Saturday, 6 July 2013

subhanallah Dia amat cantik

    Sesiapa sahaja yang melihat dirinya pasti akan terpaku dengan kecantikan yang dipinjamkan Allah untuk nya,Tiada kata mampu terucap dari bibir selain Subhannallah, indahnya ciptaan Allah seakan ada nur pada wajahnya,sejuk mata memandang , jelas ketenangan pada wajahnya,, dia terlalu cantik, tanpa memrlukan secalit make up pun, dia sudah kelihatan  cantik, apa yang menarik auratnya ditutup dengan sempurna sekali. tudung labuh yang dipakai menambahkan lagi rasa kagum untuknya, Wajahnya murah dengan senyuman, manis sekali, Akui sudah tentu tentunya dia menjadi idaman setiap lelaki di kampus ini,kan, jujur cemburu juga dengan kelebihan yang dia miliki,
subhanallah,

    Mahu sahaja bertarbiyah dengan nya, tapi tidak tahu bagaimana mahu mula, hanya mampu melmparkan senyuman  apabila setiap kali bertembung, jika sebelum ini Ana dan kawan hanya menggelarkan dia sebagai JAMEELA (cantik) tapi sekarang baru sahaja tahu nama dia, Safiya Abdul Rahman, sedap kan :)
untung bagi sesiapa yang dapat memperisterkan dia. Bagi ana dia adalah muslimah paling cantik dalam kampus ini, tak percaye jum lha datang uitm Dungun, kamu tengok sendiri,
pasti kamu akan terpaku melihat dia, sekan bidadari turun ddari langit hahah,
dan paling mengejut kan ana sekali lagi ,rupanya umurnya sama sahaja dengan ana , 19,
mungkin ketinggiannya seakan tinggi model menampakkan dia lebih matang,


Ana sedar, setiap ciptaan Allah itu cantik dan itu juga kelebihan untuk dirinya,  sungguh ia hanyalah pinjaman sementara, dan bila-bila masa DIA boleh tarik, jadi kita-kita ni yang biasa-biasa sahaja ini, kenalahkan bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi,
hidup ini sementara, dan kehidupan akhirat adalah sebaik-baik tempat kembali, ingat Allah sama sekali tidak menilai hmbanya dari luaran tapi sebaliknya pada hati . Hati adalah tempat jatuh pandangan Allah.
Firman Allah yang bermaksud :

' Sesungguhnya yang paling mulia dalam kalangan kami di sisi Allah ialah orang yang bertakwa, ( Al hujurat:49:13)

Rasullullah S.A.W turut menegaskan, mafhumnya :" Sesungguhya Allah tidak melihat jasad kamu mahupun hartamu, bahkan Allah melihat hati kamu. "( Riwayat al-Tabarani)


Jadi perlulah didik hati, untuk jadi yang terbaik, didik hati agar bertaqwa kepada Allah, didik hati agar terus ikhlas semata-mata kerana Allah, moge dapat membersihkan titik-titik hitam dalam hati ini, biarlah tidak dapat meraih pandangan manusia, asakan dapat meraih pandangan Allah itu yang lebih utama.

sekian



Nota hati :1. Ramadahan hampir tiba, moga Ramdhan ini yang lebih baik dari yang sebelum
               2.Buat pertama kalinya berpuasa diperantauan tanpa keluarga, Ibu Abah Nurul rindu :(
              




No comments:

Post a Comment