Monday, 28 October 2013

_istiqamah itu payah_


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,
selawat serta salam buat junjungan besar nabi muhammad s.a.w






Penulisan kali ini mungkin agak cacar marba,

Tidak teratur,

Masih kekeliruan dengan identiti diri yang sebenar,

Masih kecewa dengan diri ini mungkin,

Faham bila kau benci aku,

Aku juga benci kadang dengan diri ini,

Mengapa aku tidak bisa jadi seperti wanita SOLEHAH itu,

 Masih gagal untuk meneguhkan pendirian,

Gagal meneruskan prinsip yang dibina,






Jujurnya  masih lemah,

 Perlu kekuatan, dari sekeliling,

kau tak tahukan betapa peritnya,

Jadi muslimah,

Diri yang sebenar merupakan cabaran paling UTAMA,

Dulu aku begini, kini begini,

Lainkan,

Bezakan, ouh terlalu,

Aku juga kadang masih merasa bagai mimpi,

Inikah diri aku kini,

Apa aku gembira atau tidak,

Muktamad ! Ini jalan dipilih ,

Biar sampai mati, biar terus begini ,

kau nak kata apa silakan,

emang ku pikirin !




Benar, mahu berubah itu mudah , mudah sajakan,

Tapi yang sukar itu istiqamah, 

Berapa lama kau tahan dengan perubahan itu,

Sabar dengan cacian,

Dan yang paling penting cabaran untuk diri kau yang sendiri,

Keinginan, kau yang dulu dan kini harus juga berubah,

Dan yang paling-paling penting juga ialah, hati kau,

Benar apa kau ikhlas semata kerana Allah ataupun kerana manusia,

Semak balik semuanya,




Aku bukan apa yang kau fikirkan,

Mungkin masih mampu mengukir senyuman,

Tapi dalamnya , aku masih berjuang, berjuang pada diri sendiri,

Ia amat perit untuk aku,

Mungkin di luar dilihat baik,

Tapi kadang kala yang lama itu kembali,



Arghh terlalu  payah istiqamah,

tafsir alquran,mathurat, dhuha, tahjud, hajat , sunat qabliyatan , badiayatan,

mengapa aku tak istiqamah mengerjakannya selalu,

kecewa,

kecewa.

kecewa,

iman ini kejap naik dan turun,

mohon Ya Allah,

bantu aku untuk istiqamah,

dekatkan aku dengan amalan yang membawa aku menyintaimu melebihi segalanya.


Maafkan aku Ya Rabb,

Kadang kala masih meragui,

Hijrah ini , semata-mata untuk untukMU,

Berubah,

Kau kata mudahkan, tapi sebenarnya, banyak dugaan yang ditempuh,

Tapi aku yakin, kalau niat baik Allah permudahkan,





Doakan aku, bukan keji,

Nasihatkan aku, bukan hina,

Bimbing aku, bukan tinggalkan,


Kamoo,

Aku juga manusia biasa,

Sebaik ,mana pun aku lakukan,

Tapi kenyataannya, aku tak akan mampu jadi sempurna,

Kan,

Terima aku apa adanya,

Jangan nilai  luarnya, kerana ia sungguh berbeza,

Dari dalamnya,

Sedang BERTATIH dalam penghijrahan itu ialah aku,

Doa saja yang terbaik,

Kitakan bersaudara,




assalam w.b.t































No comments:

Post a Comment