Monday, 26 October 2015

Ibrah

Dengan  nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.
Moga dipermudahkan untuk penulisan kali ini.


Terbaca satu posting di fb ,dia cerita satu keturunan keluarga belah ayah dia tak solat,seumur hidup dia, tak pernah pun lihat ayah dia solat, sehingga kini ayah dia dah berusia 50an, tapi masih tidak lagi solat, nasib dia baik sebab keluarga belah ibunya berbeza, pegangan agama keluarga belah ibunya kuat.Alhamdulillah, dia solat dan yang lain dia tak tinggalkan.

Dengan izin Allah, moga posting saya kali ini di baca olehnya.

Bukan niat nak mengaibkan. Tapi moga menjadi Ibrah buat kita semua.

Cerita keluarga saya sangat sama dengan cerita tadi.Tiada seorang pun anak yang ingin biarkan ibubapanya terusan tidak solat, apalagi seorang ketua keluarga, yang tugasnya sebenarnya menjadi pemimpin, tapi gagal untuk memimpin.Bukan setakat solat, puasa dan yang lain semua ditinggalkan.
 Sekali lagi bukan niat untu mengaibkan.

Jujurnya, saya terlalu cemburu, mereka2 yang punya bapa, yang rajin ke masjid, yang kuat imannya. Tapi saya tidak

Syukur, didkan ibu pada kami semua, tempias penyakit keturunan abah tidak pada kami.
Saya yakin ini adalah ujian dari Allah, untuk kami agar terus berdoa pada Allah.

Doa saya dari dulu tak pernah henti agar Allah buka hati abah untuk bertaubat, sebelum nyawanya di ambil.

sehingga , suatu hari , abah dimasukkan ke Hospital.

Buah pinggang abah dah rosak.penyakit gaot abah yang semakin kritikal,jantung abah dah ada masalah.
satu2 doktor tu terangkan.sambung doktor tuh lagi, "benda dah rosak , tak boleh nak baiki"
Boleh baca posting saya sebelum ini pasal abah.


saya terlalu takut, takut sangat, macam mana kalau Allah ambil nyawa abah, sedangkan abah belum bertaubat,dan keadaan abah waktu itu dah semakin  kritikal,
saya takut sangat nak hadapi pelbagai kemungkinan yang berlaku.

dan, setiap malam , doa dalam tahajud agar Allah cepat kabulkan doa saya. bukan sihat abah yang saya minta, tapi agar Allah buka pintu hati abah bertaubat, dan moga Allah ampun kan segala dosa abah. itu sahaja.

Dan ingat lagi hari khamis (30 april 2015), waktu maghrib, tetiba sahaja abah tanya pasal solat. "Nurul , boleh tak ibu ambil wuduk abah" 

tahutak perasaan, insan yang selama ini yang kau ingat kan untuk solat sebelum ini sering mengendahkan.
Tapi waktu ini dia tanya pasal solat. Mahasuci Allah, yang amat benar mendengar doa hambanya.Yang tidak mengecewakan hambanya. Abah akhirnya solat. :')

dan ingat lagi, hari sebelum abah koma, waktu solatlah yang sering abah tanya, istigfar tidak pernah putus dari bibirnya. 
Syukur, Allah beri saya peluang untuk jaga abah di hospital.

sehingga , waktu abah koma. saya terlalu takut. doktor hanya jamin hanya 48jam sahaja waktu untuk abah.
tiada harapan lagi untuk abah hidup. semua organ dalaman sudah rosak. 

ruang icu sangat hiba dengan tangisan.
mana mungkin saya kuat lihat kondisi abah begini, tali tali berselirat di badan abah. terlau banyak mesin, yang saya sendiri tidak faham fungsinya.

jujur saya tidak kuat, insan yang saya gelar abah, terlantar begitu, saya yakin itu terlalu sakit untuk abah.

saya takut, bagaimana nanti kalau Allah belum terima taubat abah. bagaimana nanti kalau abah pergi aibnya ditinjukkan, saya takut.
Tak henti saya doa moga Allah ampunkan abah, moga aibnya ditutup.

Hari isnin 4 mei 2015, kadar jatung, darah dan oksigen abah di skrin itu semakin menurun, hampir sudah angka kosong, saya tahu abah sedang hadapi sakaratul maut.telinga abah saya bisikkan ayat2 Allah, moga hatinya boleh menyebut kalimat 'La ilahaillah"    "abah istighfar ye bah"
Tangan abah saya gengam erat, kalimat kalam allah terusan dibaca, saya tahu abah sanagat perlukan doa2 anak2nya.


dan sehingga, semuanya kosong.

jelas , saya dengar nafas yang terakhir dari abah.

dan saya sedar abah dah pergi.

mata abah saya tutup perlahan2.

apayang menakjubkan yang ingin saya kongsikan, abah yang kulitnya agak gelap, tapi berubah cerah ,dan jelas baris2 gigi abah mengukirkan senyuman, terlalu sangat berbeza wajah abah semasa koma.

Maha suci Allah , Allah ingin tunjukan sesuatu. 

dari mulai proses mandikan abah, kafankan, (saya juga terlibat), sembahyangkan, dan tanam, semuaya mudah, tiada apa2 halangan.Seperti yang saya kuatirkan sebelum ini.

Baiknya Allah, Allah tutup semua aib abah.

moga ALLAH terima taubat abah. :)

apa yang ingin saya simpulkan,hidup ini bagaikan permainan bola sepak. selagi kita taktahu pengakhiranya, selagi tu kita tak boleh nilai apa2.

siapa sangka, yang jahilnya dulu, tapi pengakhiran hidupnya sangat mulia.

bukan niat nak mengaibkan abah saya , yang kini sudah pergi, tapi kepada sesiapa yang punya cerita kehidupan persis seperti saya.Jangan berhenti terus berdoa pada Allah, Ini ujian Allah untuk anda untuk lebih lagi menjadi soleh dan solehaH. Yakinlah Allah maha mendengar.

teringat kata2 ustaz Ebit Lew "Jika lihat orang jahil, bukan kejian yang kita berikan, tapi doa yang harus kita lakukan. Belajar mengasihi kerana Allah"





moga cerita saya menjadi ibrah yang berguna. :)

*moga saya dipertemukan dengan abah disana.

































Saturday, 17 October 2015

Selesai Diploma

Dengan nama Allah yang maha pemurah algi maha menyayangi.

sekejap sahaja masa berlalu, alhamdulillah dah selesai sudah pengajian Diploma saya selama 3 tahun dI uITM Dungun.Ingat lagi saya pernah post entry pertama saya semasa semester pertama.Bila baca entry tuh tergelak sendiri pun ada juga. Kadang kadang  kita ni, perkara yang kita tak tempuh lagi dah rasa sukar, dah rasa tak mampu, rasa down, percaya diti tuh dah tak ada.Tapi tengok lah apa yang kita kecapi sekarang , cuba toleh belakang balik, berapa banyak perkara yang kita rasa perkara yang kita rasa tak mampu, kita dah lalui dah dengan cemerlang, Subhanallah, Allah beri ujian dengan apa yang kita mampu.

Dan rasa tak percaya semua tuh dah dilalui, bukan nya perkara yang mudah, tapi Allah lah yang beri kekuatan. Pernah suatu ketika saya rasa nak berhenti terus belajar, masa tuh semester ke3.Terlalu stress dengan apa yang saya hadapi. Tapi alhamduliilah Allah hadirkan roomate saya yangbaik dan beri semangat tuk saya. Dan juga pernah semasa praktikal dulu, saya rasa ujian semasa berpraktikal itu terlalu mencabar sehingga hampir setiap hari saya mengadu pada ibu saya mahu terus berhenti belajar kerana tidak tahan dengan apa yang saya alami.Tapi perancangan Allha itu berbeza Allah beri kekutan untuk hadapi semua itu.Dan akhirnya saya berjaya juga habiskan praktikal saya, Seterunya setiap semester saya akan  rasa saya akan fail, tuk setiap semester, bila result nak diumumkan sahaja,saya yakin sayalah orang yang akan check result paling akhir, hari ni result esoknya atau lusanya barulah saya akan check, sebab rasa takut. Tapi alhamdulillah sepanjang semester tiada satu pun result saya yang 3.0 pointer ke bawah, ataupun fail mana2 subjek , tidak pun. Alhamdulillah. walaupun tidak pernah deanlist , alhamduliilah saya bersyukur.


Friday, 2 October 2015

jom try Nano pula .:)

"hang tengok muka aku teruk kan"
"depa kata tulisan aku macam muka aku"


Faham sangat perasaan begitu. Siapa yang tak malu bila orang persoalkan muka kita berjerawat. menggerutu.Memang hilang sangat keyakinan. Nak tengok cermin pun sakit hati. ye sangat.

Untuk adik2 , dan akak2 yang ada masalah yang sama , muka menggerutu, jerawat kat semuat tempat.
saya pun punya juga pengalaman yang sama.

Banyak product dah saya guna, SAFI, GARNIER, MAGIC COLLAGEN, macam lah , tapi semua tak mujarab, memang tengok testimoni kat facebook semua menjadi, macam cantik je kan.tengok yang muka berjewat tetiba bersih,

tapi tak semestinya semua tuh sesuai dengan muka kita. sampai rasa satu tahap muka dah makin teruk .
Malu dah nak berhadapan dengan orang. Sebab tahu riaksi terkejut dorang dengan muka kita.
sakit hati weyh.


Cuba juga dengan cara traditional. tempek bedak sejuk lha. guna limau kasturi, asam jawa, kayu manis, apa saja. tapi semua tak mendatangkan hasil.Baca2 blog yang cakap pasal jerawat.kita kena cuba juga semua product, kalau biar, memang tak elok.

Than sampai suatu masa, saja nak try NANO WHITE, product memang boleh tahan mahal dia. Tapi saya guna yang scub ni dulu.


Best pakai scub ni, dia tempek je dekat muka, then kita gosok2, keluar lha sel2 kulit mati.
seminggu pakai srub nih rasa best.

then terus saya berani beli pencuci muka dia dengan toner.
belah kiri itu pencuci muka, dan yang kanan tuh toner.
setiap hari saya akan mula dengan scrub than baru pencuci muka. pencuci muka dia best sangat.
walaupun tranparents letak cikit je gosok2 then dia produce buih yang banyak. Saya suka bau dia wangi sangat.

lepas bilas tuh saya terus pakai toner. function toner nih, lepas kita cuci muka dia akan buka liang-liang roma, so nak tutup balik guna toner. lepas pakai tuh rasa muka segar je.

menakjubkan.setiap hari akan rasa perubahan, jerawat pudar pelan2 . effect dia tak lah cepat, sampai nak menjanjikan muka flawless, tapi tak samapi seminggu jerawat makin banyak yang hilang.

then terus saya beli yang set.






 masa saya beli itu promotion dalam satu set nih RM94.00. masa ni tutup mata je beli.

product dia memang best2.

perubahan dia tak mendadak, tapi berhasil.

tiba2 je orang sekeliling tegur, "eh jerawat kau dah kurang kan"  masa tu rasa bersyukur sanagt.
dan sekarang saya dah jarang pakai dah . sebab mahal. tak perlu risau .product ni kalau kita berhenti pun , tak akan beri effect yang negative, itu yang best nye. tak macam product lain, beli kita stop terus muka teruk kan.

saya share nih sebab, punya rasa empati. Bagi sesiapa yang ada masalah y sama. cuba lah pakai Nano White. tak salah cuba. dari kita biarkan je muka kita makin teruk. Believe it , ia sangat berbaloi. :)


selamat mencuba.