Friday 6 September 2013

kosong, kosong, dan kosong

"Ibu, nurul mimpi buruk malam tadi, nurul nak sangat tengok atok, abah jumlah tengok atok,"
Dah lama rasanya tidak jumpa dengan atok , kali terakhirpun masa hari raya yang pertama.
dan masa hari raya ke 2, atok terus dikejarkan di hospital.

hanya dpat tahu kabar atok dari ibu, sahaja , kerana baru mula bekerja, jadi tidak dapat cuti,

asyik keluar masuk hospital , kasihan atok,
keadaan atok kritikal
jadi seterusnya, mereka terus buat bacaan yasin 3 hari berturut-turut untuk atok,
dan untuk hari yang keempat atok terus dikejarkan diwad icu,
kebetulan aku diberi cuti ketika itu.


   pujukan aku  dipinggirkan, kecewe dengan jawapan abah "abah dah tengok atuk semalam, nak pergi, pergi lah dengan mak long dye dah nak pergi tuh," 

terus cepat aku mengantikan baju takut ditinggalkan mak long,


Suasana di Hospital Besar Kuala Lumpur terlalu sesak dengan ramai orang,
Tapi perhatianku tertumpu dengan sekumpulan manusia yang amat aku kenali,
di pintu masuk Hospital,

Entah apa entah yang mereka bincangkan, terus aku  menyalami mereka semua.
Pak Ngah, Cik Salmi, Pak Cik Jais dan Cik Put.

Sesampai sahaja, di wad icu, hanya 2 orang sahaja yang dibenarkan masuk bergilir-gilir,
suasana di dalam wad itu amat memilukan,
jika didalam wad dahulu, dia bisa lagi membukakan mata, bisa lagi membuat jenakanya,
bagai tiada apa yang sakit buat dirinya.
tapi kini, sungguh berbeza, 
matanya tertutup rapat, bagai tidak dapat dibukakan lagi, mulutnya dipasang alat bantuan pernafasan,
jelas kelihatan darah pada bibirnya,

pernafasan nya tersekat-sekat, seolah memberitahu dia amat menderita atas kesakitan itu,
ingin sekali aku membisik ditelinga atuk,
ayat ayat Allah,
tapi kedudukan aku ,
tidak beberapa sesuai,
belum puas mengamati lagi keadaan atok, aku disuruh keluar,
untuk beri peluang yang lain untuk turut sama melihat atok,

diluar wad,
jelas yang membarisi tempat duduk , hampir semuanya saudara maraku,
entah apa yang mereka bualkan, lansung menarik perhatian,
risau aku dengan keadaan atuk itu melebihi segalanya,

terus, aku mengambil keputusan untuk masuk dalam wad itu lagi,
kali ini kedudukan aku lebih rapat dengan atuk,

ketika itu hanya ada aku , paklong sahaja,
paklong kata , atuk dah tak ada harapan,
nombor-nombor di monitor itu semakin menurun.
kali ini nombor itu menurun sacara drastik,
lansung tidak aku faham,

kakinya aku pegang, sudah terasa sejuknya,
tapi dadanya masih terasa panasnya lagi.
degupan jantung di monitor itu, sekejap sekejap terhenti,
aku dan paklong hanya bisa memerhati,


pernafasan atok,
tersekat-sekat,
 aku usap dahi atuk,
pipinya kau pegang,
telinganya aku rapati,

al fatihah aku bacakan
surah al ihklas,
ayat ayat Allah,

"atuk pergilah dengan tenang, atuk dah banyakk menderita "

dan tiba-tiba, nombo-nombor di monitor itu,
semuanya jadi kosong,
kosong,
kosong,
semuanya,


tak mungkin atuk dah pergi, kerana , dye masih bernafas,
pak long terus panggil doktor,

mungkin mesin itu silap,
doktor datang,  alat bantuan pernafasan itu , dicabut,
kain itu terus ditarik menututupi muka atuk,

"dia dah tak ade'

aku mengeleng,
mana mungkin,


doktor itu terus pergi,
terus diruang wad dipenuhi,
 nampak wajah kecewa pada wajah nenek,
"abg kenapa tak tunggu T'
kesihan nenek,

mata aku tertumpu pada yang lain,
tagisan dan pelukkan antara mereka,
buatkan suasana, menjadi amat pilu,

Rabu, 5.9.2012,diambil seejam sebelum,
 atuk menghembuskan nafas terakhirnya,
 pada pkul 8.57pm.

Dia telah pergi untuk selamanyaaa
sesungguhnya kematian itu PASTI,
perginya seorang insan yang ku gelar ATUK,

dan pastinya hari-hari kami,
tanpa dia,


kini hampir setahun atuk ,
meninggalkan kami,

sunyi sekali tanpa atuk,
kami rindukan atuk,
atuk tunggu NURUL, disana,
moga Rohnya ditempatkan ditempat , orang-orang yang beriman,



amin,