Sunday, 2 June 2013

mahu belajar agama




             Cemburu aku lihat mereka, mendengar bacaan ayat-ayat allah dari mereka,
sedang aku tidak semerdu suara mereka,aku masih lagi tidak mampu untuk menghafaz alquran,
sedang aku masih leka dengan urusan duniawi,sungguh aku malu,,menitis air mata ini mendengar kalam Allah dibaca,seperti mereka memahami maksud disebaliknya,sedang aku,sungguh aku malu,

              Lihat pula status mereka di fb, komen-komen mereka, perdebatan ilmiah mereka,perkongsian ilmu mereka, rasa diri ini jahil, mereka sungguh hebat.ilmu aku cetek tapi ilmu dia tinggi melangit,
                   
              Ampuni aku ya rabbb,aku belum lagi sehebat mereka,sungguh terlalu banyak sumbangan agama terhadap diri ini,tapi, entah aku tidak tahu apa sumbangan aku untuk agama,entah, mungkin tidak ada, ampuni aku ya rabb,


           Pernah, jua aku salahkan ibu,kerana tidak masukkn aku kesekolah agama dan dari tadika hinnga habis sekolah aku hanya bersekolah persekolahan biasa sahaja, dan untuk belajar agama'ibu cuma mnghantarkan aku ke pengajian sahaja,kata ibu, itu sama sahaja.yang pnting kamu pndai solat dan mngaji,aku tak nafikan itu,aku bersyukur, kerana tempat mengaji itu berbeza dari pengajian yang lain,
syukur alhamdulilah,, tapi masih jua rasa tidak cukup.

       

                 Teringin sangat nak rapat dengan mereka, mahu jadi kawan, bukan apa aku mahu terpengaruh dengan sikap mereka,yang sentiasa membawa  dan membaca kalam Allah kemana sahaja,  yang menutup aurat dengan sempurna, aku mahu terus genggam erat hidayah Allah ini, sungguh aku manusia biasa sering kali tergelincir dari landasan iman, tambahan pula aku baru sahaja hijrah ke tudung labuh, takut sangat perubahan ini sementara, bantu aku Ya RABB agar terus kuat , sungguh hijrah ini semua semat-mata keranaMu,

             
                 Ya aku bukan lah pelajar dari sekolah agama, nak cakap arab pun tak reti, aku cemburu pada mereka, pernah aku terfikir dahulu mahu sahaja belajar agama di sekolah pondok, agar terus aku dekat dengan Allah , agar dapat jauhkan diri ini dari maksiat, agar sentiasa mengingati mati, tapi sebaik sahaja  terima tawaran uitm, terus hasrat itu aku tangguhkan, tapi alhamdulilah di sana jua masih ramai juga yang memakai tudung labuh, sebagi menyuntik semangat aku untuk terus kekal istiqamah .

                  Rancangan salam muslim baru-baru ini di astro oasis ,bertajuk sekolah  madrasah buatkan aku menangis, sangat tersentuh hati, jelas nampak ketenangan pada wajah mereka, bagaikan tiada apa perlu dirisaukan. kata-kata mereka sungguh terinspirasi, pingin sekali bersahabat dengan mereka,  sungguhkan kadang-kadang kita jua pernahkan terfikir, masih adakah masa depan untuk pelajar disekolah agama ini, yelha mereka belajar agama sehaja, tapi sedar tak kita semua sebenarnya masa depan kita ialah akhirat, itu lah sebaik-baik tempat kembali

              Rasulullah pernah bersabda
Sesungguhnya, barabg sesiapa yang mengejar dunia, dunialah yang dia dapat dan barang sesiapa yang mengejar akhirat, dunia akan ikut bersamanya


           Terkejut ibu bila aku suarakan hasrat aku ingin berhenti belajar dan mahu belajar agama di sekolah pondok,aku cuba fahamkan ibu apa yang aku rasa, mungkin ibu tak faham, dan salah aku jua,tetibe sahaja kan , belajar yang ini tak habis lagi, tetiba mahu belajar yang itu pula.

        Alhamdulilah, Allah buka kan hati aku untuk mahu belajar agama lebih mendalam, syukur kesedaran itu ada, dan aku yakin denga hadis Rasulullah


         Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan padanya, maka Allah akan memberikan kefahaman kepada dirinya dalam agama.” [Riwayat Bukhari dan Muslim]






           
yaa mujahadah itu penting, bagi pelajar sekolah biasa yang mahu mendalami agama

moga Allah permudahkan segalanya amin.
Ya Allah aku akan berusaha menjadi hambamu yang lebih baik,
akan berusaha mendalami ilmu agama , dan lebih menghayati ayat mu Ya Allah,

moga kesudahan hidupku nanti yang baik. amin Ya RABB






Notahati: Moga-moga masuk sem ni, aku dapat lebih ramai kawan yang bertudung lbuh
               moga dapat join usrah bersama mereka
               Ya Allah pinjamkan lah aku kekuatan mu untu kekal istiqamah.