Thursday 27 February 2014

_tewas_

Sekali lagi aku tewas dengan makna sebuah PERJUANGAN,
Acap kali alasan dicipta, acap itu juga aku tewas,
 Mohon , aku perlukan tamparan agar dapat bangkit untuk kesedaran,

Maaf , untuk segala-galanya.
Kerana dari mula aku masih begini,
Perjuangan yang aku diikrarkan ketika itu,
Masih belum aku perjuangkan,

Jujur aku masih kaku dengan itu dan ini,
Jujur juga semuanya masih kurang jelas,

Aku mahu kamu semua faham,
Jalan yang aku telusuri ini masih baru,
Aku masih buntu dalam pencarian diri,
Aku  itu mudah tergelincir,
Aku itu mudah memberontak,

Jiwa aku tidak sesuci kamu semua,
Kerana ia masih kotor, diulit kekhilafan dahulu,

Ini bukan alasan yang sengaja aku cipta,
Tapi sebab , mengapa itu dan ini terjadi,

Mohon aku terusan dibimbing ,
Mohon aku terusan dipimpin,
Mohon aku terusan ditarbiyah,

Agar aku dapat belajar erti perjuangan,
Yang memerlukan keikhlasan dan pengorbanan.
Tanpa JEMU.





Wednesday 5 February 2014

_kau hebatke_




    " wah hebat !"

 "Baguslah dia "

"Gud Luck"

Itu antara suara suara mereka,

takut aku untuk mendengar,

gerun rasanya.
 

kenyataannya aku tidak hebat sebagaimana takrifan yang diberikan,
sejujurnya , aku rasa semuanya bagai mimpi lagi untuk aku lalui.
dan sekali lagi keyakinan diri aku GOYAH.

terlalu jahil itulah aku,
aku tidak hebat sebagaimana mereka,
IMAN aku jua sering kali RAPUH,

khuatir semuanya bakal berantakan,
 pabila itu dan ini , datang bertubi tubi,
ibarat dihempap batu yang BESAR,

ah sekali lagi,
aku SAKIT !
 
 





 

Saturday 1 February 2014

_kutukan kamu :)_

Terseyum sinis melihat ketidakmatangan kamu, 
Meluahkan rasa ketidak puasan hati 
Sikit pun tidak aku ambil pusing ,
 dan sikit pun tidak aku pandang ia sebagai kutukan, ejekan, 
sekadar kasihan, kamu tidak cukup matang melihat kondisi sebaliknya, hanya terlalu cepat melatah, dan meluah rasa di situ.
apa kamu mahu dunia tahu yang kamu membenci aku atau sekadar ingin menyakitkan aku.

Agak sedikit kelakar, 
cara kamu itu kebudak budakan, tidak sesuai rasanya dengan umur kamu,
Bukan cara aku untuk membalas ejekan kamu itu,
Bukan cara aku juga untuk meluahkan rase disitu,
kerna aku dan kamu itu tidak serupa,
itulah bezanya.

Tidak, sesekali aku salahkan kamu, dan kamu,
kerana kamu dan kamu itu tidak faham .

semua itu salah aku, 
kerna tidak memberi penjelasan yang baik untuk kamu,
tapi tidak apalah, suatu hari kamu pasti akan faham.

Tapi , apa yang aku tidak faham,
kenapa begitu cepat kamu berdua melatah,
sedangkan tiada apa kalian sumbangkan lagi,
tiada apa yang kamu bantu lagi,

kamu kata mahu belajar,
inilah masanya kamu belajar sendiri,
tanpa mengharap yang lain,
Jika aku yang kerjakan nya semua,
sama sahaja aku pentingkan diri,
kerna tidak membiarkan kamu belajar.
dan untuk lakukan nya bersama,
maaf aku tidak ada masa untuk itu,
itu terlalu lambat,

maaf, kerna mneyakitkan , 





senyum sinis :)