Sunday, 10 February 2013

awak, pergilah.....

         awak saya nak kapel dengan awak ?
Entah apa patut aku jawab ye, seorang pelajar tahfiz minta kapel, agak pelik bukan.
Padahal dia sendiri yang kata bahawa kapel itu haram.Dan balasnya pula kalau kapel niat nak kahwin tak apa. Awak , niat tak menghalalkan cara, yang namanya HARAM tetap HARAM !
Betul kata Mia tak kesahlah dia pelajar biasa, tahfiz, imam , atau apa sahaja ,dia tetap manusia .
       
          Silap aku yang terlalu anggap dia lebih, malu pula rasanya bila aku mengaku dekat dia yang aku nak jadi istrerinya. Terlalu sangat berterus-terang. Padahal aku tak pasti apa yang ada ke niat dia nak jadi suami aku. Dan dia sendiri yang cakap hujung tahun ini dia akan pergi ke Yaman. Jauh bukan ? 4 tahun ?  Bukahkan dia dah janji yang dia nak aku tunggu dia 3 tahun sahaja.
         
          Terlalu sensitif aku walaupun bezanya 1 tahun, Macam tak sabar pula aku nak jadi seorang isteri.. Nurul Allah akan bagi kau seorang suami bukan saat kau perlukan tapi bila saatnya tepat jadi sabarlah.
Yaman , 4 tahun dah tentunya dia jumpa jodohnya kat sana , siapa tahu. Gadis-gadis Yaman kan lawa-lawa
Alim lagi,
         Tak mungkinkan dia akan pandang aku lepas itu. Tak mungkin dia akan ingat janji dia, yaa ta mungkin.
Nurul kau tak yakin dengan dia ? Yup mana mungkin aku yakin dengan dia. Kami jumpa pun masa zaman kanak-kanak lagi, itu pun aku yang ingat sebab masa itu aku ada hati dengan dia, tapi dia sebaliknya, dia tak ingat pun zaman kanak-kanaknya.

 Iya aku yakin dengan janji Allah , perempuan baik untuk lelaki yang baik !
     Tapi baikkah aku ? yaa aku mengaku aku bukan lah perempuan yang baikpun, tudung tak labuh, solat tak kusyuk, tapi aku masih ada peluang lagikan nak perbaiki diri.

Biarlah Nurul biar dia pergi, relakan dia pergi mana sahaja dia nak pergi, yakinlah kalau dia jodoh kau sekalipun dia pasti kembali , tapi jika tidak yakinlah Allah nak bagi yang lebih baik darinya, Jangan pernah salah sangka dengan Allah.

Untuk awak, Awak , saya tak pasti sama ada perasaan awak dengan saya sama atau sebaliknya, tapi yang pasti saya dah terlanjur CINTA kan awak kerana Allah, tapi tak apa kalau awak tak rasa apa yang saya rasa.apa pun yang berlaku saya redha. Saya redha walaupun saya tak diciptakan untuk awak. Tapi tak salahkan saya simpan perasaan untuk awak sehingga saya telah dijodohkan dengan yang lain, waktu itu Cinta dan sayang saya untuk suami saya sahaja.

 Awak cukuplah saya tahu awak ada agama dan iman,  jika ada jodoh antara kita pasti dipermudahkan segalanya, dan saya nak awak tahu, tak pernah habis saya berdoa dalam sujud terakhir saya bahawa awak jodoh saya ,