Friday, 29 November 2019
dan sebab aku terlalu takut.
sebab akuterlalu takut dengan kemungkinan,
macam mana nanti kalau abah "pergi" , tapi saat dia belum bertaubat pada Allah.
macam mana nanti kalau abah pergi saat tiada orang urus jenazahnya, sebab dah lama kaki abah tidak pijak masjid,dan mana nanti saat abah pergi, tapi doaku tidak sampai untuknya sebab aku bukanlah anak yang solehah. :'( .
aku tidak minta untuk abah diberi kesihatan yang baik, tidak
aku tidak minta untuk abah kembali pulih seperti sediakala,
tapi aku minta agar hidayah diberi pada abah,
agar pintu hatinya terbuka untuk bertaubat,
agar abah ingat akan Allah.
kedua-dua belah buah pinggang abah rosak,
dan kandungan acid uric dalam badan abah semakin tinggi,
darah dalam badan abah , kotor.
kaki abah dah seakan semakin membusuk,
tangan abah, dah seakan macam tanagn raksaksa, sebab ada ketulan2. yang pelik.
mata abah semakin jatuh, kata abah ia sakit,
nafsu makan abah sekarang semakin tiada,
once nasi disuapkan, semua abah tumpahkan balik.
ketahanan kencing abah juga dah semakin tiada,
abah akan kencing begitu tanpa ada rasa.
ia ibarat kifarah buat abah, yang sebelum ini tidak henti2 makan.
dan sekarang satu2 nikmat Allah tarik.
doktor kata jalan penyelsaian "dialisis"
tapi kalau dialisis ia bukan menyembuhkan,
hanya sekdar mencuci, dan once buat dialisis, sampai akhir hayat buat dialisis.
kos dia terlalu tinggi dak keluarga aku tak mampu.
sekarang hanya sekadar ikhtiar cara traditional, amalkan buah tin dan tumbung kelapa buat abah,
dan masa-masa abah kini dihabis hanya dengan tidur.
sumpah, aku tak sanggup nak tengok keadaan abah macam nih :(
tak sanggup Ya Allah :"(
aku tahu walau apapun caranya, pemilik semua ini hanya Allah,
kenapa begitu keras hati abah,
tidak nampak kah dia ini , ujian untuknya agar dia ingat Allah,
agar abah tidak sombong lagi pada Allah.
pernah aku salah kan tuhan, kenapa insan seperti ini ditakdirkan menjadi bapa aku.
kalau ditanya, siapa kah yang aku sayang, aku tak tahu meletakkan abah ditangga keberapa. mungkin bukan di carta yang kesepuluh.
astagfirullah.
aku salah.
aku salah
aku salah.
ye ujian untuk kami sekeluarga.
aku tahu Allah nak dengar rintihan doa kami, agar mendoakan abah,
sungguh hidayah itu milik Allah.
moga tidak bosan untuk terus mendoa agar abah kembali pada jalan yang bernar.
agar terbuka pintu hati abah untuk bertaubat sebeleum dia kembali pada Allah.
sungguh,
aku sangat takut dengan segala kemungkinan.
sumpah . demi ALLAH aku sayang dia "ABAH"
aku tak mahu abah kembali dalam keadaan dia tidak sempat bertaubat.
Ya Allah ;'(
ampuni kami.
22/4/2015: 0103am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment