Friday, 16 January 2015
sepanjang_jalan
Petang itu, tiada ketenangan yang dia rasakan.
Rasa dia tuh disini (tunjuk hati)
rasa dia tuh macam ada suatu yang panggil dia kembali kepadaNYA,
Dia harus cepat utntuk bersiap kerana maghrib semakin hampir.
Al Quran, almathurat , nota Cinta, terus disusun didalam beg galasnya.
dan saat dia ingin menggapai hp untuk dimasukkan,
bagai ada suatu yang menghalangnya.
Agar terus membiarkan Hp nye terus diatas meja,
Biarlah malam ini tiada siapa yang menganggu dia,
Malam dimana dia mahu meluahkan semuaya pada Sang pencipataNya.
Dia rindu.
rindu sangat.
Saat ini dia mahu kusyuk pabila dihadapan pencipta.
saat kalam Allah itu dia baca,
satu persatu maksudnya dihayati,
titis demi titis air matanya jatuh.
sudah lama dia sekusyuk begini.
terlalu banyak dosa yang dia telah perbuat.
dia malu,
kerana dia yang begitu hina itu masih dipilih untuk menghadap Ilahi.
masih lagi diberi kesempatan untuk bertaubat,
dia itu sedang berusaha untuk mengawal hatinya.
dia itu sedang berusaha untuk istiqamah dijalan ini,
mohon bantu dia disaat dia mulai hanyut.
mohon ingatkan dia saat dia alpa.
mohon doakan dia, agar terus istiqamah .
:"(
Subscribe to:
Posts (Atom)