Thursday 20 June 2013

mahu berangan sekejap

Baru-baru  terbaca entry ukhti ini, tajuknya "mudahnya bernikah,"
Begitu kagum , teruja, lepas baca entry ukhti itu, wahh mudah kalau kita 
guna cara yang telah diterapkan oleh Islam,

Rasa terpangil untuk meniru ukhti ini kalau bernikah nanti,






#Baju ana jenis jubah. Beli yang dah siap kat First Lady's. Harga RM45.90. 

#Tudung dan niqab jenis satin. Beli kat Kamdar. Harga RM24. Jahit sendiri.

#Veil Free (kain net atas tudung). Bukan veil betul pun, bila pakai nampak macam veil. Sebenarnya ana hanya touch up kain lebihan untuk baju saudara. Bila servey veil pengantin yang labuh harga lebih dari RM30. Bila ke butik pengantin tanya harga sewa RM18++ tu pun yang labuh sikit dari bahu.

#Sarung lengan RM4.90 beli kat mydin
#Sarung kaki RM2.90 pun cap mydin.

#Kasut RM18.90 beli kat kedai kasut tepi jalan. (Ikutkan hati nak pakai kasut getah je yang harganya RM9.90 he~)
#Jumlah keseluruhan satu set lengkap pakaian nikah ana RM96.60. Tak sampai RM100.



Pengantin lelaki

#Baju zauji jenis jubah. Harga RM50 (baju pengantin perempuan lagi murah)

#Kupiah pakai yang tersedia ada. (zauji pakai kupiah yang digunakan semasa mengajar kelas al-Quran)
#Seluar putih & baju putih (alas jubah) RM30
#Kasut zauji pakai yang tersedia ada.

#Jumlah keseluruhan satu set lengkap pakaian nikah zauji hanya RM80 sahaja.



untuk kamu bakal zaujku : awak nanti kita kahwin saye nak mcam ini 
sahaja tau, tak mahu berlebih lebihan kita buat yang sederhana sahaja
tak yah mahu pakai pelamin segala , cukup hanya sekadar bernikah
kan itu sahaja yang penting.

soal hantaran pula ibu dah cakap dah ikut kemampuan pihak lelaki,
ibu pun tak mahu minta lebih , kan beserdahana kan lebih elok,
jadi awak jangan risau lah, kami tak minta banyak pun, :)

cube kamu tengok video ini


kk


begitu terharu mendengar bacaan dari akhi ini ,
jujur masa mula2 dengar menitis air mata, bacaan dia sangat 
menyentuh jiwa, tak bosan dengar bacaan akhi ini, berulang kali saya dengar,

awak nanti ,masa nikah nanti , awak hadiah kan saya satu surah boleh,
macam ini juga, 
nanti nikah nanti kita buat apa yang perlu sahaja, teringin mahu pakai 
niqab jadi saya tak perlu lah mak andam ini segala untuk make up saya,

pastu kamu pula pakai jubah dan serban , kita tak perlu lah ikut cara melayu,
kita ikut cara yang diajar oleh islam,
awak mudahkan, awak tak perlu nak kumpul duit banyak mane sebelum berkahwin ,
tak perlu risau soal duit, kan rezeki milik Allah.


Tapi tapi awak, ini lama lagi kan,
entah lama lagi agaknya, tapi kita hanya mampu merancang Allah yang tentukan,

awak awak, kita siapkan diri kita dengan agama dulu tau, sebelum kita
diijab kabulkan,

awak jaga akhlak awak tao, jaga pandangan awak,jaga iman awak, jangan tinggal solat tao, saya nak awak tahu saya dalam proses mahu perbaiki diri,

saya mahu jadi ekslusif untuk awak,

insya Allah kita akan disatukan, mungkin kalau tidak disini tapi di akhirat sana,
sama2 doa tau awak :)







okeyh enough, heee sekadar mahu merancang sahaja,
kannn, saya sedar siapa je yang tak mahu lelaki soleh untuk dijadikan suami,
semua orang mesti mahu kan,

tapi renung balik solehah tidak saya, jika mahukan lelaki itu, 
beriman kah saya,  mahu dibandingkan ilmu saya pada agama terlalu sedikit, teramat sedikit shaja,
Tapi saya masih ada peluang kan untuk menjadi yang terbaik,
masih ada peluang kan untuk mencari ilmu agama,