Wednesday 12 June 2013

aku harus kuat


sering kali ketakutan aku menguasai diri,
untuk menghadapi situasi yang belum aku hadapi,
sungguh , dari dulu lagi aku tida yakin pada diri ini,
sering sangat keresahan hati menjengah,
          "kamu semua hebat disini tapi aku tidak '


aku mahu sendiri, untuk lebih kenal diri ini sebenar,
aku mahu menangis aku mahu mengadu semuanya kepada
Sang Pencipta, tentang apa yang aku rasa , Ya Rabb pinjam
akan aku kekuatan Mu,


aku sedar ,
sebagai seorang hamba memang aku layak diuji,
 aku lemah Ya Rabb tanpa pertolongan darimu,
kau tmpat aku mengadu, kuat kan aku Ya RABB ,


aku mampu untuk menasihati yang lain,
saat mereka mengeluh lemah,
tapi sungguh, untuk nasehat diri sendiri ,
aku tidak mampu,


aku perlukan nasihat, bimbingan, motivasi,
untuk diri ini,
aku mahu dipeluk , saat aku lemah, untuk kembali kuatkan aku,
aku mahu ada yang mengusap air mata ini saat ia menitis,
aku mahu sahaja ada yang memahami diri ini ,
aku mahu ada sahaja yang mahu dengar keluhan diri ini,

Ya Allah ,kamu kirimkan aku sahabat yang baik,
yang dapat mendekat kan aku denganmu ,
ya selalu ingatkan aku dengan Mu , saat aku lemah,


sungguh Ya RABB , hanya kepadamu aku memohon,


moga aku kuat ,