Thursday, 5 December 2013

_pemberontakan berlaku_

Hujan masih  berterusan membasahi bumi pantai timur, tiada langsung tanda menunjukkan mahu berhenti seakan tidak mahu memberi peluang sedikit pun untuk sang  mentari memancarkan sinarnya. Payung yang yang fungsinya melindungi , kali ini gagal  memainkan peranan pabila ia patah dek melawan  angin kuat bersama hujan. Perjalanan ke kelas masih jua terus digagahi, ibarat sedang berjihad  melawan pelbagai rintangan .

Dalam tidak sedar , sudah genap setahun aku di sini, entah apa yang aku ingin matlamatnya masih kabur, mungkin perlukan kanta berkuasa tinggi  supaya semuanya jelas.  Buat sekian kalinya rasa kesal itu hadir , mengapa itu dan mengapa ini semua itu aku persoalkan kan walhal sudah ku tahu perjalanan ini  sudah pun tercatat.

Pemberontakan jiwa itu hadir,
 Pabila sampai ke suatu tahap yang membuat aku sedar yang  sistem pembelajaran di sini terlalu lembap , mudah untuk disimpulkan sistem belajar  untuk mahasiswa belajar setiap hari hanya semata-mata belajar untuk  menjawab soalan di dalam kertas peperiksaan , konteksnya terlalu kecil bukan,
Subjek yang langsung tidak ada kena mengena dengan bidang yang diambil juga harus  dikuasai oleh pelajar, untuk lulus.
fikiran pelajar disekat , pabila hak bersuara kami terus terusan di pandang remeh, jadi memang tidak hairan mahasiswa yang belajar di luar negara mengambil keputusan untuk berkhidmat di negara luar berbanding negara sendiri.


Dunia pekerjaan kini terlalu kejam ,
Sama ada memiliki  diploma mahupun ijazah sama sekali ia tidak menjanjikan  apa apa pekerjaan sekalipun jika  tidak berusaha memperolehnya,
Tidak adil bukan, gaji yang diperoleh pun bukan pun berdasar tinggi mana kamu belajar,
Tapi berdasarkan pada setiap organisasi,
 permulaan gajinya pun amat sedikit.
Kata lain setaraf sahaja gajinya  dengan gaji cleaner .baHKAN mungkin lebih murah dengan pekerja pendatang asing, Itulah realitinya.


Sejenak terfikir, untuk apa terus terusan belajar tinggi walhal sudah ku tahu realiti hidup kini,
Yang amat kejam,
Pekerjaan belum dapat tapi  digulit dengan bebanan hutang.
Kawan  yang lain yang tidak menyambung pelajaran senang  shaja  menikmati duit hasil titik peluh mereka tanpa perlu berfikir soal hutang,
Bagi tahu aku siapa lebih untung,
Mungkin duit simpan mereka sudah pun mencecah beribu ribu.
Tapi kami yang bergelar mahasiswa, simpanan pun tidak ada , yang ada pun duit hutang ptptn,
Konklusi diploma mahupun ijazah langsung tidak memberi makna sedikit apa pun.
mahu sahaja aku akhiri semuanya ,
tapi buntu untuk memulai semula,



Betapa sukarnya hidup di di
dalam era kini,
Sangat mencabar,

Ekonomi negara pula kini berada di tahap kritikal,
Kasihan rakyat terus terusan ditipu dengan kadar cukai GST,
Bebanan hutang negara terpaksa ditanggung rakyat melalui bayaran cukai,
Kenaikan harga barang terus dinaikan dengan melampau,

Oh sungguh kadang kala aku benci hidup di negara sendiri,


sekali lagi aku  buntu dengan percaturan hidup yang dipih,

dan sekali lagi pemberontakan jiwa berlaku dengan yang disekeliling ,
mohon bantuan psikologi,


nota hati- mulai bosan dengan semuanya hanya melalui dengan keterpaksaan semata.
                   




Wednesday, 13 November 2013

_kau faham tak ??

"Tira , tolong basuh pinggan?

Argh sekali lagi, dan sekali lagi nama itu juga dipanggil,

Hmmm dia dah takde dekat sini,  susah sangat ke nak ingat nama aku,

Huh ! Mengeluh kecil,

(senyum kambing) terus basuh pinggan,


Itu Tira, ini Tira, hmmm kadang tuh sakit juga hati ni,

tapelah Cuma dia sahja yang dorang ingat kat rumah ni,

Walaupun dia dah balik.

Yelah kan, dia kan baik, cantik , comel lotey,

Dan seangkatan dengan nye lah,



Nurul sayang, hidup ini bukan untuk dihargai, tapi untuk berkorban,
Kau faham tak ! BERKORBAN,

Tak payah nak iri hati dengan orang,

Mohon hayati surah an Nisa:32

"Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain…..



Petang itu,

Tiada langsung riak terkejut ,  seolah sudah tahu semuanya akan berlaku,

Bila mereka mulakan bicara yang  dia akan balik esok, senyuman sahaja aku ukirkan,

Menunjuk ketenangan,

Mana mungkin aku sedih , semestinya tidak,

Panggilan kol dia dan mamanya malam tadi sudah aku agak, dia membincang kan sesuatu,

Mana mungkin aku  tertidur,  seperti yang dia sangka, semuanya  aku dengar satu persatu,

Dan pagi itu juga pun, dia seolah lari pabila menerima panggilan,

Cuma  tiada minat mahu minta  penjelasan,

Hanya mampu mengagak, tapi rupanya ia betul.


Dan masa dia nak berangkat pulang, jelas wajah mereka sedih,

Seperti kehilangan  seseorang yang mereka sayang, tapi tidak aku,

Mana mungkin aku sedih, tidak sama sekali, bukan mahu buruk sangka atau apa,

Tapi aku yakin , sebab yang dia beri itu hanya rekaan, ye REKAAN,

Semata-mata mahu menamatkan cerita DUA DUNIA ini.

("weyh TIRA aku tahu kau tipu kannnnn )"

Sedikit pun tidak aku salahkan dia, hanya mampu mengucapkan tahniah dalam diam,

Dia berjaya lari dari cerita ini, tapi aku , masa yang tinggal harus aku habiskan,

Yelah parents aku jauh, nak mengadu ape ke, dorang takkan sanggup datang nye kan,

So tak guna aku mengadu itu dan ini, akan tambah kan risau dorang adalah,

'Kau yang pilih percaturan ini , so habiskan sahja lah NURUL'



Kau  nak tahu sebab UTAMA aku join program ni,

Sebab DUIT, DUIT, DUIT, dan seterusnya barulah pengalaman,

Aku bukan orang senang weyh , kol je mak abah minta duit, dah dapat .

Itu bukan aku, nak cakap ayat minta duit kat dorang pun aku tak pandai,

Dari kecik lagi, sebab aku tahu dorang tak berduit sangat, aku tahu betapa susahnya  dorang.

Memanglah PTPTN , adoooo !, berapalah sangat  weyh aku tanya kau, memang tak cukup,

Ape lagi dengan kos aku ni, Culinary Art, macam-macam nak kena beli, itulah inilah, hmmm

(tibe-tibe nyesal ambil kos ni)

DAN poster yang ditampal kat kolej  uintuk program ni,

Tawarkan duit Rm 400, bekerja sambil belajar,

Kau bayangkan UITM TAWAR rm400, belum lagi bila kau dah kerja dengan mak angkat kau, mesti dia bagi ,

Dan jumlah nya mesti bnyakkan,

So untuk cuti sem kau tak buang masa duk sahja dekat rumah,  boleh cari duit itu tampung kos belajar untuk sem depan kan,

Tapi weyh, cerita DUA DUNIA ini berbeza dari yang disangka,

Berbeza weyh,

DAH nak mula program ni baru dye cakap Cuma dapat Rm250 je,

(nyesal lagi)

Bila ditempatkan di rumah mak angkat yang seterusnya ,

Dia bukak warung  je, kerja tak banyak mana pun weyh,

Bangun pukul 4 pagi, tapi tak banyak pun yang ditolong,

Lap meja, sapu sampah, basuh pinggan , sikit-sikit tu je,



Untung dia dapat pun bukan banyak pun , tak banyak pun .

Ada ke rase aku dapat gaji, memang tak lah kan,

Dah lah asyik makan je,

Tambahan sekarang anak dia baru je lahirkan anak, so dia terpaksa tutup warung dia, lagilah aku bosan wehh, bosan,

Bukan nak berkira atau apa, tapi aku tolong dia buat kerja, teringat pula kat rumah,

Aku tolong mak orang, mak aku kat rumah tu sapa je kan yang tolong dia buat kerja,

Sedih pula, yelha sepatutnya cuti sem nilha masa aku untuk aku berkhidmat dengan dia,


Tapi sebaliknya,

Aku berkhidmat dengan orang lain,

Oke, bukan nak berkira, tapi kadang tu sedih juga,

Macam tak berbaloi je masuk program ni,

Rm100 je yang Madam bagi dulu, then 150 itu nanti, 250 je kot,

Dapat bayar duit tambang aku jelha kot,

Tak berbaloikan

Memang tak weyh.

(nangis jap)


Kau tahu , banyak lah weyh dugaan duk sini,

Macam contohkan,

Dia ade anak lelaki, menantu lelaki weyh, so kau ajnabi ngan dorang, tak kan ko nak join depan tengok tv ngan dorang, mesti tak kan, kau tuh perempuan, then bila duk bilik dorang fikir lain,

Okeyh so mestilah nak kena ambil baju labuh, stoking , tudung pakaikan,

Ambil masa kann, tapi dorang tak faham  weyh,,,




24 jam pakai itu je , kadang tu penat juga weyh,

Tahu tak panas, berpeluh, dan aku ade tudung sarung tu je,,

 Penat, penat,penat dan rimas,

Sebab tu aku habis kan banyak masa kat bilik,


Panggggg !!!!!!

HIGH FIVE kat muka  asyik nak mengeluh !
"Nurul sayang , neraka itu lagi panas,

Hayati balik surah Imran195,

"Sesungguhnya  Aku tidak mensia siakan amalan orang yang beramal antara kamu, baik lelaki mahupun perempuan. Sebahagian kamu adalah keturunan dari sebahagian yang lain."


Astagfirullah, insaf kejap.

Ye ye, aku tengah berjihad tutup aurat,

Yekannn,

Mohon diberi kekuatan Ya Allah.

Okeyh, dan jumaat ni , anak dia ramai yang balik,

Ramai weyh,  aku cadang nak je, balik sebelum anak dia balik boleh tak macam itu,

Boleh tak,

Hmmm, malu lah, anak dia ramai yang balik,

Hmmm malu, weyh, aku sape, ?

Aku ni bukan sombong tau, Cuma tak pandai nak mesra je,''

Kata lain PEMALU, bukan sombong huhuh

Kau faham tak PEMALU,


Aku,

Orang asing saje kan ngan dorang,

Hmm kau FAHAM tak ape aku rase sekarang ?

Dan sudah tentu aku balik nanti 'MA" tak akan sedih kan,

Yelha anak kandung dia nanti ramai yang balik rumah,

Kann, so anak angkat ni yang nak berambus nih,

BOLEH JALAN lah kan,

"Nurul , asyik fikir negatif saja ,



hmmm kalau boleh hari ni juga nak balik,

dah rindu gila ngan rumah,

hmmmm


Kau FAHAM TAK ???

Sunday, 3 November 2013

monolog_sepi





Dia mengeluh kecil , Ah imannya turun lagi,  
Sujud terakhir dia pada tahajud dan solat Dhuha pagi tadi,
Tidak pernah dia lupa untuk memohon  agar dikuatkan Iman,
Diteguhkan pendirian,
Dan diberi ketenangan hati,

Tapi tadi ternyata imannya masih lemah,
Dia hanya mampu mengutuk di dalam hati kecilnya sahaja,
Tanpa berani bersuara,
Wajahnya sahaja nampak tenang,
Tapi sebenarnya tidak,

Kecewa dia ,
Dia masih belum bisa jadi hamba yang terbaik,
Dia masih kaku dengan penghijrahan ini,
Dia itu mudah jatuh,
Hatinya juga rapuh,

Dia tahu , Allah sedang mengujinya,
 semakin dia  ingin berubah ke arah kebaikan,
Semakin itu dia kerap diuji,
Kadang dia letih,
Penat sangat untuk menanggung semuanya,
Tanpa sedar air matanya sudah membasahi pipi,
Terus kalam Allah dibuka,
Menghayati mesej cinta Allah,

Sering saja dia mengeluh letih dengan semuanya,
Tapi dia tahu, Allah itu dekat, lebih dekat dari urat lehernya sendiri,
Mana mungkin Allah tinggalkan dia bersendirian,
Tanpa memberi kekuatan padanya,
Untuk menghadapi ujian ini,


Duka , sedih, kecewa merantai hidupnya kini,
Tapi dia yakin yang semuanya hanya sementara,
Pelangi itu akan muncul di akhirnya juga,
Memang SABAR itu payah ,
Kerana GANJARANYA amat besar,
Syurga itu manis,
Tapi menujunya pahit,

Semuanya ujian itu harus dilalui,
Tidak perlu dipersoalkan,
Yang bergelar hamba itu memang layak diuji,
Untuk mengetahui sejauh mana imannya,
Dan itu semua membuatkan dia Redha,


Maha penyanyang , maha pengampun, maha mengasihani,
Dia tidak pernah lupa dengan semua sifat Allah,
Malah dia itu begitu yakin sekali dengan semua itu,
Itu saja membuatkan dia kuat dan tabah mengharungi semuanya,











Monday, 28 October 2013

_istiqamah itu payah_


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,
selawat serta salam buat junjungan besar nabi muhammad s.a.w






Penulisan kali ini mungkin agak cacar marba,

Tidak teratur,

Masih kekeliruan dengan identiti diri yang sebenar,

Masih kecewa dengan diri ini mungkin,

Faham bila kau benci aku,

Aku juga benci kadang dengan diri ini,

Mengapa aku tidak bisa jadi seperti wanita SOLEHAH itu,

 Masih gagal untuk meneguhkan pendirian,

Gagal meneruskan prinsip yang dibina,






Jujurnya  masih lemah,

 Perlu kekuatan, dari sekeliling,

kau tak tahukan betapa peritnya,

Jadi muslimah,

Diri yang sebenar merupakan cabaran paling UTAMA,

Dulu aku begini, kini begini,

Lainkan,

Bezakan, ouh terlalu,

Aku juga kadang masih merasa bagai mimpi,

Inikah diri aku kini,

Apa aku gembira atau tidak,

Muktamad ! Ini jalan dipilih ,

Biar sampai mati, biar terus begini ,

kau nak kata apa silakan,

emang ku pikirin !




Benar, mahu berubah itu mudah , mudah sajakan,

Tapi yang sukar itu istiqamah, 

Berapa lama kau tahan dengan perubahan itu,

Sabar dengan cacian,

Dan yang paling penting cabaran untuk diri kau yang sendiri,

Keinginan, kau yang dulu dan kini harus juga berubah,

Dan yang paling-paling penting juga ialah, hati kau,

Benar apa kau ikhlas semata kerana Allah ataupun kerana manusia,

Semak balik semuanya,




Aku bukan apa yang kau fikirkan,

Mungkin masih mampu mengukir senyuman,

Tapi dalamnya , aku masih berjuang, berjuang pada diri sendiri,

Ia amat perit untuk aku,

Mungkin di luar dilihat baik,

Tapi kadang kala yang lama itu kembali,



Arghh terlalu  payah istiqamah,

tafsir alquran,mathurat, dhuha, tahjud, hajat , sunat qabliyatan , badiayatan,

mengapa aku tak istiqamah mengerjakannya selalu,

kecewa,

kecewa.

kecewa,

iman ini kejap naik dan turun,

mohon Ya Allah,

bantu aku untuk istiqamah,

dekatkan aku dengan amalan yang membawa aku menyintaimu melebihi segalanya.


Maafkan aku Ya Rabb,

Kadang kala masih meragui,

Hijrah ini , semata-mata untuk untukMU,

Berubah,

Kau kata mudahkan, tapi sebenarnya, banyak dugaan yang ditempuh,

Tapi aku yakin, kalau niat baik Allah permudahkan,





Doakan aku, bukan keji,

Nasihatkan aku, bukan hina,

Bimbing aku, bukan tinggalkan,


Kamoo,

Aku juga manusia biasa,

Sebaik ,mana pun aku lakukan,

Tapi kenyataannya, aku tak akan mampu jadi sempurna,

Kan,

Terima aku apa adanya,

Jangan nilai  luarnya, kerana ia sungguh berbeza,

Dari dalamnya,

Sedang BERTATIH dalam penghijrahan itu ialah aku,

Doa saja yang terbaik,

Kitakan bersaudara,




assalam w.b.t































Sunday, 20 October 2013

cerita Dua Dunia ini berbeza :(

Dengan nama Allah yang  yang maha pemurah lagi maha mengasihani,
selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan sahabat baginda.

Assalamualaikum , moga kite sentiasa berada dibawah rahmat dan perlindungannya,



Nak diringkaskan ceria, aku terpilih untuk mengitkuti program WISE,
anak angkat gitu, secara objektifnya nak mendedahkan pelajar kepada dunia keusahawanan.
dan dalam masa yang sama, untuk peroleh pendapatan.


Dan secara rumusannya, aku terpilih, untuk berada dibawa mak angakt di Dungun, Tapi semasa biriffing cuma aku sahaja yang tidak diberi detail dengan jelas yang mak angkat aku ni buat apa.
Dia hanya tulis berniaga sahaja. Tapi kawan aku yang lain dapat tahu dorang buat apa nanti dengan kena buat detail,macam contoh perusahan kepok lekor, biskut dann sbagainya,
Then aku je yang taktahu buat ape, yelha dye brniaga ape kan.


Dan persoalan persoalan timbul, sehingga tadi sewaktu penyerahan kepada keluarga angkat.

then tanyalah 'mak cik berniaga apa ya ?'

dengan senyum makcik tu balas 'Dulu saja makcik niaga sekarang tidak'
sambung makcik tu lagi, 'Pak Cik Bawa lori kerje korek-korek tanah, "

sangat-sangat terkejut, bila diajukan soalan yang aku nak buat apa selama sebulan disini, dan apa aku nak isi report aku,

makcik tuh kata, "kamu duduk2 je rumah makcik , report tuh tulis saja apa2,


pergh sedih betul, dari aku duduk2 saja kat umah dye, baik aku g berbakti ngan ibu kat umah,
kesian ibu, tibe-tibe anak dia nih berbakti kat orng lain pulak,
tak acilah, hmmm tujuan sebenar aku nak peroleh pendapatan,
hmmm tapi sebaliknya pulak yang berlaku,
tak akan duduk saja umah dye , dye nak bagi duit kan.
hmmm
"IBU MAAF, CUTI NI NURUL TAK DAPAT BERBAKTI DENGAN IBU"

terslah buat keputusan
atau mungkin ada hikmah disebalik semuanya,
tapi apa,


bila mengadu kat madam hal ini, terkejut madam, madam tak sangaka hal ini berlaku,
hmmm harap sanagt madam ambil balik aku dari umah ni,


Lagi satu, selasa ni dye keluarga nak pergi Langkawi, dye ajak aku sekali,
hmmm tapi tiket bayar sendiri, hmmm weyh aku mana ade duit, siyez tak ada,
sampai sana mestilah pergi belanja, tak mungkin aku diam saja.
duit juga tuh, 
hmmmmm alahai.


kenapa progaram ini tak seperti yang aku bayang dan harapkan
kenapa , apa hikmah sebalik ini.

Madam ambil lah saya cepat. 


:(

nak je lari darri rumah orang ni, tapi bila fikir balik umah dye hulu sanagat,
kat pendalaman,
hmmm piki banyak kali juga nih,
mana lah ade teksi lalu,
silap2 bila lari aku kan yang patah balik nanti, 


tolong doa yang terbaik
moga madam datang amik esok.

amin



Sunday, 13 October 2013

syukur alhamdulilah, atas segalanya


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyanyang,







Aku mahu berhenti, 
 berhenti menjadi pengeluh,
Agar aku tahu belajar ertinya bersyukur,
Maafkan aku Ya Rabb , jika bibir ini masih kurang mngucap kata syukur,
sungguh benar, nikmat darimu begitu banyak ,
tapi aku yang telah mendustakan itu,
Astagfirullah,  jauhkan aku dari kufur, nikmatMu,

Aku yakin, ini semuanya yang terbaik untukku dariMu,
Segalanya , aku pasti ada hikmah yang tersembnyi,,
untuk aku harus tabah dan kuat menjalaninya,

Tabahkan aku , disaat mereka membenci ,
Agar aku yakin, ada yang masih menyanyangi,
Kuatkan aku untuk menjalani ujianMu,
kerna aku yakin disitu letaknya, kasih sayangMU,


alhamdulilah,
terima kasih atas nikmat dariMU ya Rabb,

moga Allah Redha,







Friday, 6 September 2013

kosong, kosong, dan kosong

"Ibu, nurul mimpi buruk malam tadi, nurul nak sangat tengok atok, abah jumlah tengok atok,"
Dah lama rasanya tidak jumpa dengan atok , kali terakhirpun masa hari raya yang pertama.
dan masa hari raya ke 2, atok terus dikejarkan di hospital.

hanya dpat tahu kabar atok dari ibu, sahaja , kerana baru mula bekerja, jadi tidak dapat cuti,

asyik keluar masuk hospital , kasihan atok,
keadaan atok kritikal
jadi seterusnya, mereka terus buat bacaan yasin 3 hari berturut-turut untuk atok,
dan untuk hari yang keempat atok terus dikejarkan diwad icu,
kebetulan aku diberi cuti ketika itu.


   pujukan aku  dipinggirkan, kecewe dengan jawapan abah "abah dah tengok atuk semalam, nak pergi, pergi lah dengan mak long dye dah nak pergi tuh," 

terus cepat aku mengantikan baju takut ditinggalkan mak long,


Suasana di Hospital Besar Kuala Lumpur terlalu sesak dengan ramai orang,
Tapi perhatianku tertumpu dengan sekumpulan manusia yang amat aku kenali,
di pintu masuk Hospital,

Entah apa entah yang mereka bincangkan, terus aku  menyalami mereka semua.
Pak Ngah, Cik Salmi, Pak Cik Jais dan Cik Put.

Sesampai sahaja, di wad icu, hanya 2 orang sahaja yang dibenarkan masuk bergilir-gilir,
suasana di dalam wad itu amat memilukan,
jika didalam wad dahulu, dia bisa lagi membukakan mata, bisa lagi membuat jenakanya,
bagai tiada apa yang sakit buat dirinya.
tapi kini, sungguh berbeza, 
matanya tertutup rapat, bagai tidak dapat dibukakan lagi, mulutnya dipasang alat bantuan pernafasan,
jelas kelihatan darah pada bibirnya,

pernafasan nya tersekat-sekat, seolah memberitahu dia amat menderita atas kesakitan itu,
ingin sekali aku membisik ditelinga atuk,
ayat ayat Allah,
tapi kedudukan aku ,
tidak beberapa sesuai,
belum puas mengamati lagi keadaan atok, aku disuruh keluar,
untuk beri peluang yang lain untuk turut sama melihat atok,

diluar wad,
jelas yang membarisi tempat duduk , hampir semuanya saudara maraku,
entah apa yang mereka bualkan, lansung menarik perhatian,
risau aku dengan keadaan atuk itu melebihi segalanya,

terus, aku mengambil keputusan untuk masuk dalam wad itu lagi,
kali ini kedudukan aku lebih rapat dengan atuk,

ketika itu hanya ada aku , paklong sahaja,
paklong kata , atuk dah tak ada harapan,
nombor-nombor di monitor itu semakin menurun.
kali ini nombor itu menurun sacara drastik,
lansung tidak aku faham,

kakinya aku pegang, sudah terasa sejuknya,
tapi dadanya masih terasa panasnya lagi.
degupan jantung di monitor itu, sekejap sekejap terhenti,
aku dan paklong hanya bisa memerhati,


pernafasan atok,
tersekat-sekat,
 aku usap dahi atuk,
pipinya kau pegang,
telinganya aku rapati,

al fatihah aku bacakan
surah al ihklas,
ayat ayat Allah,

"atuk pergilah dengan tenang, atuk dah banyakk menderita "

dan tiba-tiba, nombo-nombor di monitor itu,
semuanya jadi kosong,
kosong,
kosong,
semuanya,


tak mungkin atuk dah pergi, kerana , dye masih bernafas,
pak long terus panggil doktor,

mungkin mesin itu silap,
doktor datang,  alat bantuan pernafasan itu , dicabut,
kain itu terus ditarik menututupi muka atuk,

"dia dah tak ade'

aku mengeleng,
mana mungkin,


doktor itu terus pergi,
terus diruang wad dipenuhi,
 nampak wajah kecewa pada wajah nenek,
"abg kenapa tak tunggu T'
kesihan nenek,

mata aku tertumpu pada yang lain,
tagisan dan pelukkan antara mereka,
buatkan suasana, menjadi amat pilu,

Rabu, 5.9.2012,diambil seejam sebelum,
 atuk menghembuskan nafas terakhirnya,
 pada pkul 8.57pm.

Dia telah pergi untuk selamanyaaa
sesungguhnya kematian itu PASTI,
perginya seorang insan yang ku gelar ATUK,

dan pastinya hari-hari kami,
tanpa dia,


kini hampir setahun atuk ,
meninggalkan kami,

sunyi sekali tanpa atuk,
kami rindukan atuk,
atuk tunggu NURUL, disana,
moga Rohnya ditempatkan ditempat , orang-orang yang beriman,



amin,














Saturday, 17 August 2013

harus SANGGUP


  Pernah tak rasa benci sangat dengan seseorang itu, kamu tak suka perangai dia , sikap dia, semua lah mengenai dia kamu tak suka, tapi walau benci mana pun kamu dengan dia , kamu harus bekerja dengan dia,harus berjumpa dia,harus bertentang mata dengan dia, duduk dengan dia, yang paling teruk lagi kamu harus hidup dengan dia . Teruk kan dah lah dia kita benci pastu hidup serumah lagi , teramatkan tak suka.

  Dan pernah kan kamu tidak suka melakukan perkara itu tugas itu .Tapi kamu harus juga hadapinya, harus siapkan tugasan itu, walau besar mana pun ketidaksukaan kamu terhadap perkara itu. Tapi harus kamu lalui, sebagai contoh EXAM ? Tiada siapa pun suka perkataan itu kan lebih lebih lagi student, tapi nak tak nak harus juga hadapi walaupun situasi yang amat kita tidak suka.Eh memang tak suka lah BENCI.

Pernah kan. ASYIK keluhan sahaja yang diungkapkan !

Pesan ini untuk diri sendiri juga, yang sentiasa mengeluh hadapi perkara itu dan ini.

Sebenarnya hidup ini bukan sekadar menurut kemahuan kita sahaja, tapi ia
Lebih sekadar kesanggupan . Kesanggupan kita hadapi lalui hidup ini dengan
Perkara yang kita tidak suka.
Ia itu YANG UTAMA.

Seperti firman ALLAH
Boleh jadi kamu membenci suatu perkara, padahal ia baik untuk kamu,
Dan boleh jadi kamu menyukai suatu perkara, padahal ia amat buruk bagi kamu,
Allah maha mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui
(AlBaqarah:216)

Dan pernah kan, suatu yang kita lihat negatif diawalnya, akan menjadi positif diakhirnya,
Suatu yang kita benci dahulu, menjadi yang kita rindui akhirnya,
Bagai contoh, dulu kita tak suka punn kan hadir kesekolah,
Tapi kini ia menjadi rutin  yang amat dirindui.

Kita benci seorang itu awalnya, tapi akhirnya bila kita sedar dia lah insan yang baik,
Kita benci sesuatu perkara itu awalnya, tapi akhirnya kita sedar, itulah perkara yang paling berguna dalam hidup kita,
Kita bencikan pengalaman itu awalnya, tapi akhirnya itulah pengalaman yang paling berharga dalam hidup kita,
Kita bencikan musibah yang menimpa kita, tapi sebenarnya dengan musibah itulah cara ALLAH menegur kita, cara ALLAH rindukan kita untuk kita semakin dekat dengan nya, untuk kita lebih belajar erti kesabaran, untuk mempertingkatkan lagi Iman kita seperti firman Allah,
" apa kamu kira kamu beriman , sedangkan belum datang ujian yang menimpa kamu"

Apa yang penting dalam hidup ini ialah KESANGGUPAN,
Sanggup menghadapi musibah,
Sanggup hadapi dugaan,
Sanggup dihina,
Sanggup sanggup dan sanggup


Tidak semua yang kita suka itu yang kita dapat.
Tapi apa yang kita dapat itu yang kita perlu.


Yup Allah beri apa yang kita perlu,
Semua yang berlaku, yang kita hadapi ada hikmah sebaliknya,
Yakin itu,
Sentiasa berbaik sangka pada Allah.

Siapa kita mahu mempersoalkan takdir Allah yang telah ditetapkan untuk kita,
Sebagai hamba harus laluinya semua dengan sabar.
Firman Allah
"Wahai orang yang beriman minta pertolongan Allah melalui sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.(baqarah:153)


"Jadikan sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang yang khusyuk. (Baqarah:45)

Dan ingat

Dan sesungguhnya akan kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta jiwa dan buah buahan. Dan berikanlah berita gembira pada orang yang sabar. (Baqarah155)

apa yang penting dalam hidup ini ialah MENCARI REDHA ALLAH,
walau apa pun yang kita harus hadapi, jika tetapkan niat semata-mata kerana REDHA ALLAH,
nescaya kita akan lebih ikhlas,



moga diberi kekuatan dariNya





Wednesday, 14 August 2013

jangan persoalkan !



penah tak korang lah kan dengar soalan mcam gini diajukan, walau bukan dengan korang pun,eh muka ko gelapkan, eh hidung ko besarkan, eh eh mulut dye senget, eh gigi ko jongang,
ehh asal ko pendek , eh asal ko gemok, eh dye mata ko julingkan dan seterusnya asal begitu dan begini...
soalan annoying kannn
okeyh korang rase ape patut orang yang terkene tu nak menjwab er kan,
senang bg je penampar yang tanya tuh,

kasihan,

dengar sini korang-korang, rase tak perlu nak ajukan soalan atau nyatakan kenyaataan, sebab blum korang perasan lagi apa kat muka dia atau keadaan fizikal dia, dia dah dulu dah tengok cermin, tak perlu errr, sakit hati sahaja,
mungkin bagi korang itu sbagai jenaka, bahan lawak, tapi awas jaga kata-kata kamu,
akan menyakiti dia,

dan dengar sini, perlu ke soalan itu diajukan pada dia,
dia pun tak pernah minta dijadikan seperti ini,
lahir-lahir je dah memang cemgini, nak wat camno ,fitrahnya gitu,
Allah dah takdirkan sebegitu keadaannya,

dan siapa kamu, mahu mempersoalkan soalan seperti itu,
kenapa pelikke tngok kekurangan orang,
ketidak sempurnaan orang,
pelik sangat ke,
lihat diri kamu dulu,
fitrah manusia itu tidak sempurna,


ingat , yang cipta kita dan kamu adalah Allah,
awasi ungkpan kamu,
agar tidak menghina ciptaan Allah.

sekian


Friday, 26 July 2013

dia bukan pelajar sekolah agama pun lah....



       Mahu percaya atau tidak ia fakta, ana sendiri juga terkejut, Kamu mahu tahu, kebanyakkan ukhti-ukhti di sini yang bertudung labuh,  sebenarnya bukanlah dari sekolah agama yang seperti enta enti fikirkan, dan tudung labuh yang dipakai juga bukan lah dari kecil lagi tapi baru sahaja, dan mereka juga bukan dari keluarga yang semuanya mengenakan tudung labuh.
     
     Semua sudah terbukti dikeliling ana saat ana bertanyakan sahabat usrah ana yang bertudung labuh tiada satu pun antara mereka yang bersekolah agama , dan ana sendiri lihat perubahan teman-teman ana yang tidak bersekolah agama tapi bertudung labuh, malah ada juga yang sudah berniqab .Alhamdulilah. 

   
     Tapi yang ana pelik, yang dari sekolah agama yang terdidik bertudung labuh dari kecil, sampai sahaja di IPT mereka tidak pun mengenakan tudung labuh lagi, bukan ana kata semua, tapi semua yang ana kenal di sini yang bersekolah agama memang sedemikian, dan ia fakta, mereka tidak lagi pun mengenakan tudung labuh. 

       Bahkan ada antara mereka yang offer ana untuk berikan tudung labuh mereka yang dahulu.
 Bukan maksud ana yang bertudung labuh itu baik, tidak sama sekali. Tapi yang baik itu tentu dia bertudung labuh. Faham tidak, dan Firman Allah

‘Wahai nabi suruh lah isteri-isterimu,anak-anakmu serta perempuan yang beriman agar menutup jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka dengan cara yang sedemikian lebih sesuai bagi mereka untuk dikenali dengan perempuan yang baik-baik maka dengan itu mereka tidak diganggu dan ingatlah Allah maha pengampun lagi mah mengasihani. (al-ahzab 59)

Ini adalah perintah Allah, dan Allah juga yang berfirman.

Dan renung-renungkan, apakah pakaian yang kamu pakai ini mengikut syariat Islam. Punya akal kan.
Fikir-fikirkan. Ingat lagi ayat ukhti ini sewaktu MDS, “alang-alang mahu menutup aurat biarlah sempurna tutupnya,

Kembali pada perbincangan tadi. Ana tahu mereka jua manusia biasa, yang tergelincir dari landasan iman ana juga tidak lepas. Bukan bermaksud mereka tidak baik. Tapi pelbagai soalan yang timbul.

Mengapa mereka tinggalkan tudung labuh mereka.


Tidak berhasilkah didikan guru mereka untuk bertudung labuh.


Apa dulu mereka bertudung labuh hanya semata kerana manusia .


Tidak ikhlas kah mereka dulu ?

MAAF mungkin ana kecewa  sebab persepsi  ana pada mereka dulu amat tinggi, ana lupa mereka manusia biasa, dan bukan malaikat. Bila bila sahaja bisa berubah. Ana juga.

Entah.. Sungguh Allah berikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya, Dan dia juga menarik hidayah pada sesiapa yang dikehendakinya juga.

Apa yang ana belajar. Usah riak dan takbur pada perubahan diri.

Hidayah itu harus dicari. ISTIQAMAH itu amat perlu.

Mungkin dia begini kini. Dan siapa sangka dia akan begitu nanti.
Tiada siapa yang tahu pengakhiran seseorang itu kenyataan itu sudah pun berlaku. Belajar apa yang berlaku dan terjadi di sekeliling kamu.

sekian..