assalammualaikum, puh puh puh, bersawang dah blog ni, terasa bersalah pulak agak lama tak update,
entah hilang idea mahu menulis,
hilang semangat berkongsi rasa,
hilang kata melontar bicara.
dan terdiam seketika dari dunia bloger ini,
mungkin lebih gemar, memerhati , membaca post yang menarik dari bloger yang lain.
dan diri ini masih mencari-cari identiti diri yang sebenar.
Buntu, tidak tahu bagaimana harus untuk memulakan cerita penghijraan diri ini.
,ya Allah lapangkan lah hati-hati kami, lancarkanlah penulisan ini.amin.
Bismillahirrahmanirrahim,
Aku hanyalah pelajar sekolah harian biasa sahaja. Dan dilahirkan dalam keluarga yang terlalu biasa-biasa. Ibu dan akak bukanlah yang pakai tudung labuh. Dan rakan-rakan sekolah mahupun rakan yang rapat tiada pun yang mengenakan tudung labuh. Ringkas nya persikitaran disini tidak mengalakkan aku untuk bertudung labuh,dan pernah aku membaca
Firman Allah dalam Surah Al Ahzab ayat 59: "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan dan isteri-isteri orang mukmin (yang benar-benar beriman), hendaklah mereka menghulurkan jilbab-jilbab mereka keseluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih dikenali, kerana mereka tidak diganggu, dan Allah maha pengampun lagi maha Penyayang"
Sekadar membaca nya sahaja, lansung tidak terlintas dihati.bukankah ini suruhan Allah kepada para muslimah .
apa yang difikir waktu ini ialah, kalau pakai tudung labuh tak boleh nak cantik cantik dah, lepas itu kawan-kawan tak ada yang pakai tudung labuh lagi, malu kalau keluar dengan kawan-kawan. kalau nak kerja susah nak dapat , kebanyakan kerja memerlukan pemakaiaan uniform, kan dah nampak bentuk badan... ahhh nanti jelah lepas kahwin je la.
persoalan-persoalan ini yang buatkan penghijrahan ini tertangguh.
Tapi entah kenapa, hati ini masih rasa kosong sangat rasa ada sesuatu yang tidak kena, dan persoalan lain pula timbul, apa tujuan sebenar memakai tudung sedangkan baju dan seluar ketat, mudahnya aku membiarkan mata-mata liar memandang susuk tubuh aku,apa aku terlalu murah ?
apa nak cantik ?takut tak ada orang minat nak pakai tudung labuh ? nampak selekeh er ? bukankah yang tertutup itu lagi indah. bukan yang terbungkus mahupun yang terdedah.
apa kau malu dengan manusia, apa yang perlu kau peduli dengan pandangan manusia , tapi pandangan ALLAH , kenapa kau tak memirkannya, mana pergi iman kau.
kau fikir pasal susah nak dapat kerja, apa kau lupa bukankah rezeki itu datang dari ALLAH, dan rezeki Allah itu luas, maka apa yang perlukau fikirkan.bukankah Allah akan permudahkan urusan hambanya yang beriman, apa kau lupa. ?
Kau nak tunggu lepas kahwin. ? Ye setiap makhluk sudah ditetapkan jodoh yang masing-masing tapi berapa ramaikah mereka yang telah pergi sebelum sempat berkahwin. ingatlah bahawa kematian suatu kepastian.dan mana tahu kematian kau sebentar lagi sebelum kau nerkahwin dan baru nak menyesal kau tak sempat nak mahu menutup aurat dengan sempurna.
sehingga suatu hari, aku mencuba tudung labuh seorang muslimah in, yang bernama Ika,
Ya Allah labuhnye...dia kata ehh oke lah ni, terkejut aku, yup insya ALLAH suatu hari nanti pasti aku akan memiliki tudung labuh seperti ini.
Termenung aku seketika,
kalau nak berubah mestilah , mestilah kena tukar semua mesti perlukan duit untuk beli baju-baju muslimah , tak akan lah hari ini pakai baju labuh esok dah tak , tak mungkinkan.
sehingga seutu hari aku menyimpan hasrat untuk belajar jauh . mungkin lebih menyuntink semangat aku nak berubah,
Dan akhirnya , permintaan aku Allah kabulkan, aku dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang Culinary Ary di bumi penyu, TERENGGANU, lansung tak pernah lintas difikiran bahawa aku akan kesini, itulah kan kalau kita nak berubah , Allah pasti akan permudahkan,
Nurul apa tunggu lagi , bukankah ini permintaan kau ? nak belaja jauh...then mahu berubah
Dan ada beberapa peristiwa yang tidak akan aku lupakan,
Iaitu semasa minngu MDS(minggu destini siswa) kami diarahkan untuk memakai stokin,.tudung pin 3mula setipa masa, ingat lagi kakak OC itu cakap " ekslusifkan diri kamu buat yang halal untuk kamu, " "alang-alang kamu ingin menutup aurat biarlah sempurna tutupnya"
Ayat ini masih segar dalam ingatan aku,dan ingat lagi,
Seterusnya semasa perbincangan semeja tentang persembahan deklamasi puisi,dengan Syafiq ,kakak dayah, Abg OC dan ade beberapa yang yang yang tidak ingat namamya. Disebabkan dah terbiasa tangan ni gatal lha nak tarik lengan ini ke atas, tapi dalam tak disangka-sangka akak OC ni tarik balik lengan baju aku .tapi mula-mula itu tak faham , then tariklah balik keatas, tapi dia juga laju tarik balik kebawah. Mula-mula rasa kakak ni macam kurang ajar suka suki je sntuh orang.
Tapi bila balik ke bilik , buat aku terfikir, itulah cara dia menegur aku, tapi bukan dengan kata-kata, tapi dengan perbuatan .dan sama sekali dia tidak imemalukankan aku.
Nurul itukan aurat, Ya ALLAH betapa aku jahil sekali.
Sejak dari itu aku, akumula membiasakan diri dengan memakai stokin dan sarung tangan,
taknaklah berubah secra mendadak, takut perubahan sementara.
Dan seterusnya shawl yang selalu aku pakai aku labuhkan sehingga menutupi dada.
Yup itukan yang perlu ditutup, dan secara beransur-ansur aku beli baju-baju muslimah,
tapi entah kenapa , rasa masih ta sempurna penutupan auratku.
bila dibandingkan dengan muslimah yang bertudung labuh disini.
Labuh sangat tudung mereka, longgar baju mereka, nak dibanding dengan aku, rasa berbeza,
Sering sekali lihat mereka, berkumpul bersama teman yang bertudung labuhdi musollah(Pusat Hidayah)
Nak tahu seakan mereka-mereka ada daya tarikan yang tersendiri.
Tiba-tiba sahaja pandangan jadi terpaku bila terpandang mereka.
Atas bawah , aku lihat mereka. seakan ingin dijadikan sumber inspirasi.
Mahu sekali bekawan dengan mereka.
Subhanallah mereka cantik sekali.
Pernah tak kalian nampak yang bertung labuh ini diganggu oleh lelaki tidak bukan.
Benarlah firman ALLAH,
Yang demikian itu supaya mereka lebih dikenali, kerana mereka tidak diganggu, dan Allah maha pengampun lagi maha Penyayang"
Sampai bila kan aku harus jadi Sipemerhati? Sehingga suatu hari aku bertekad untuk beli tudung labuh,
Dan masa cuti seminggu sebelum paper seterusnya, aku terus je menegena kan tudung labuh bidang 60 untuk keluar ke Pasar. mula-mula itu nampak ibu abah muka terkejut lihat penampilan baru aku. Tapi mereka tak cakap apa-apa, aku tahu mereka dah lihat perubahan kau sedikit demi sedikit, semasa pulang cuti sebelum ini.
Mula-mula itu memang rasa kaku, yelah perubahn terbaru, ada yang memuji dan ada juga pndangan sinis, tapi tak apelha aku tak perlu pujian itu, dan tak aku peduli kata ejekan mereka-mereka yang lain,
bukan nak berlagak alim, atau nak tunjuk aku solehah ,
Ya ALLAH diri ini masih terlalu jahil lagi.
Baru sahaja mahu mengenal islam itu yang sebenar,
Jauhkanlah sifakt riak takbur dan sombong dalam diri ini Ya Allah.
Hijrah ini semata-mata keranamu Ya RABB
semata-mata ingin peroleh redha dariMU.
Ya ALLAH janganlah kau pesongkankan hati kami, sesudah kau memberi petunjuk kepada kami,
Bantulah kami agar terus genggam erat hidayahmu Ya RABB
Bantulah kami agar terus kekal istiqamah... amin