Friday 19 July 2013

Si Perfectionist


Mungkin aku kelihatan bodohkan, hanya bisa diam ,
Ikut sahaja rentak kamu itu dan ini,
Bagi mu pendapat kamu itu betul sahaja, tapi kami, ada sahaja tidak kena,
Sehingga kau  perlekeh kan aku,

Ah jika kamu tiada pun  itu lagi baik,
Tidak, aku tidak pernah ingin sekali sertai kamu,
Tapi keadaan memaksa,
Bukan aku sahaja  kami semua,
Tidak suka rentak kamu,

Ini adalah minat ku,  ya aku terlalu minat dalam bidang ini,
Tapi bila ada kamu, ada sahaja tidak kena, rentak aku juga berbeza,
Ia kaku bila ada kamu,
Kamu itu terlalu PERFECTIONIST ,
Kamu sedar tidak, lumrah manusia itu memang sentiasa melakukan kesilapan,
Kamu juga tidak lepas, ! Jadi tak perlu ego,

Kamu, juga sedar , yang lain anggap kamu bagai orang asing,
Entah kami kadang kala tidak boleh terima,
Kamu salahkan kami kerana tak memahami kamu,
Kamu salahkan kami, kerana anggap kami tidak matang,
Jika tahu begitu, kenapa tidak memahami kami,

Maaf , aku akui kamu baik, tapi kata-kata kamu kasar,
Sehingga kami tidak selesa bersama kamu,
Salahkah kami, pabila tersentuh dengan kata-kata kamu,
Terlalu cepat kamu berterus terang itu dan ini, boleh tidak sedikit kamu jaga hati kami,
Boleh tidak kamu jaga tutur kamu sebelum berbicara,
Buang rasa EGO kamu,
Buang amarah kamu,