Friday, 26 July 2013

dia bukan pelajar sekolah agama pun lah....



       Mahu percaya atau tidak ia fakta, ana sendiri juga terkejut, Kamu mahu tahu, kebanyakkan ukhti-ukhti di sini yang bertudung labuh,  sebenarnya bukanlah dari sekolah agama yang seperti enta enti fikirkan, dan tudung labuh yang dipakai juga bukan lah dari kecil lagi tapi baru sahaja, dan mereka juga bukan dari keluarga yang semuanya mengenakan tudung labuh.
     
     Semua sudah terbukti dikeliling ana saat ana bertanyakan sahabat usrah ana yang bertudung labuh tiada satu pun antara mereka yang bersekolah agama , dan ana sendiri lihat perubahan teman-teman ana yang tidak bersekolah agama tapi bertudung labuh, malah ada juga yang sudah berniqab .Alhamdulilah. 

   
     Tapi yang ana pelik, yang dari sekolah agama yang terdidik bertudung labuh dari kecil, sampai sahaja di IPT mereka tidak pun mengenakan tudung labuh lagi, bukan ana kata semua, tapi semua yang ana kenal di sini yang bersekolah agama memang sedemikian, dan ia fakta, mereka tidak lagi pun mengenakan tudung labuh. 

       Bahkan ada antara mereka yang offer ana untuk berikan tudung labuh mereka yang dahulu.
 Bukan maksud ana yang bertudung labuh itu baik, tidak sama sekali. Tapi yang baik itu tentu dia bertudung labuh. Faham tidak, dan Firman Allah

‘Wahai nabi suruh lah isteri-isterimu,anak-anakmu serta perempuan yang beriman agar menutup jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka dengan cara yang sedemikian lebih sesuai bagi mereka untuk dikenali dengan perempuan yang baik-baik maka dengan itu mereka tidak diganggu dan ingatlah Allah maha pengampun lagi mah mengasihani. (al-ahzab 59)

Ini adalah perintah Allah, dan Allah juga yang berfirman.

Dan renung-renungkan, apakah pakaian yang kamu pakai ini mengikut syariat Islam. Punya akal kan.
Fikir-fikirkan. Ingat lagi ayat ukhti ini sewaktu MDS, “alang-alang mahu menutup aurat biarlah sempurna tutupnya,

Kembali pada perbincangan tadi. Ana tahu mereka jua manusia biasa, yang tergelincir dari landasan iman ana juga tidak lepas. Bukan bermaksud mereka tidak baik. Tapi pelbagai soalan yang timbul.

Mengapa mereka tinggalkan tudung labuh mereka.


Tidak berhasilkah didikan guru mereka untuk bertudung labuh.


Apa dulu mereka bertudung labuh hanya semata kerana manusia .


Tidak ikhlas kah mereka dulu ?

MAAF mungkin ana kecewa  sebab persepsi  ana pada mereka dulu amat tinggi, ana lupa mereka manusia biasa, dan bukan malaikat. Bila bila sahaja bisa berubah. Ana juga.

Entah.. Sungguh Allah berikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya, Dan dia juga menarik hidayah pada sesiapa yang dikehendakinya juga.

Apa yang ana belajar. Usah riak dan takbur pada perubahan diri.

Hidayah itu harus dicari. ISTIQAMAH itu amat perlu.

Mungkin dia begini kini. Dan siapa sangka dia akan begitu nanti.
Tiada siapa yang tahu pengakhiran seseorang itu kenyataan itu sudah pun berlaku. Belajar apa yang berlaku dan terjadi di sekeliling kamu.

sekian..