Tuesday 2 April 2013

terus istiqamah nurul,


 

   Tak dapat dinafikan , seakan ada tarikan yang tersendiri bila melihat muslimah yang menutup aurat dengan sempurna. Kagum melihat mereka yang terus beristiqamah mengenakan pakaian yang dituntut dalam islam.

    Biarpun tidak mendapat pandangan mata-mata keranjang dari adam, tapi semestinya pandangan Allah yang paling mustahak. Ya Allah aku kagum melihat mereka, terasa diri ini hina sangat, Jika sebelum ini aku hanya mengambil endah sahaja tentang perkara ini, sebab bagi aku cukuplah dengan mengenakan tudung sahaja untuk keluar, tapi pakaian ya Allah betapa jahilnya hamba mu. Mungkin dulu aku tak mengrerti makna menutup aurat yang sebenar-benarnya.


      Entah mengap,aku terlalu bangga dahulu bila dapat mencuri pandangan lelaki, ya Allah sungguh itu dulu  pandangan yang hina,ampunkan aku, syukur persekitaran disini buatkan aku semakin sedar ,semakin mengenali makna islam yang sebenar-benarnya .Pabila melihat mereka, terlalu kagum seakan ingin terus melihat mereka dari pandagan atas dan terus kebawah, sungguh segalanya ditutup. terlalu teliti mereka menutup.Demi menjaga maruah diri.


Mahu terus istiqamah untuk membetulkan diri, syukur Ya Rabb kau telah bukakan hati hambamu ini. semoga kau permudahkan  penghijrahan ini untuk menjadi wanita yang solehah, semuanya hanyalah semata-mata keranamu Ya Rabb, aminnnn