Hujan masih berterusan membasahi bumi pantai timur, tiada
langsung tanda menunjukkan mahu berhenti seakan tidak mahu memberi peluang
sedikit pun untuk sang mentari
memancarkan sinarnya. Payung yang yang fungsinya melindungi , kali ini
gagal memainkan peranan pabila ia patah
dek melawan angin kuat bersama hujan.
Perjalanan ke kelas masih jua terus digagahi, ibarat sedang berjihad melawan pelbagai rintangan .
Dalam tidak sedar ,
sudah genap setahun aku di sini, entah apa yang aku ingin matlamatnya masih
kabur, mungkin perlukan kanta berkuasa tinggi
supaya semuanya jelas. Buat
sekian kalinya rasa kesal itu hadir , mengapa itu dan mengapa ini semua itu aku
persoalkan kan walhal sudah ku tahu perjalanan ini sudah pun tercatat.
Pemberontakan jiwa
itu hadir,
Pabila sampai ke suatu tahap yang membuat aku
sedar yang sistem pembelajaran di sini
terlalu lembap , mudah untuk disimpulkan sistem belajar untuk mahasiswa belajar setiap hari hanya
semata-mata belajar untuk menjawab
soalan di dalam kertas peperiksaan , konteksnya terlalu kecil bukan,
Subjek yang langsung
tidak ada kena mengena dengan bidang yang diambil juga harus dikuasai oleh pelajar, untuk lulus.
fikiran pelajar
disekat , pabila hak bersuara kami terus terusan di pandang remeh, jadi memang
tidak hairan mahasiswa yang belajar di luar negara mengambil keputusan untuk
berkhidmat di negara luar berbanding negara sendiri.
Dunia pekerjaan kini
terlalu kejam ,
Sama ada
memiliki diploma mahupun ijazah sama
sekali ia tidak menjanjikan apa apa
pekerjaan sekalipun jika tidak berusaha
memperolehnya,
Tidak adil bukan,
gaji yang diperoleh pun bukan pun berdasar tinggi mana kamu belajar,
Tapi berdasarkan
pada setiap organisasi,
permulaan gajinya pun amat sedikit.
Kata lain setaraf
sahaja gajinya dengan gaji cleaner
.baHKAN mungkin lebih murah dengan pekerja pendatang asing, Itulah realitinya.
Sejenak terfikir,
untuk apa terus terusan belajar tinggi walhal sudah ku tahu realiti hidup kini,
Yang amat kejam,
Pekerjaan belum
dapat tapi digulit dengan bebanan
hutang.
Kawan yang lain yang tidak menyambung pelajaran
senang shaja menikmati duit hasil titik peluh mereka tanpa
perlu berfikir soal hutang,
Bagi tahu aku siapa
lebih untung,
Mungkin duit simpan
mereka sudah pun mencecah beribu ribu.
Tapi kami yang
bergelar mahasiswa, simpanan pun tidak ada , yang ada pun duit hutang ptptn,
Konklusi diploma
mahupun ijazah langsung tidak memberi makna sedikit apa pun.
mahu sahaja aku akhiri semuanya ,
tapi buntu untuk memulai semula,
Betapa sukarnya
hidup di di
dalam era kini,
Sangat mencabar,
Ekonomi negara pula
kini berada di tahap kritikal,
Kasihan rakyat terus
terusan ditipu dengan kadar cukai GST,
Bebanan hutang
negara terpaksa ditanggung rakyat melalui bayaran cukai,
Kenaikan harga
barang terus dinaikan dengan melampau,
Oh sungguh kadang
kala aku benci hidup di negara sendiri,
sekali lagi aku buntu dengan percaturan hidup yang dipih,
dan sekali lagi pemberontakan jiwa berlaku dengan yang disekeliling ,
mohon bantuan psikologi,
nota hati- mulai bosan dengan semuanya hanya melalui dengan keterpaksaan semata.
No comments:
Post a Comment