Monday 28 October 2013

_istiqamah itu payah_


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,
selawat serta salam buat junjungan besar nabi muhammad s.a.w






Penulisan kali ini mungkin agak cacar marba,

Tidak teratur,

Masih kekeliruan dengan identiti diri yang sebenar,

Masih kecewa dengan diri ini mungkin,

Faham bila kau benci aku,

Aku juga benci kadang dengan diri ini,

Mengapa aku tidak bisa jadi seperti wanita SOLEHAH itu,

 Masih gagal untuk meneguhkan pendirian,

Gagal meneruskan prinsip yang dibina,






Jujurnya  masih lemah,

 Perlu kekuatan, dari sekeliling,

kau tak tahukan betapa peritnya,

Jadi muslimah,

Diri yang sebenar merupakan cabaran paling UTAMA,

Dulu aku begini, kini begini,

Lainkan,

Bezakan, ouh terlalu,

Aku juga kadang masih merasa bagai mimpi,

Inikah diri aku kini,

Apa aku gembira atau tidak,

Muktamad ! Ini jalan dipilih ,

Biar sampai mati, biar terus begini ,

kau nak kata apa silakan,

emang ku pikirin !




Benar, mahu berubah itu mudah , mudah sajakan,

Tapi yang sukar itu istiqamah, 

Berapa lama kau tahan dengan perubahan itu,

Sabar dengan cacian,

Dan yang paling penting cabaran untuk diri kau yang sendiri,

Keinginan, kau yang dulu dan kini harus juga berubah,

Dan yang paling-paling penting juga ialah, hati kau,

Benar apa kau ikhlas semata kerana Allah ataupun kerana manusia,

Semak balik semuanya,




Aku bukan apa yang kau fikirkan,

Mungkin masih mampu mengukir senyuman,

Tapi dalamnya , aku masih berjuang, berjuang pada diri sendiri,

Ia amat perit untuk aku,

Mungkin di luar dilihat baik,

Tapi kadang kala yang lama itu kembali,



Arghh terlalu  payah istiqamah,

tafsir alquran,mathurat, dhuha, tahjud, hajat , sunat qabliyatan , badiayatan,

mengapa aku tak istiqamah mengerjakannya selalu,

kecewa,

kecewa.

kecewa,

iman ini kejap naik dan turun,

mohon Ya Allah,

bantu aku untuk istiqamah,

dekatkan aku dengan amalan yang membawa aku menyintaimu melebihi segalanya.


Maafkan aku Ya Rabb,

Kadang kala masih meragui,

Hijrah ini , semata-mata untuk untukMU,

Berubah,

Kau kata mudahkan, tapi sebenarnya, banyak dugaan yang ditempuh,

Tapi aku yakin, kalau niat baik Allah permudahkan,





Doakan aku, bukan keji,

Nasihatkan aku, bukan hina,

Bimbing aku, bukan tinggalkan,


Kamoo,

Aku juga manusia biasa,

Sebaik ,mana pun aku lakukan,

Tapi kenyataannya, aku tak akan mampu jadi sempurna,

Kan,

Terima aku apa adanya,

Jangan nilai  luarnya, kerana ia sungguh berbeza,

Dari dalamnya,

Sedang BERTATIH dalam penghijrahan itu ialah aku,

Doa saja yang terbaik,

Kitakan bersaudara,




assalam w.b.t































Sunday 20 October 2013

cerita Dua Dunia ini berbeza :(

Dengan nama Allah yang  yang maha pemurah lagi maha mengasihani,
selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan sahabat baginda.

Assalamualaikum , moga kite sentiasa berada dibawah rahmat dan perlindungannya,



Nak diringkaskan ceria, aku terpilih untuk mengitkuti program WISE,
anak angkat gitu, secara objektifnya nak mendedahkan pelajar kepada dunia keusahawanan.
dan dalam masa yang sama, untuk peroleh pendapatan.


Dan secara rumusannya, aku terpilih, untuk berada dibawa mak angakt di Dungun, Tapi semasa biriffing cuma aku sahaja yang tidak diberi detail dengan jelas yang mak angkat aku ni buat apa.
Dia hanya tulis berniaga sahaja. Tapi kawan aku yang lain dapat tahu dorang buat apa nanti dengan kena buat detail,macam contoh perusahan kepok lekor, biskut dann sbagainya,
Then aku je yang taktahu buat ape, yelha dye brniaga ape kan.


Dan persoalan persoalan timbul, sehingga tadi sewaktu penyerahan kepada keluarga angkat.

then tanyalah 'mak cik berniaga apa ya ?'

dengan senyum makcik tu balas 'Dulu saja makcik niaga sekarang tidak'
sambung makcik tu lagi, 'Pak Cik Bawa lori kerje korek-korek tanah, "

sangat-sangat terkejut, bila diajukan soalan yang aku nak buat apa selama sebulan disini, dan apa aku nak isi report aku,

makcik tuh kata, "kamu duduk2 je rumah makcik , report tuh tulis saja apa2,


pergh sedih betul, dari aku duduk2 saja kat umah dye, baik aku g berbakti ngan ibu kat umah,
kesian ibu, tibe-tibe anak dia nih berbakti kat orng lain pulak,
tak acilah, hmmm tujuan sebenar aku nak peroleh pendapatan,
hmmm tapi sebaliknya pulak yang berlaku,
tak akan duduk saja umah dye , dye nak bagi duit kan.
hmmm
"IBU MAAF, CUTI NI NURUL TAK DAPAT BERBAKTI DENGAN IBU"

terslah buat keputusan
atau mungkin ada hikmah disebalik semuanya,
tapi apa,


bila mengadu kat madam hal ini, terkejut madam, madam tak sangaka hal ini berlaku,
hmmm harap sanagt madam ambil balik aku dari umah ni,


Lagi satu, selasa ni dye keluarga nak pergi Langkawi, dye ajak aku sekali,
hmmm tapi tiket bayar sendiri, hmmm weyh aku mana ade duit, siyez tak ada,
sampai sana mestilah pergi belanja, tak mungkin aku diam saja.
duit juga tuh, 
hmmmmm alahai.


kenapa progaram ini tak seperti yang aku bayang dan harapkan
kenapa , apa hikmah sebalik ini.

Madam ambil lah saya cepat. 


:(

nak je lari darri rumah orang ni, tapi bila fikir balik umah dye hulu sanagat,
kat pendalaman,
hmmm piki banyak kali juga nih,
mana lah ade teksi lalu,
silap2 bila lari aku kan yang patah balik nanti, 


tolong doa yang terbaik
moga madam datang amik esok.

amin



Sunday 13 October 2013

syukur alhamdulilah, atas segalanya


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyanyang,







Aku mahu berhenti, 
 berhenti menjadi pengeluh,
Agar aku tahu belajar ertinya bersyukur,
Maafkan aku Ya Rabb , jika bibir ini masih kurang mngucap kata syukur,
sungguh benar, nikmat darimu begitu banyak ,
tapi aku yang telah mendustakan itu,
Astagfirullah,  jauhkan aku dari kufur, nikmatMu,

Aku yakin, ini semuanya yang terbaik untukku dariMu,
Segalanya , aku pasti ada hikmah yang tersembnyi,,
untuk aku harus tabah dan kuat menjalaninya,

Tabahkan aku , disaat mereka membenci ,
Agar aku yakin, ada yang masih menyanyangi,
Kuatkan aku untuk menjalani ujianMu,
kerna aku yakin disitu letaknya, kasih sayangMU,


alhamdulilah,
terima kasih atas nikmat dariMU ya Rabb,

moga Allah Redha,