Wednesday 1 January 2014

_harus percaya diri_

                          Buat sekalian kalinya , ketakutan itu masih menguasai diri, terlalu bimbang untuk menempuh hari esok, mungkin rasa percaya diri itu masih kurang, 
entah sampai bila harus begini masih tidak pasti,

"Nurul kau boleh sayang "

Hari itu semuanya berjalan bagai tidak dirancang, tiada niat lansung untuk aku pergi temuduga untuk pengambilan exco PIBH,hari yang diperuntukan hanya dua hari dan dua hari itulah sangat padat dengan jadual kuliah,
dan tapi dek kerana oleh pujukan Nabila aku pergi, 
persiapan menjawab persoalan itu tidak ada, 
apa pasti aku cuba , itu saja terlintas difikiran,

laju saja langkah untuk aku kesana, semuanya jadi kelam kabut,
dek kerana masa untuk temuduga itu sudah tamat, 
tapi kerana Nabila, aku masih diberi masa.

nafas aku masih tercungap ,
dan aku terus disuruh duduk,
wajahnya Dia sangat serius, macam aku dah buat kesalahan yang besar.
langsung senyuman  tidak dia ukirkan,
dengan nada yang berketar, soalannya aku jawab.
entah, apa ia menjawab soalan tau tidak aku tak pasti.
yang pasti aku berkata-kata.

tapi pabila diajukan soalan kenapa aku layak dipilih,
mulutku terkunci, mana  mungkin aku boleh jawab soalan itu,
disaat terlalu banyak kekurangan diri menyelebungi  diri,
mana mungkin aku bisa jawab, disaat ilmu aku untuk berdakwah saja masih tidak cukup.
dan pengalaman aku juga dalam persatuan ini juga lansung tidak banyak,
dek kerana terlalu baru.
apa kira aku layak !
hmmmmm...
hanya mampu tertunduk membisu.

usai sahaja, sesi itu semetinya aku tidak dipilih bukan,
yelah soalan wajib sebegitu aku tidak dapat jawab dengan jayanya,
tiada lansung susunan kata-kata, yang baik
tiada juga keyakinan berucap.
arghh malu bila diingat kembali.

cukup MALU.

Dan

apa

yang


amat

mengejutkan

 pabila pesanan ringkas yang aku terima mengatakan aku telah dipilih.

"TAHNIAH anda telah dipilih"

sungguh ia satu kejutan,
mana mungkin aku bisa diterima ,

masih buntu,

sungguh

dan seperti biasa kata-kata sokongan dari Nabila
untuk aku, 
"Allah pilih awak "
buatkan aku kembali sedar,


sekarang sudah tiada masa untuk memikirkan 
mengapa aku diterima,
dan yang pasti perjuangan dalam persatuan ini,
harus aku teruskan,
ia adalah satu perjalanan yang sudah ditetapkan Ilahi,

ia pasti kesilapan akan aku lakukan,
inilah yang dinamakan proses pembelajaran bukan,

firman Allah, "wahai orang yang beriman jika kamu menolong agama Allah nescaya Allah akan tolong kamu dan teguhkan kedudukan kamu, (Muhammad:7)

dan untuk apa perlu aku takutkan
bukankah pertolongan Allah itu dekat.

 Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Al-Baqarah: 214)

harus kuat
yakin
tabah

inilah peluang untuk aku belajar meMIMPIN.
inilah peluang untuk aku faham ISLAM,
inilah peluang untuk aku berDAKWAH,
dan inilah mediumnya untuk aku lebih belajar untuk lebih percaya diri,


yang pasti inilah jalanNya untuk aku berjuang dallam agama Allah,
insya Allah,

jika dia , dia, dan dia boleh,
mengapa aku TIDAK,

aku juga bisa

insya Allah,





mohon doa

moga Allah redha



nota kaki: 1.sedang lebih mendalami kalam Allah, moga diberi penerangan hati.
2. researh apa program yang terbaik untuk kali ini,
3. Alhamdulilah banyak kata semangat dari sahabat. syukur. Allah kirim mereka.
4. dan kawan-kawan saya yang bertudung labuh sudah bertambah.













'








No comments:

Post a Comment