Thursday 27 February 2014

_tewas_

Sekali lagi aku tewas dengan makna sebuah PERJUANGAN,
Acap kali alasan dicipta, acap itu juga aku tewas,
 Mohon , aku perlukan tamparan agar dapat bangkit untuk kesedaran,

Maaf , untuk segala-galanya.
Kerana dari mula aku masih begini,
Perjuangan yang aku diikrarkan ketika itu,
Masih belum aku perjuangkan,

Jujur aku masih kaku dengan itu dan ini,
Jujur juga semuanya masih kurang jelas,

Aku mahu kamu semua faham,
Jalan yang aku telusuri ini masih baru,
Aku masih buntu dalam pencarian diri,
Aku  itu mudah tergelincir,
Aku itu mudah memberontak,

Jiwa aku tidak sesuci kamu semua,
Kerana ia masih kotor, diulit kekhilafan dahulu,

Ini bukan alasan yang sengaja aku cipta,
Tapi sebab , mengapa itu dan ini terjadi,

Mohon aku terusan dibimbing ,
Mohon aku terusan dipimpin,
Mohon aku terusan ditarbiyah,

Agar aku dapat belajar erti perjuangan,
Yang memerlukan keikhlasan dan pengorbanan.
Tanpa JEMU.