Wednesday 10 July 2013

cerita Tenggol A

Hujan  renyai yang dari pagi tadi tiada lansung menunjukkan tanda untuk berhenti,  baru sahaja anabasuh baju semalam yang penuh sebakul mengunakan kudrat dua tangan ini, pabila hampa  selepas3 mesin basuh yang lansung tidak berfungsi dengan baik, megeluh kecil pabila duit syiling ana 20 sen habis begitu sahaja, ahhh disini 20 sen dan 50 sen sangat berharga, lama ana kumpul, untuk persediaan basuh di mesin, inilah kesannya jika terlalu berharap pada mesin.

Lansung ana tidak faham dan pelik dari mula-mula masuk kolej ini lagi, tiada lansung ana faham kerana tiada benar tempat membasuh kain disini,  tapi disini ada suatu bilik kecil yang terletak dihujung laluan kolej  satu bilik kecik yang hanya muat satu dan dua orang sahaja yang jika mahu masuk, ada satu para dan paip dibawahnya, lansung tiada fungsi benar jika mahu membasuh kain disini kerana paip terletak di bawah, ahh penat  , sakit pinngang bila membasuh disini,

Tapi disebabkan stok pakaiaan ana pun sudah hampir habis terpaksa ana teruskan juga membasuh,pada mula dulu melihat toilet disini, ana terkejut kerana suasna nya sungguh menyeramkan, kerana hampir semua cermin disini diliputi oleh lumut,runsing ana , mengapa mereka tidak bersihkan atau ganti sahaja semua yang baru , dan didalam bilik air disini  ada suatu tempat jika dilihat secara sekilas pandang macam tempat wuduk, tapi yang peliknya tiada pun paip apakah ya fungsi nya, dan diluar toilet ada satu paip, tapi lansung tiada laluan air bagi air yang mengalir, mahu sahaja ana ketemu dengan kontraktor yang buat bangunan ini., macam-macam soalan yang ana ingin tujukan, apakah itu, apakah ini, mengapa begitu, mengapa begini, mana tahu ana yang jahil , untuk mengetahui fungsi-fungsi disini,

Toilet nya juga kecil, kasihan bukan, kepada yang berbadan besar, bagaimana mahu menggerakkan badan nya, aduh kasihan ya ia kecil,
runsing ana, menurut senior disini, ini merupakan asrama yang paling lama berbanding asrama yang lain, padanlah sturuktur bangunan nya agak pelik, pada pintu utama bangunan ini, ukirannya sedikit macam tokong cina, ia amat unik, dan yang paling menyeramkan cerita disini ialah banyak bilik yang ditutup , entah ana pun tidak pasti sebabnya, tapi menurut sumber yang boleh dipercayai, ada suatu bilik disini terpaksa ditutup, kerana terdapat  gangguan , smbung pencerita itu lagi, bilik tersebut milik siswi yang mati lemas di dalam teluk mayat (sebab ramai yang mati diteluk ini) yang terletak dihadapan kampus ini ,mayatnya sehinnga sekarang tidak ditemui, dan ada yang kadang-kadang mereka terserempak dengan rohnya dibilik tersebut, (naik bulu roma ana)

cerita lain yang ana dengar, siswi itu bunuh diri didalam bilik tersebut kerana terlalu tertekan, wallahualam,
ana tak pasti bilik yang nombor berapa,

tentu menarik, bongkar tentang bilik itu  ,  bongkar tentang "teluk mayat"(yang telah memakan beberpa nyawa)   dan bongkar cerita pada bawah jambatan yang kerana kami dihalang dan tidak digalakkan untuk melihat bawah jambatan mata malam hari,

wahh tentu menarikan, semestinya akan jadi box office , mahu sahaja jadi pengarahnya, " tajuknya misteri teluk mayat"  gerenti dapat mengalahkan filem sebelumnya disini "KARAH"(yang merapu) oke siapa nak jadi pelakon ana isi borang ye

haha berangan sahaja,

oke habis sahaja merapu,
ana memang suka cerita-cerita macam ini,

walaupin ana ini penakut,

oke bye,