saje nak kongsi pengalaman ambil lesen masa tahun lepas, moga bermanfaat pada yang lain yang tengah nak ambil.
Lesen kereta ni ada dua pilihan sama ada nak ambil auto atau manual, dan lagi antara dua ni sama ada nak ambil pakej belajar sampai lulus ataupun sekali ambil test je(yang ni saya expain kemudian).
Untuk manual atau auto, ramai terutama perempuan yang takut nak bawa manual, jadi dorang fikir kalau nak senang lulus ambil auto. Salah sebenanya, Rugi sanagt ambil lesen auto .Nak bawa manual bukan susah pun(nanti saya bg tips macam mana nak lulus manual). Dapat je lesen manual automatik kite dah boleh bawa kereta auto.Tapi kalau dapat lesen auto, mmg tak boleh bawa kereta manual.dah lah lesen auto mahal. Jadi rugi.Lagi satu kalau ambil auto ratanya2 cikgu akan mula tido dalam kereta sebab bosan, yelah bukan ada benda nak ajar sangat takat ada 2 pedal je minyak dengan brek sehari je kita boleh dah bawa kereta. Jadi saya sarankan ambil manual jangan auto . Rugi sanagt tau.
PAKEJ SAMPAI LULUS ATAU TIDAK
Untuk pakej sama ada nak ambil pakej sampai lulus atau sekali test je. Pengalaman saya dulu, ramai tau sebenarnya akan takut kalau fail test komputer, dan test jpj. So banyak lah akan ambil pakej "sampai lulus " sebab takut gagal., nanti dah gagal kena bayar tambahan. Apalagi yang kes macam saya taktahu dan tak penah bawa kereta. takut gagalkan. baik ambil sampai lulus.sebenarnya salah!
Standard yuran lesen manual,yang biasa Rm1350++, tapi kalau pakej sampai lulus ada yang cecah sampai 2400++ beza 1000 kan, (sebab apa saya kata rugi ambil pakej sampai lulus nanti saya explain ).dan lagi satu jangan sesekali ambil lesen under agent, rugi2, sbb dorang ambil untuk atas angin je. nnti saya bagi tahu kenapa.
Untuk permulaan , bila kita dah bayar separuh harga yuran, kita akan diberi buku ni yang kelas D manual
Dan selepas tu barulah diberitahu tarikh untuk kuliah 6 jam. Yang ni biasanya mesti akan mengeluh, yelah dengar ceramah 6 jam kan. takutmengantuk lah, bosan lah Salah tau jangan fikir macam tuh, ingat yang beri ceramah tuh manusia, dia sampaikan ilmu, berilah tumpuan sepenuhnya, Banyak benda penting yang dia sampaikan, Lagi2 tips nak lulus test komputer dan jpj, jadi jngan lah tiba2 set ceramah tuh membosankan, nanti apa pun tak masuk.
TEST KOMPUTER
Seterusnya , lepas seminggu dari tarikh kuliah , lepas tu baru lah boleh ambil test komputer. Ingat tau jangan ambil test tanpa buat persediaan , ambil redah je . Buku yang dia bagi tu , kalau boleh buat semua latihan dalam buku tu, sebab soalan komputer nanti dia ambil dalam tu juga.Buat semua kalau boleh. Ingat markah lulus komputer 42/50 , Jadi minimum salah 8 je, jangan nak sok sok pandai buat laju2 masa test tanpa semak balik, gunakan masa yang dia bagi sebaik mungkin.Sebab ada pngalaman budak sebelah saya buat laju2 then gagal, kan kena bayar tambahan, kena buat lain hari pula kan dah membazir masa wang disitu. Tapi kalau anda ambil pakej sampai lulus bukan bermakna anda gagal tapi dia bg je anda lulus, tak, anda kena juga buat test komputer sampai anda betul2 boleh score 42 and above, cuma bezanya anda tak dikenakan byaran tambahan kan dah bayar mahal dulu.
Cuma nak cakap, bukan susah sangat pun test komputer tuh, tapi juga tak senang tau, sebab tuh saya kata kena buat ulangkaji dulu, tak lah membazir, nak bayar lebih .takan lah bengap sangat sampai test komputer ambil lebih dari 3 kali kan.
KELAS MEMANDU
Seterusnya, bila dah lulus test komputer, seminggu selepas tu barulah diberi lesen L, than baru lah kita boleh tetapkan latihan memandu, cikgu memandu pun kita boleh pilih, Kalau boleh pilih cikgu yang kita rasa sesuai dengan kita, yang kita selesa. Memandangkan saya tak kenal pun senarai2 cikgu memandu jadi saya pilih je cikgu yang bagi kuliah dekat saya, kan sikit dah kenal masa dalam ceramah hari tuh.Ikut nasib juga, sebenaya cikgu2 nih memainkan peranan yang penting tau, samada kita lulus test jpj atau tak. jadi kena betul2 pilih yang ikhlas mengajar , minta suggest dari akak kaunter pendaftaran tuh cikgu mana y oke, tapi kalau mula2 je dia ajar kita rasa tak okay, jangan segan kita boleh tukar cikgu sbb kan kita dah bayar.
Kelas memandu 16 jam tau , 10 jam dalam litar dan 6 jam dekat jalan raya. then kita boleh minta tambahan jam tapi kena bayar tambahan.
lepas habis jam kelas memandu baru lah boleh ambil test jpj.
Nak cerita pengalaman, cikgu memandu akan tanya soalan ni mula2, penah bawa kereta tak? saya ni bukan je penah bawa kereta,nak start enjin je pun saya tak tahu, mmg zero pasal kereta,jadi cikgu ni pun boleh analyse nak ajar kita yang zero pasal kereta nih macam mana.
benda yang mula2 kita akan diajar RPK (rutin pemekrisaan kereta) dan RSM (rutin sebelum memandu), 2 benda ni tak susah pun nak ingat, janji faham jangan dok hafal tanpa faham. kena praktis selalu dekat rumah . pakai lah kereta sesiapa pun biar lancar, takde lah gugup nanti masa test jpj.
Dalam litar kita akan diajar .
1.Naik Bukit
2.Side Parking
3.3 Penjuru
4.Selekoh S
5. Selekoh Z
5 benda nih kena lulus satu gagal mmg gagal semua.Dan selepas itu barulah jalan raya. Ramai yang gagal bila buat bukit.Nak buat bukit bukan susah, juga tak senang, cuma sedikit mencabar dari yang lain, takut terundur dah gagal. Sebenarnya bila buat bukit perlukan latihan yang banyak ye banyak sangat. Cikgu saya perempuan, jadi emosi dia lain macam sedikit lagi2 kalau saya terundur buat bukit, jadi apa yang dia ajar tak dapat sangat, yelah saya perempuan kena mara lagi lah gelabah, Tapi yang untung nya ada part cikgu lelaki yang lain ganticikgu saya, dia bg tips buat bukit, tenang , fokus, balancekan minyak dan clutch terus saya dapat buat, nampak tak.
tak cukup sebenarnya dalam litar, jadi saya kat luar pun saya belaja, dengan sepupu saya,.guna kereta arwah abah saya, ye kena juga belaja kat luar, sbb 16 jam tuk belaja bawa kereta lagi2 kita yg first timer lg gagapkan.mmg tak cukup. mmg tak akn confident, banyak yang gagal sebab belaja dalam tuh je. Jadi gunakan masa belaja lebih, lagi2 kalau yang amik pakej macam saya. tapi kalau anda ambil pakej sampai lulus, jangn salah faham ye, kalau anda gagal slah satu, bukan bermakna anda terus diberi lesen P , tidak2, anda kena juga tunggu lebih kurang 2 minggu untuk test yang seterusnya, kalau gagal lagi , kena juga tunggu test yang seterusnya sampailah anda betul2 lulus. cuma beza, anda tak akan dikenakan apa2 bayaran lagi kan dah bayar 2400++ masa awal dulu, berbanding pakej mcm saya kalau anda gagal anda kena bayar200 tambahan,
contoh lah anda gagal 2 kali, bayaran dia still tak akan sampai pakej sampai lulus.tuh. kan.jadi sebab tuh lah saya kate rugi kalau anda ambil pakej itu.
UJIAN TEST JPJ
Masa test jpj, masa ni semua pelajar akan gugup, gementar, time nilah kau akan tengok muka nervous tiap seorang.Yelah lagi2 tengok muka jpj yang taknak senyum. Sebenaya jpj lelaki oke je, Tapi jpj perempuan akan acah2 garang lah kunun tanak senyum, bg arahan kuat2 pastu nak ayat mmg ikut buku betul, apa tah , yang dengar mmg lah rasa nak gugup je jantungkan.Tapi kau relaks je, sbb dorang ni acah2 je, ala dorang ni manusia juga, Tips yang penting tenang oke. jangan takut, sebenarnya kalau takut.tuh lah tak dapat fokus tuh, sbb tuh lah mati enjin lah , lupabagi signal lah. ingat TENANG DAN FOKUS okay.
nanti saya sambung lagi okay, kalau tips saya bg nih berguna jangn lupa tinggalkan komen ya, penat tau tulis panjang2 nih , hihi