Sunday 27 January 2013

aku tidak Mampu









Semakin jauh kita berdiri, semakin takut kita dengan kehidupan. Takut  dengan sagala cabaran, takut  dengan ujian kadang-kadang rase takut nak hadapi hari esok.Entah apa pula dugaan dan ujian yang menimpa kita. Hati ini bagaikan pengecut, puas kita tipu yang semuanya akan baik-baik sahaja tapi kenyataan nya hati kita mudah tuk merasa takut.  Kadang-kadang kita rasa yang kita tak kenal dengan diri kita sendiri,terlalu mudah untuk berputus asa.
   Kadang-kadang rasa dugaan yang Allah bagi itu amat berat sangat,terlalu berat , sampai muncul perasaan "Aku tak mampu"! Tapi bila kita renung kembali janji Allah dalam alQuran
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." 
[Surah Al-Baqarah, 2: 286]
    Kita perlu sedar yang janji Allah itu pasti, Sesungguhnya Allah maha penyayang Allah tidak akan menguji hambanya melainkan dengan kesanggupanya. Dan Allah tidak akan membiarkan hambanya keseorangan.Bukankah Allah menguji hambanya kerana dia sayangkan hambanya. Ingatlah semakin besar dugaan yang kau hadapi semakin tinggi nikmat yang Allah nak bagi.
   Tapi kenapa kita tak boleh lari dari perasaan "tak mampu" seolah-olah kita tak percaya dengan janji Allah. Nauzubillahminzalik...
   Bagi pendapat saya, bukankah ujian itu datangnya dari Allah, tapi kita sebagai manusia terlalu ingin meletakkan sepnuh kepercayaan terhadap diri sendiri berbanding meletakakan pergantungan kepda Allah sehingga apabila diuji dengan ujian terlalu berat  dia mula lemah, lalu dan duduk terdiam.
 Bagi orang yang beriman tatkala mereka diuji mereka akan letakkan keyakinan dan pergantungan sepenuhnya kepada Allah .Darinya ketenangan dan kekuatan itu akan muncul.
   Firman Allah dalam kitabnya:
"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun" (Sesungguhnya kami milik Allah, dan kepada-Nya jualah kami akan dikembalikan). Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk."
[Surah Al-Baqarah, 2: 155-157]

dalam ayat ini sudah terang menunjukkan yang Allah akan uji kita dengan sedikit ketakutan, dan ingat bahawa kita adalah milik Allah dan kepadanya juga kita akan kembali, mengadulah semuanya kepada Allah ,pohonlah kekuatan darinya" HASBI ALLAH WANIKMAL WAKIL" cukuplah hanya Allah penolong bagiku

Hanya DIA yang maha penguasa DIA yang datangkan ujian dan kepadaNYA lah yang kita berserah.
Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari)
sentiasa yakin bahawa dugaan yang diberi merupakan Cinta ALLAH kepada hambanya. Jangan sesekali buruk sangka kepda Allah

kerah segala ikhtiar untuk menyelesaikan ujian dan follow-up usaha itu dengan doa. Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap” (Q.S. Alam Nasyarh 94 : 7 – 8). Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan doamu.” (Q.S. Al-Mu’min.

SESUNGGUHNYA KITA AKAN SENTIASA DIUJI,DENGAN PELBAGAI UJIAN, TABAH LAH DAN SABAR JANGAN PERNAH HABIS BERDOA KEPADANYA,BERSERAH SEGALA KEPADANYA, semoga kita diantara orang-orang dan diberi kekuatan dari Allah untuk menghadapi dugaan, amin -

Friday 25 January 2013

si DIA....

Entah aku tak tahu mana dia menghilang, Ya Allah jika dia telah dicatatkan untuk aku di dalam luh mahfuz , Ya Allah kau satukanlah hatiku dan hatinya, tapi jika tidak, kau jauh kanlah hatiku dari memirkannya, , mudahkanlah aku untuk lupakan dia, jika nanti saatnya tepat kau hadirkanlah seorang pendamping yang mencintaimu lebih moga dia juga dapat mencintai aku.Sesunnguhnya janjimu pasti lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.Dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.
      Ia aku manusia biasa sahaja, ingin juga rasa dicintai dan memiliki cinta yang sejati. Ia mungkin masanya belum tepatkan,dan aku yakin aku pasti menemui jodohku ."3 tahun tak lama mana yang penting awak tunggu saya " mesej dari dia kubaca berkali-kali , 3 tahun lagi Nurul , sabar lah yeee, kalau betul dia jodoh kau, biarlah dia pergi, nanti dia juga akan kembali, tapi jika tidak ingat yang Allah merancang yang terbaik untuk kau.Istiqamah dalam bercinta Nurul, Ya tapi hati ini masih lagi menunggu kiriman mesej dari dia, Ia aku rindukan dia. maafkan aku Ya Allah.tak apalah biarlah dia pergi tanpa berita, aku yakin dengan janjimu YaAllah. moho dia tahu, "awak saya ingat janji kita, saya setia dan saya akan tunggu AWAK ." dan saya tak akan pernah habis berdoa di dalam sujud terakhir saya bahwa awaklah JODOH saya !


     

Sunday 20 January 2013

mulakan hari dengan SENYUMAN :)

Untuk post yang sebelum ni ,aku post pasal sendirikan, yup sekarang dah tukar persepsi oke, totally dah tukar, 'Nurul kalau tak ada siapa nak kawan dengan kau, kau kawan ja dengan diri kau sendiri, tambah nye lagi "Ni bukan tempat yang kau untuk dapat kan kawan rapat macam masa dekat sekolah dulu totally in this a diffence scenario oke, even kawan rapat kau nanti pun akan tikam kau dari belakang " ye AFIFAH NADZEMI :)
    She is my twins birthday i born after several haour after her, so our attitude and our feeling is almost same, yup we are pieces. She is too sensitive me too. so the conclude is she what i thing about,\
    Yaa Nurul awak dah besar, kalau tak ada siapa nak kawan dengan awak saya akan jadi kawan awak oke , saya akan beri motivasi dekat diri awak, Nurul awak harus lebih matang untuk berada disini, jangan mudah putus asa, biarlah mereka mahu cakap apa, tapi ingat niat awak belajar disini ialah LILLAHITAALAH,semua kerana Allah. Yup kamu dah 19 tahun kurangkan rasa sensitif.
     So lepas cakap ayat ni kat diri sendiri sedikit sebanyak aku dah mula semangat, SEMANGAT gituh, pagi2 je keluar  dari bilek rasa terus je mengukirkan senyuman , YE saya BOLEH , jangan putus semangat ye syg , hadapi segala cabaran yang ada dengan tenang , dan disini saya nak bagi tahu kat dunia yang SAYA SAYANG SANGAT KAT DIRI SAYA" :)

Friday 18 January 2013

sendiri bertemankan SEPI

       Bosan aku dengan sepi, pnat aku menyendiri,sepi dan sendiri aku BENCI, ia aku mengaku aku tidak punya teman disini, sendiri lalui hidup seorang pelajar,disaat mereka kesana kesini bersama teman , tapi aku sendiri. hanya bisa jadi siPEMERHATI.Masih tidak mengerti mengapa mereka mudah mendapatkan teman . Tapi aku, layakkah aku berteman?Mengapa mereka seakan tidak suka berteman dengan aku?. ia  aku tidak perlukan teman, tapi aku perlukan sahabat, yang dapat bersama masa suka dan duka, yang dapat bekongsi masalah bersama . Tapi kenyataannya yang namanya sahabat ia amat sukar dicari.
        Semuanya aku lakukan sendiri, saat ada yang bertanya mengapa aku sendiri,sukakah aku sendiri, hanya mampu mengukir senyuman di atas pertanyaannya.Seolah mereka simpati dengan aku yang seakan tidak punya teman.Yup aku pernah juga cuba untuk untuk mendekati mereka, ikut kumpulan mereka pergi kekelas, tapi seakan kehadiran aku bersama mereka tidak wujud, hanya bisa terdiam disaat mereka berkata.
Berpura senyum pabila mereka ketawa, Seakan aku bersama mereka, realitinya aku aku tidak mengerti apa yang mereka ketawakan , tidak sama sekali.
      Pernah juga aku cuba untuk kekumpulan lain, tapi realitinya aku tidak sesuai sama mereka. Entah mungkin cara mereka lain dan aku lain ikatan kimianya lansung tidak ada . Ia aku sediri kesana kesini didalam kampus yang besar ini.Aku mampu sendiri hadapi semuanya.
       Entah kadang-kadang aku ingin sekali nangis nangis sekuat hati, mahu sahaja ke PANTAI , teriak kuat, aku mahu dunia dengar yang aku perlukan sahabat disini, aku tidak bisa semuanya sendiri, penat aku dengan kepura-puraan, penat mengukir senyuman palsu yang aku bisa, realitinya aku tidak. mohon tuhan temukan aku sahabat yang bisa ingatkan aku dengan maha PENCIPTA ,amin.

Thursday 17 January 2013

untukmu kekasih yang halal ...

Assalammualaikum awak ,
      Saya taktahu awak dekat mana ,taktahu, awakdengan siapa je sekarang ? Awak saya nak awak tahu yang saya perlukan awak ,yup perlu sangat-sangat !Awak maaf awak bukanlah cinta pertama saya < awak tapi saya janji dengan awak , yang awak yang terakhir dalam hidup saya ,
      Awak tak kesah dengan siapa awak sekarang,saya akan terima awak ! Awak saya harapkan soleh dari awak , awak jangan risau tau , saya pun kearah itu, saya sedang perbaiki diri saya < awak jangan risau ye , insyaalah nanti kita sama-sama bina keluarga yang sakinah tao awak , !awak mungkin kita tak ditakdirkan bertemu sekarang , tapi bila kan awak sabar tao ! < semoga sebelum waktunya tiba kita dah bersedia kearah berumahtangga ! awak saya tak sabar nak tunggu masa itu, lau sekarang saya solat seorang2 , tapi nanti kita boleh jemaah sekalikan , awak boleh imamkan saya , boleh kita mengaji same2 dengan anak kita !kita pergi masjid sama2 ! sweet kan awak !semoga hubungan kita nanti diredahai Allah .Awak bimbin ye keluarga kita sama-sama menuju ke JANNAH !awak saya berdoa biarlah jodoh kita sampai ke syurga ,amin !
     Awak saya nak awak tahu ,saya kat sini oke jee , awak saya nak awak tahu yang saya masih special untuk awak . Awak hmmm saya tak tahu nak cakap apa dah , saya dah memang tak sabar kearah itu , insyaallah kalau ditakdirkan kita bertemu kat dunia kita akan jumpa jugak kan ! tapi kalau kia tak jumpa kat sini ,saya harap saya dapat jumpa awak di syurga nanti,tapi sekarang kita kena fokuskan dengan kerjaya kita kan, awak biar kita sama2 cintakan Allah yerr , insyALLAH , dengan cinta kepadanya kita sama2 akan dilindungi olehnya ! aminn


Dari kekasih HALALMU <3 !