Wednesday, 28 January 2015

liqa:SAHABAT ke ?

 Bismillah,

liqa untuk hari isnin di PH , berjalan macam BIASA.
bezanya cuma , liqa kali ini banyak muka adik2 baru.ia jadi tidak BIASA.
mungkin kerna dulu akulah adik.
sekrang posisi itu telah bertukar.

cepat benar masa berlalu. (rindu akak2 semua ) :"(

tajuk sahabat yang dibincangkan.
terus jadikan aku terdiam.
tanpa dapat memberi seribu pandangan.
entah.
sampai hari nih, aku tak tahu apa itu definisi sahabat yang sebenarnya.


puas dah tanya mr. GOOGLE, tapi jawapan semua tidak yang aku harapkan.




      
kalau benar inilah yang didefinisikan SAHABAT.?

aku angkat tangan . aku tak ada SAHABAT.

definisi yang klise menggambarkan SAHABAT.

Tipu.


aku terlalu emosi dengan maksud seorang sahabat yang sebegini.

mana mungkin ada orang yang sanggup, sentiasa bersama aku ketika aku susah.

BAYANG - BAYANG aku sendiri pun akan pergi tinggal kan aku dalam waktu gelap.

inikan pula seorang sahabat.


saat aku perlukan teman , luahkan keluhan.
tidak setiap masa ada yang sanggup mendengar.

saat aku perlukan PELUKAN erat saat aku benar-benar lemah.
tidak setiap masa ada  yang sanggup menghulurkan pelukan.

saat aku perlukan teman disisi.
tidak setiap masa ada yang sanggup menemani.

saat aku benar2 perlukan pertolongan,
tidak setiap masa ada yang sanggup menghulurkan bantuan.

kadang aku rasa dunia ini telalu kejam.

sebab biarkan aku sendiri.

lalui sendiri.

tak ada siapa yang faham aku.

kenapa biarkan aku sendiri.

kenapa tidak selalu menemani.

kejam !!!!!




:'(


kesat air mata.

tak aku SALAH.


Dunia nih tak kejam yang aku kira.

cuma tak setuju dengan definisi seorang SAHABAT yang mereka semua fikirkan.

tidak sentiasa setiap kesusahan kita.

akan ada yang setia disisi.

TAK.

memang lumrah, untuk selalunya dilalui sendiri.

memang susah pun.

tapi.

sebab aku sendirilah.

 aku kenal diri aku.

dari situlah aku letak kan semua PENGHARAPAN pada ILAHI.

sebab aku tahu.

lumrah manusia itu mengecewakan.

tak akan ada sesiapa yang sanggup berjanji,


akan sentiasa ada disisi saat aku perlukan


tak.

tak ada sesiapa .
tapi.

aku yakin Allah uji aku ,

dan pasti akan disertai dengan pertolongan.

memang tak nafikan pun, aku disekeliling teman teman yang baik.

kadang bila kecewa dengan urusan dunia.

pasti Allah akan hadirkan seseorang, untuk mengubat luka aku.

ingat lagi.

"waktu praktikal dulu,  saat waktu tuh rasa orang pijak-pijak hati aku.orang hina maruah aku,tiap hari hati aku sakit..aku tak pasti akan ada tidak kekuatan untuk aku lagi nak lalui semua ni. aku lemah . aku tak ada teman luahan bicara. untuk aku luah sakit ini. waktu tuh juga. aku inginkan ketenangan, terus langkah aku mudah ke musollah. ketentuan Allah, Allah hadirkan insan yang tidak aku pasti dari mana, tidak aku tahu namanya. tapi segala tutur katanya, seolah-olah semuanya dari Ilahi yang menjadikan dia sebagai perantara. untuk aku kembali kuat. untuk aku sedar yang pertolongan Allah itu dekat'

and ending cerita internship aku.
aku berjaya juga habiskan.
walaupun bukan mudah
walaupun banyak cerita disebalik.
tapi semua tuh aku dapat lalui.


alhamdulillah. aku boleh 


dan terus menguatkan lagi pengharapan aku segalanya pada ILAHI.

macam tuh juga sekarang .

walaupun, takda sesiapa yang boleh ikrar janji, untuk setia.

tapi aku yakin.

setiap kesusahan itu yang aku rasa awalnya.

setiap perkara yang aku rasa sulitnya.

pasti akan hadir nya PERTOLONGAN.

dan untuk teman-teman yang baik disekeliling aku.

anda tetap sahabat aku.

bukan mengikut definisi yang disebut tadi.

tapi dengan istilah definisi aku sendiri.

aku tahu saat kalian tidak mampu untuk ikrar janji akan selalu untuk bersama,

aku yakin, aku akan selalu dalam doa kalian.


sungguh ,

aku sayang kalian kerana Allah.



terima kaseh.

untuk segalanya SAHABAT.






















Friday, 16 January 2015

sepanjang_jalan


   Petang itu, tiada ketenangan yang dia rasakan.
   Rasa dia tuh disini (tunjuk hati)
   rasa dia tuh macam ada suatu yang panggil dia kembali kepadaNYA,
   Dia harus cepat utntuk bersiap kerana maghrib semakin hampir.


Al Quran, almathurat , nota Cinta, terus disusun didalam beg galasnya.
dan saat dia ingin menggapai hp untuk dimasukkan,
bagai ada suatu yang menghalangnya.
Agar terus membiarkan Hp nye terus diatas meja,

Biarlah malam ini tiada siapa yang menganggu dia,
Malam dimana dia mahu meluahkan semuaya pada Sang pencipataNya.
Dia rindu.

rindu sangat.


Saat ini dia mahu kusyuk pabila dihadapan pencipta.
saat kalam Allah itu dia baca,
 satu persatu maksudnya dihayati,

titis demi titis air matanya jatuh.
sudah lama dia sekusyuk begini.


terlalu banyak dosa yang dia telah perbuat.

 dia malu,

kerana dia yang begitu hina itu masih dipilih untuk menghadap Ilahi.

masih lagi diberi kesempatan untuk bertaubat,


dia itu sedang berusaha untuk mengawal hatinya.
dia itu sedang berusaha untuk istiqamah dijalan ini,


mohon bantu dia disaat dia mulai hanyut.
mohon ingatkan dia saat dia alpa.

mohon doakan dia, agar terus istiqamah .

:"(