Saturday 17 October 2015

Selesai Diploma

Dengan nama Allah yang maha pemurah algi maha menyayangi.

sekejap sahaja masa berlalu, alhamdulillah dah selesai sudah pengajian Diploma saya selama 3 tahun dI uITM Dungun.Ingat lagi saya pernah post entry pertama saya semasa semester pertama.Bila baca entry tuh tergelak sendiri pun ada juga. Kadang kadang  kita ni, perkara yang kita tak tempuh lagi dah rasa sukar, dah rasa tak mampu, rasa down, percaya diti tuh dah tak ada.Tapi tengok lah apa yang kita kecapi sekarang , cuba toleh belakang balik, berapa banyak perkara yang kita rasa perkara yang kita rasa tak mampu, kita dah lalui dah dengan cemerlang, Subhanallah, Allah beri ujian dengan apa yang kita mampu.

Dan rasa tak percaya semua tuh dah dilalui, bukan nya perkara yang mudah, tapi Allah lah yang beri kekuatan. Pernah suatu ketika saya rasa nak berhenti terus belajar, masa tuh semester ke3.Terlalu stress dengan apa yang saya hadapi. Tapi alhamduliilah Allah hadirkan roomate saya yangbaik dan beri semangat tuk saya. Dan juga pernah semasa praktikal dulu, saya rasa ujian semasa berpraktikal itu terlalu mencabar sehingga hampir setiap hari saya mengadu pada ibu saya mahu terus berhenti belajar kerana tidak tahan dengan apa yang saya alami.Tapi perancangan Allha itu berbeza Allah beri kekutan untuk hadapi semua itu.Dan akhirnya saya berjaya juga habiskan praktikal saya, Seterunya setiap semester saya akan  rasa saya akan fail, tuk setiap semester, bila result nak diumumkan sahaja,saya yakin sayalah orang yang akan check result paling akhir, hari ni result esoknya atau lusanya barulah saya akan check, sebab rasa takut. Tapi alhamdulillah sepanjang semester tiada satu pun result saya yang 3.0 pointer ke bawah, ataupun fail mana2 subjek , tidak pun. Alhamdulillah. walaupun tidak pernah deanlist , alhamduliilah saya bersyukur.