Sunday 27 January 2013

aku tidak Mampu









Semakin jauh kita berdiri, semakin takut kita dengan kehidupan. Takut  dengan sagala cabaran, takut  dengan ujian kadang-kadang rase takut nak hadapi hari esok.Entah apa pula dugaan dan ujian yang menimpa kita. Hati ini bagaikan pengecut, puas kita tipu yang semuanya akan baik-baik sahaja tapi kenyataan nya hati kita mudah tuk merasa takut.  Kadang-kadang kita rasa yang kita tak kenal dengan diri kita sendiri,terlalu mudah untuk berputus asa.
   Kadang-kadang rasa dugaan yang Allah bagi itu amat berat sangat,terlalu berat , sampai muncul perasaan "Aku tak mampu"! Tapi bila kita renung kembali janji Allah dalam alQuran
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." 
[Surah Al-Baqarah, 2: 286]
    Kita perlu sedar yang janji Allah itu pasti, Sesungguhnya Allah maha penyayang Allah tidak akan menguji hambanya melainkan dengan kesanggupanya. Dan Allah tidak akan membiarkan hambanya keseorangan.Bukankah Allah menguji hambanya kerana dia sayangkan hambanya. Ingatlah semakin besar dugaan yang kau hadapi semakin tinggi nikmat yang Allah nak bagi.
   Tapi kenapa kita tak boleh lari dari perasaan "tak mampu" seolah-olah kita tak percaya dengan janji Allah. Nauzubillahminzalik...
   Bagi pendapat saya, bukankah ujian itu datangnya dari Allah, tapi kita sebagai manusia terlalu ingin meletakkan sepnuh kepercayaan terhadap diri sendiri berbanding meletakakan pergantungan kepda Allah sehingga apabila diuji dengan ujian terlalu berat  dia mula lemah, lalu dan duduk terdiam.
 Bagi orang yang beriman tatkala mereka diuji mereka akan letakkan keyakinan dan pergantungan sepenuhnya kepada Allah .Darinya ketenangan dan kekuatan itu akan muncul.
   Firman Allah dalam kitabnya:
"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun" (Sesungguhnya kami milik Allah, dan kepada-Nya jualah kami akan dikembalikan). Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk."
[Surah Al-Baqarah, 2: 155-157]

dalam ayat ini sudah terang menunjukkan yang Allah akan uji kita dengan sedikit ketakutan, dan ingat bahawa kita adalah milik Allah dan kepadanya juga kita akan kembali, mengadulah semuanya kepada Allah ,pohonlah kekuatan darinya" HASBI ALLAH WANIKMAL WAKIL" cukuplah hanya Allah penolong bagiku

Hanya DIA yang maha penguasa DIA yang datangkan ujian dan kepadaNYA lah yang kita berserah.
Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari)
sentiasa yakin bahawa dugaan yang diberi merupakan Cinta ALLAH kepada hambanya. Jangan sesekali buruk sangka kepda Allah

kerah segala ikhtiar untuk menyelesaikan ujian dan follow-up usaha itu dengan doa. Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap” (Q.S. Alam Nasyarh 94 : 7 – 8). Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan doamu.” (Q.S. Al-Mu’min.

SESUNGGUHNYA KITA AKAN SENTIASA DIUJI,DENGAN PELBAGAI UJIAN, TABAH LAH DAN SABAR JANGAN PERNAH HABIS BERDOA KEPADANYA,BERSERAH SEGALA KEPADANYA, semoga kita diantara orang-orang dan diberi kekuatan dari Allah untuk menghadapi dugaan, amin -