mohon hayati surah an Nisa:32

"Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain…..



Petang itu,

Tiada langsung riak terkejut ,  seolah sudah tahu semuanya akan berlaku,

Bila mereka mulakan bicara yang  dia akan balik esok, senyuman sahaja aku ukirkan,

Menunjuk ketenangan,

Mana mungkin aku sedih , semestinya tidak,

Panggilan kol dia dan mamanya malam tadi sudah aku agak, dia membincang kan sesuatu,

Mana mungkin aku  tertidur,  seperti yang dia sangka, semuanya  aku dengar satu persatu,

Dan pagi itu juga pun, dia seolah lari pabila menerima panggilan,

Cuma  tiada minat mahu minta  penjelasan,

Hanya mampu mengagak, tapi rupanya ia betul.


Dan masa dia nak berangkat pulang, jelas wajah mereka sedih,

Seperti kehilangan  seseorang yang mereka sayang, tapi tidak aku,

Mana mungkin aku sedih, tidak sama sekali, bukan mahu buruk sangka atau apa,

Tapi aku yakin , sebab yang dia beri itu hanya rekaan, ye REKAAN,

Semata-mata mahu menamatkan cerita DUA DUNIA ini.

("weyh TIRA aku tahu kau tipu kannnnn )"

Sedikit pun tidak aku salahkan dia, hanya mampu mengucapkan tahniah dalam diam,

Dia berjaya lari dari cerita ini, tapi aku , masa yang tinggal harus aku habiskan,

Yelah parents aku jauh, nak mengadu ape ke, dorang takkan sanggup datang nye kan,

So tak guna aku mengadu itu dan ini, akan tambah kan risau dorang adalah,

'Kau yang pilih percaturan ini , so habiskan sahja lah NURUL'



Kau  nak tahu sebab UTAMA aku join program ni,

Sebab DUIT, DUIT, DUIT, dan seterusnya barulah pengalaman,

Aku bukan orang senang weyh , kol je mak abah minta duit, dah dapat .

Itu bukan aku, nak cakap ayat minta duit kat dorang pun aku tak pandai,

Dari kecik lagi, sebab aku tahu dorang tak berduit sangat, aku tahu betapa susahnya  dorang.

Memanglah PTPTN , adoooo !, berapalah sangat  weyh aku tanya kau, memang tak cukup,

Ape lagi dengan kos aku ni, Culinary Art, macam-macam nak kena beli, itulah inilah, hmmm

(tibe-tibe nyesal ambil kos ni)

DAN poster yang ditampal kat kolej  uintuk program ni,

Tawarkan duit Rm 400, bekerja sambil belajar,

Kau bayangkan UITM TAWAR rm400, belum lagi bila kau dah kerja dengan mak angkat kau, mesti dia bagi ,

Dan jumlah nya mesti bnyakkan,

So untuk cuti sem kau tak buang masa duk sahja dekat rumah,  boleh cari duit itu tampung kos belajar untuk sem depan kan,

Tapi weyh, cerita DUA DUNIA ini berbeza dari yang disangka,

Berbeza weyh,

DAH nak mula program ni baru dye cakap Cuma dapat Rm250 je,

(nyesal lagi)

Bila ditempatkan di rumah mak angkat yang seterusnya ,

Dia bukak warung  je, kerja tak banyak mana pun weyh,

Bangun pukul 4 pagi, tapi tak banyak pun yang ditolong,

Lap meja, sapu sampah, basuh pinggan , sikit-sikit tu je,



Untung dia dapat pun bukan banyak pun , tak banyak pun .

Ada ke rase aku dapat gaji, memang tak lah kan,

Dah lah asyik makan je,

Tambahan sekarang anak dia baru je lahirkan anak, so dia terpaksa tutup warung dia, lagilah aku bosan wehh, bosan,

Bukan nak berkira atau apa, tapi aku tolong dia buat kerja, teringat pula kat rumah,

Aku tolong mak orang, mak aku kat rumah tu sapa je kan yang tolong dia buat kerja,

Sedih pula, yelha sepatutnya cuti sem nilha masa aku untuk aku berkhidmat dengan dia,


Tapi sebaliknya,

Aku berkhidmat dengan orang lain,

Oke, bukan nak berkira, tapi kadang tu sedih juga,

Macam tak berbaloi je masuk program ni,

Rm100 je yang Madam bagi dulu, then 150 itu nanti, 250 je kot,

Dapat bayar duit tambang aku jelha kot,

Tak berbaloikan

Memang tak weyh.

(nangis jap)


Kau tahu , banyak lah weyh dugaan duk sini,

Macam contohkan,

Dia ade anak lelaki, menantu lelaki weyh, so kau ajnabi ngan dorang, tak kan ko nak join depan tengok tv ngan dorang, mesti tak kan, kau tuh perempuan, then bila duk bilik dorang fikir lain,

Okeyh so mestilah nak kena ambil baju labuh, stoking , tudung pakaikan,

Ambil masa kann, tapi dorang tak faham  weyh,,,




24 jam pakai itu je , kadang tu penat juga weyh,

Tahu tak panas, berpeluh, dan aku ade tudung sarung tu je,,

 Penat, penat,penat dan rimas,

Sebab tu aku habis kan banyak masa kat bilik,


Panggggg !!!!!!

HIGH FIVE kat muka  asyik nak mengeluh !
"Nurul sayang , neraka itu lagi panas,

Hayati balik surah Imran195,

"Sesungguhnya  Aku tidak mensia siakan amalan orang yang beramal antara kamu, baik lelaki mahupun perempuan. Sebahagian kamu adalah keturunan dari sebahagian yang lain."


Astagfirullah, insaf kejap.

Ye ye, aku tengah berjihad tutup aurat,

Yekannn,

Mohon diberi kekuatan Ya Allah.

Okeyh, dan jumaat ni , anak dia ramai yang balik,

Ramai weyh,  aku cadang nak je, balik sebelum anak dia balik boleh tak macam itu,

Boleh tak,

Hmmm, malu lah, anak dia ramai yang balik,

Hmmm malu, weyh, aku sape, ?

Aku ni bukan sombong tau, Cuma tak pandai nak mesra je,''

Kata lain PEMALU, bukan sombong huhuh

Kau faham tak PEMALU,


Aku,

Orang asing saje kan ngan dorang,

Hmm kau FAHAM tak ape aku rase sekarang ?

Dan sudah tentu aku balik nanti 'MA" tak akan sedih kan,

Yelha anak kandung dia nanti ramai yang balik rumah,

Kann, so anak angkat ni yang nak berambus nih,

BOLEH JALAN lah kan,

"Nurul , asyik fikir negatif saja ,



hmmm kalau boleh hari ni juga nak balik,

dah rindu gila ngan rumah,

hmmmm


Kau FAHAM TAK ???