Wednesday, 24 December 2014

_langkahbaru_


Bismillah

Aku dah puas dah !

asyik nak mengeluh je kan.

bila nak bahagia.


masuk semester ke5 , macam kejutan environment.

barangkali dah terbiasa bekerja,

 than terpaksa balik menghadap buku balik.

"dia macam tah pape"

tapi kena positif oke.

macam biasa, sem bermula, setiap kos , asignment. mesti kena creat group.!

benda tuh , paling tak suka.

dapat yang oke , oke lah, tapi kalau tak.

sekali lagi, "dia macam tah pape"

tapi kena positif.

sebenarnya , mengeluh mungkin sebab penat kot, sebab sebelum ini rasa buat keja sorang2.

than orang lain yang dapat markah dari hasil kau..

is it fair !

sekali lagi "macam tah pape"

sebenarnya penat tau , asyik nak mengeluh,

sem ni , kena banyak belajar "IKHLAS"


aku dah tak nak mengeluh macam dulu dah.

nak , positif je.

even dapat partner dan group.

yang munglkin tak sehati sejiwa.

tapi kena positif.

kena terima.

sekejap je semuanya, cuma nak lalui tu. sakit sikit. tapi tak lama.

kau kena kuat.

mungkin yang lain tinggal kan kau.

memang macam lumrah. itulah manusia.

selalu mengecewakan.

tapi tidak Allah.

kau boleh Nurul .


:")














Tuesday, 23 December 2014

_tiada apa apa_

rukuk dan sujudku disetiap rakaat,

tafsir alquran dan al mathurat yang aku baca,

kenapa lagi jiwa aku masih kosong,

sumpah.

aku tak rasa kemanisan iman itu lagi.

semuanya kosong.

saat mereka kulihat benar melakukan itu dengan ikhlas , tapi jiwa aku tidak.

kenapa. Ya Allah.


apa mungkin jiwa aku kini terlalu kotor.

hingga kemanisan ibadah untuk Mu tidak ku rasa .

apa mungkin terlalu banyak maksiat yang aku lakukan , hingga

semuanya membentenggi aku mendekati Mu.



sahabat jangan biar aku hanyut, pimpin aku kembali/

 :"(


Thursday, 7 August 2014

_kecundang_

'awak saya tak larat dah"
'awak tc. bye.


tiada kata mmpu aku ucap, cukup saja. luahan begini.
dah aku tahu peritnya.

mana mungkin langkah perginya mahu aku halang,
sedang aku jua tidak tahu nasib bakal aku alami,
mungkin juga akan menyusul ,


"kau kira kuat lah USTAZAH" kata kak Bell.
kalau trainee lain dah nangis dahh.


mereka kira aku kuat,
jujurnya aku tak kuat seperti mereka lihat,

bila DIA datang hembus tekingan bersama kata hinaan dan makian,
ia ibarat peluru yang meluru tanpa henti (HIPERBOLA sangat)

aku tersenyum bila dihina, bukan beerti aku tidak punya perasaan,
tapi sekadar mahu mencari kekuatan dan menahan dari air mata dari jatuh,
cuma itu,
tidak sopan mungkin, tapi itulah cara aku berhadapn mereka yang GILA.

memang menakjuban, bila  bisa bertahan,
memang benar . kekuatan itu dari Allah sebenarnya,
DIA yang pinjamkan itu,
aku percaya Allah sentiasa bersama orang yang sabar,
sedikit dendam pun tidak aku simpan,
cuma berharap mereka temui petunjuk.

sakit sebenarnye jadi budak praktikal,
(mungkin kat sini je)

kalau fikir time praktikal dapat beljar mcm2
itu silap,
konklusinya hari2 belajar jadi kuat tuk terima makian dan kata hinaan,
mental kena kuat !

itu tarbiyah yang Allah nak beri . mungkin (husnuzhon)

tak guna nak berdendam,

hanya Allah saja yang mampu balas buatan mereka,



tapi yang pasti tinggal aku saja mangsa mereka.
tidak sedikit pun rasa empati mereka punya.
apalagi simpati.


tidak apalah,

mungkin ini takdir aku,
Allah beri ujian hebat , untuk orang yang hebat.



doakan aku bisa kuat !


sebulan je lagi.

#intershipprogramkillingME#

























Saturday, 12 July 2014

maaf saja mereka .

Mungkin jika ada pertandingan "Cari Kesalahan saya" pasti mereka lah pemenangnya,


kau nak tahu, ? Bila orang dah tak suka kau , dah benci, semua yang kau buat
semuanya nampak salah kat mata dorang,
walaupun kau cuba buat yang terbaik.
walaupun hari2 kau cuba improve diri kau.

dari LEMBAB , kau cuba jadi cepat,
dari BLUR, kau cuba jadi alert,
dari PELUPA kau cuba jadi INGAT,


walaupun kau dah tahu hari2
 kau akan cube perbaiki diri,
untuk jadi yang terbaik,
tapi orang still tak nampak tuh,

yang dorang nampak,
kau masih,

"BODOH,"
"LEMBAB",
"BANGANG",

yup, sakit weyh sebenarnya, kalau hari-hari,,
kena maki, hina,
mereka jadikan kau bahan hinaan,
persendakan kan kau,
sakit weyh !!!
kadang-kadang kau samapai jadi taktahu apa sebenarnya kesalahan kau,
tibe2 je orang marah kau,
tibe dorang lemparkan kata cacian,


waktu tuh, Allah je lah yang tahu perasaan kau,


tapi satu je perlu kau ingat, balasan Allah itu ada,
janji Allah itu pasti,


dan ingat lah selalu dalam hidup nih,
 buatlah semata-mata kerana Allah,
nescaya kau akan temui keikhlasan,
peduli kata manusia yang ada disekeliling kau,

jangan terus mengeluh dengan ujian,
tapi bersyukurlah, diberi ujian,
itu tanda CintaNYA,

biar sahaja manusia melihat keburukan engkau,
tapi yakinlah, dengan kau bersabar dengan ujian itu,
Allah sedang melihat kecantikan kau disiNYA,




biar saja mereka terus berkata ,
yakin pasti mereka temui titik keletihan diakhirnya,


sabar itu indah,
maafkan sahaja mereka,, :)

#ceritaintershipsaya#














Friday, 4 July 2014

_untitled_

bismillah,

sabarlah wahai diri,
saat kamu dipandang hina dimata manusia,
ingatlah itu tidak penting, selagi mana kamu mencuba meraih redhaNYA,

memang benar, selagi mana kamu digelar hamba,
selagi itu kamu akan diuji,
kerna ujian Ilahi itu adalah tarbiyah untuk menjadikan kamu lebih baik,

memang benar , Allah tidak pernah menjanjikan langit yang sentiasa cerah untuk kamu,
tapi yakinlah yang janjiNYA itu pasti , Allah akan ada untuk kamu, menghadapi ujiannYA,
Sungguh pertolongan ALLAH itu dekat,


#moga UJian ini semakin mendekatkan diri aku padaNya,#
#sama-sama kita meraih cinta ILAHI, kerna itu lebih utama#

cemuhan

Bismillah,


kau nak tahu sakit sebenarnye bila,

kelembutan dibalas dengan kekasaran,
senyuman dibalas jelingan,

semuanya yang dibuat semua jadi tidak kena,

malam itu,terlalu banyak bebelan dari dia, sehingga semuanya yang dibuat tidak kena,
bayangkan saja, ketika saja kerja yang kau lakukan, diiringan oleh bunyinyan yang  kuat,
dan ia amat tidak menyenangkan,
mana mungkin aku dapat fokus,


kasihan dia,
bebelan dia begitu panjang.
sampai lansung dia tak temui titik noktah.
sehingga sampai satu tahap pabila bebelan dia lansung tidak aku endahkan,


teriakan yangpaling  kuat dia lemparkan,

'Assalamualaikum Ustazah , kau ni pekak ke !!!!
aku tanya ! kau jawab lha !!!!!!

pandangan nye tajam, kearah aku.

 ahhh kuat nye,
sebenarnye bila aku memilih untuk diam, bukan beerti aku setuju dengan cemuhan darinya,
tapi mencuba jadi air yang ingin memadamkan api, itu saja,

tapi, malah ia jadi sebaliknya,
api kali ini berbeza,
ia semakin memuncak pabila air disiram.
huh begitu lah perumpamaan dia.

kemarahan dia memuncak lagi pabila

 aku ajukan solan,

akak tak penat ke membebel ??

tak heranlah, lah kalau dia memang terkenal dengan mulut jahat,
dia.



sebenarnye aku tak faham, kenapa benci sangat mereka dengan aku,
hina sangat ke aku nih ?

apa sebab aku bertudung labuh ke ?
sehingga gelaran ustazah, yang diberi,


sebenarnya setiap hari bila aku bangun , aku harap sangat yang aku belajar ssuatu ditmpat kerja nanti,

aku dilayan sebagai seorang pelajar, yang ingin belajar,
tapi tidak,

setiap hari ada saja cemuhan , perlian dan tekingan  dari mereka,

sakit sebenarnye weyh,

bila, orang layan bagai mnusia yang tidak punya perasaan,
orang cemuh kau,

sedangkan , dia lansung dia kenal kau,

mcm tuh juga kau.

wujud sebenarnya manusia nih kat dunia.

susah sebenarnya, pabila mental kau diuji bila berhadapan dengan orang2  macam nih.

dan yang paling susah sebenarnya,
kau menahan dari menitis kan air mata, saat hati terlalu sakit,
sehingga semua itu kau mapu balas dengan senyuman,
tapi sebenarnye , ia terlalu sakit didalam.

moga terusan tabah
untuk berhadapan dengan orang yang sebegini,


doakan aku weyh , :(((

#ceritaintershipsaya #




























"aku tahu kau tak oke"
"kau nak tahu kat dunia nih , kau ta boleh harap semua orang baik ngan kau "

sambung dye, deep weyh :(

dia pernah a



Wednesday, 4 June 2014

_asing_

Bismillah,



siapa sangka aku yang dulunya terlalu cepat melatah,
kini bisa tenang mengawal amarah,

syukur ya Allah,
kerana masih pinjamkan aku kekuatan.

luar biasa bukan , aku dijadikan bahan ejekan dan ketawa oleh mereka
kerana hanya aku bertudung labuh,

sebenarnya itu lansung tidak kelakar,

kasihan, ajaran ISLAM itu dianggap ASING,
sehinggap yang bertudung LABUH , dianggap KOLOT,

mohon Ya Allah kurnia kan aku hati yang tabah, dan sentiasa tenang hadapi golongan yang sebegini,

#moga redha Allah sentiasa mengiringi setiap langkah aku, amin, #



Saturday, 10 May 2014

luar_biasa,

Bismillah,


segala puji bagi Allah ,
Walaupun keputusan aku dapat hanya biasa-biasa bagi mereka,
namun aku kira itu terlalu luar biasa.

bila diimbas kembali,
semester 3 ialah semester yang amat menakutkan bagi aku.

siapa sangka rutin aku menjadi begitu berbeza sama sekali,
terlibat dengan berpesatuan, meeting itu ini,
uruskan program sana sini,
dan kos yang terlalu sibuk,
jujur ia membuat hari-hari aku jadi GILA,

terkejut mungkin !!!!

(roomate aku sahaja tahu bagaimana kekusutan aku di bilik")


sehingga, semuanya tidak bisa aku tangani,
sebut saja pasal kelas ,
boleh dikira, berapa saja aku Hadir,

jadi tidak hairan, mereka yang disekeliling aku
melihat aku tidak keruan,

antara ujian yang aku hadapi,

 ketegangn
dan salah faham dari rakan group asignment aku,


kelakar sebenarnya, melihat ketidak matangan mereka yang marah kan aku,
meluah rasa di dalam laman sosial,
kata-kata kesat yang dilemparkan , sebenarnya amat menjengkelkan,
yang sama sekali aku tidak faham, apabila berhadapan,
dan peluang diberi untuk melahirkan rase tidak puas hati berhadapan,
tapi tiada kata yang dia lemparkan,
kaku dan gagap
kasihan
, dan pengecut !


bersyukur sebenarnya aku belajar sesuatu

nak kenal orang itu,
ialah pabila membuat dia marah.

cuba lihat bagaimana dia boleh bersabar mengndali marahnya ,

ujian seterusnya ialah,

apabila aku digandingkan bekerjasama dengan lelaki dalam assignment BEL,
pabila kelas BEL sahaja kami harus duduk berdua,
situasi itu amat aku tidak biasa,

apalagi kami memang jarang berkomunikasi,
dan amat tidak serasi bersama.

bagi aku bila sudah dewasa,
masalah juga harus diselesaikan cara dewasa,
mengasingkan perasaan masing-masing dan soal kerja itu amat perlu,

tapi cuma aku saja yang berfikiran begitu mungkin !

dan akhirnya, kerja yang harus dibuat bersama,
cuma aku sahaja yang buat,
dan dia cuma menghantar nya sahaja

"kau tahu weyh penat sebenarnya "

pernah juga, aku minta untukbuat bersama,
tpi alasan yang bermacam-macam,

untuk kau, sikit pun aku tak salahkan kau,
mungkin kita terlalu berbeza,
dan kata-kata sindirian yang kau lemparkan hari itu,
sungguh ia amat terkesan !!!

mana mungkin aku lupa !

dan akhirnya aku buat kputusan tuk lakukan sendiri.

dari awal hingga akhir.

sebenarnya ikut hati yang sakit,
aku pinggin sahaja laporkan yang kau tidak mnyumbang apa-apa untuk kerja ini,
tapi niat itu tidak teruskan,
sekadar berharap " ucapan terima kasih " dari kau .
sebagai tanda penghargaan,
kerna kau dapat markah yang percuma dari hasil titik peluh aku.
 tapi yang aku harapkan tidak pun berlaku.

bukan mahu menyimpan dendam, tapi BENCI dengan sikap kamu.
sekadar berharap aku dan kamu itu tidak digandingkan lagi,
kerna kita berbeza.

mohon tiada rasa benci antara kau dan aku lagi,

 #senyum#

ujian seterusnya pula ketika exam sebenar berlaku ,

waktu nih exam CiTU ,
sebenarnya sebelum masuk dewan lagi aku rasa perut aku dah lain macam,
tapi cuma berfikiran positif semuanya akan oke,
terus sahaja msuk dewan,

bila perut dah sakit,
dan rase bende tuutttt tuh meraung-mereaung minta dikeluarkan,
waktu itu kau akan rasa tiada bende yang mampu kau fikirkan,'melainkan,
"LUBANG JAMBAN"

perhhhh, mngikut peraturan exam,
selepas 30 minit baru boleh keluar,
dan cuba banyakkan selama 30 minit itu juga aku cuba menahan rase skit ini,
bertahan dan berthan supaya ia tidak terkeluar dalam dewan,

bayangkanlah kalau terberak,
perhhh malu bhai,

mana mungkin aku boleh fikir pasal kertas kan hadapan aku nih,
lansung tak boleh fikir,
pen kat tangan berapa kali aku lepaskan,
sebab tiada apa yang boleh aku fikir,

dan bila boleh keluar saja,
perh sebenarnya aku cirit ,
dan tahu saja bila cirit,
ia berterusan , hanya selang berapa minit akan rasa lagi,

rasa nak menjerit je,



bila dah lepas tuh,
pluang berapa minit tuh aku manfaat kan tuk fikir dan tulis dengan cepat,
aku tahu ia akan menyerang lagi beberapa minit lagi rasa sakit nih,

kecewa sebenarnya, mana mungkin aku boleh berfikir secara aman,
ia bagaikan PERANG yang berlaku, perlu diselesaikan.

huh rasa aman hanya sekejap saja,
selang 15 minit , rasa tuh datang balik,

ko tahu weyh !
seksaan menahan,
kerna aku harus mengarahkan otak aku berfikir yang aku tak sakit perut,
dalam masa yang sama harus pula berfikir pasal soalan itu,
dan itu perkara yang amat sukar !!!!

"LUBANG JAMBAN " masih tetap mengungguli carta di fikiran aku,


dan aku berfikir sama ada mimilih untuk diketewakan sebab berak dalam dewan atau pergi tandas banyak kali"

aku pilih yang kedua,
lantaklah dOrang nak fikir apa asal hajat aku tertunai !



ringkas cerita 3 kali aku ketandas,
untuk esei citu,
rakaiaan esei itu tidak lancar,
 kecewe dan kecewe.

apa yang aku belajar, dari peristiwa ni,

"sebanyak mana pun kau belajar,tapi jika Allah tidak memberkati, dan tidak redha,
kamu pasti tidak juga dapat lakukan"

kita disuruh untuk berusaha, dan apa yang paling penting keberkatan dan redha Allah itu,
itu paling utama,

dan aku tidak berharap yang lebih dengan esei yang aku kira teruk ini,



sekadar berharap lulus !


dan alhamdulilah A untuk Citu ,


dan pengajaran lain
"

JANGAN MAKAN SAMBAL SEBELUM HARI EXAM KALAU TAK NAK BERULANG ALIK DI TANDAS "


seterusnya,
dalam persatuan,
aku tak minta dipilih, tapi bila dipilih,
aku cuba lakukan yang semampu aku,
tipulah kalau aku kata tak sibuk,

dan jujur, aku tak tahu dan pelik bagaimana mereka yang aktif dalam berpesatuan mengurus masa,

cuba bayangkan, kita disuruh bergerak kerja,
dalam minggu itu dengan cepat,
perlu meeting,
perlu merangka,

tapi dalam masa yang sama terikat dengan akademik, test quiz
belum lagi asignment, presatation yang harus dilakukan segera, !

kusut juga, !

tapi apa yang menguatkan aku ,
surah muhammad ayat 7
"Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu"

alahmadulilah bergerak kerja dengan persatuan Islamik,
dengan berobjektifkan, menolong agama Allah,
itu satu gerak kerja yang luar biasa,

jujur biapun aku mengeluh,
tapi sebenarnya,
aku suka ,

ia satu medium bagi aku untuk berpeluang belajar agama Allah
medium aku belajar mengenali Islam itu dengan lebih mendalam,
satu medium aku belajar menyampaikan dakwah,
medium dimana sabahat biah bertudung labuh aku bertambah,


maha suci Allah , Allah hadirkan insan ini sebagai peratara bila aku kesedihan,
kata-kata semagat mereka, itu sangat berharga,

alhmadulilah,
saat sahaja aku sedih dan menangis ,
pasti rumah Allah itu aku jejak (PH)

dan pasti ketika itu,
ada saja sahabat biah ini akan mendekati,
mnyampaikan ayat-ayat Allah untuk buat aku tenang,
dan bangkit  !

subhanallah menakjubkan

.bergambar dengan sebahagian dari mereka :)

bila diimbas kembali,
usaha kawan sekelas dan aku sungguh bebeza,
bayangkan saja, waktu mereka sibuk menulagkaji ,
tp aku sibuk untuk mengurus program,
masa mereka tidur,
itulah masa aku mngulang kaji,
ia amat singkat,

tidak setanding mereka,

tapi mahasuci Allah,
pertolongan Allah itu DEKAT .

markah carry marks aku dan mereka tidak lah jauh berbeza,
dan ada juga subjek yang markah aku lebih tinggi dari mereka semua.

bukan mahu berlagak,
tapi satu kelebihan bila menolong agama Allah,

keberkatan itu amat penting.

teringat kata-kata hamka




makna kata, hiduplah dengan memberi manfaat pada yang lain.

sekadar pndangan
kamu tidak HEBAT ,
 jika hanya mendapat dekan,
tapi tiada lansung manfaat diberi pada orang lain


sungguh segala pengalaman ini,
mnajikan kan aku lebih dewasa,

sebenarnya,aku menjangkakann
bahawa aku akan gagal,
kerna usaha aku yang sedikit sekali,

dan bersedia untuk REPEAT

namun , pertolongan Allah itu dekat,
aku lulus .

dan pointer aku mningkat,

mungkin ia tidak cemerlang kamu

tapi bagi aku , ia sungguh luar BIASA,


syukur yaAllah..


#notakaki

1.Menikmati hari-hari sebelum berpraktikal.



























Saturday, 3 May 2014

#culinaryart#

Bismillah,




seni kulinari ? OR bagi sedap sikit bunyi nye kita sebut culinary art  !

aku tak faham kenapa yang dekat luar sana terlalu pandang rendah dengan kos nih,
apa korang fikir kos dimonopoli oleh mereka yang result SPM nye lemah ke,

no, you are totally wrong !


and then you guys just expect that we just learn about masak-masak ?
NO, there were so many subject that we have to learn too .Which is Management , Hospitality, Marketing, Accounting, Law,Retailing , France Language, Food Science and so many more,


oops !cakap omputih pula kan,
yup, korang jangn fikir, kita orang ni belaja masak je, macam makcik2 tuh !
okeyh, aku tahu kos ni bukan lah macam kos yang hard core tuh kan,

macam engineering, medical

tapi ia satu course yang amat penting !

korang tahu, yup mostly is about FOOD !


benda yang kita perlukan setiap hari,
benda yang akan jadi darah daging kita ,


sekarang cuba fikir, berapa ramai orang Islam kat negara kita nih yang handle Process of Food,?
the fact is, majority that handle the process were non Muslim !

and then, about the HOTEL ?

berapa banyak HOTEL kat Malaysia nih yang yang di JAMIN halal 100%

cop JAKIM,?

berapa peratus yang Jakim boleh jamin terhadap halalnya, hari ini dye buat pmantauan then esok dia datang lagi ke, ko boleh ke expect yang jakim tuh akan datang pantau 24 jam, no kan !

then , contoh lagi, mmemang aku akur ade je orang melayu yang bukak kedai kek kan , ramai je kan,
then yang aku nak sentuh bahan-bahan yang dorang gunakan,

contoh cheese, butter, ade ke jenama "cheese kak Ton " or "Butter Pak Ali "

of course tak,

ni name dye" syubhah"
makanan yang ragu-ragu !


kite ni sedap makan je kan, yang penting logo halal nye sudah lha kan !
hanya mampu menikmati sahaja kan,


and lagi aku nak sentuh pasal Hotel ,

kau tahu berapa banyak je hotel kat malaysia ni yang akan separate kan kitchen non halal and halal dorang ?
berapa je ?

Mostly dorang campur !

so ! jangn lah nak bangga sangat makn kat hotel tuh,
memang kau makan itu makanan halal, tapi apa kau tahu dye guna kuali yang sama selepas masak " Babi "
then masak makanan ko, kau taktao kan,

tawakal je kan,

 "MENCARI YANG HALAL itu PERLU"

we can't deny, mostly non Muslim will concer the "HOTEL INDUSTRY"
then orang melayu kita yang jadi kuli,

semua peraturan yang dorang gariskan , kita ikut,'
contoh , "Front Office do not allowed to wear the headscarf' !
then budak2 yang lemah dari segi iman dia pun ikut lah,
dari bertudung terus buka, smata-mata nak dapat  pekerjaan itu '

"Hello !!! rezeki tu dari Allah, bukan manusia !

yang tak pernah pegang arak, terpakse serve arak untuk customer,

then, yang selalu labuhkan pakaiaan untuk tutup punggung terpaksa masukkan baju dalam seluar, yang katanya nampak lagi kemas,

yang tak pernah bermekap, di suruh mekap tebal-tebal,

berapa banyak je hotel yang betul-betul jalan kan Islamic Management towards their hotel ?

macam contoh,
untuk muslimat , (yelha golongan hawa je yang banyak  masalah)
 "penyambut tetamu  pakai tudung yang labuh
"waktu solat semua wajib untuk menunaikan solat "
"tiada arak disediakan"
"makanan haram juga tidak disediakan"
"pergaulan lelaki dan perempuan harus terbatas "
"event yang ada unsur-unsur melalaikan tidak dibenarkan"

"makanan yang diamasak di handle oleh orang Islam"
"wajib memulakan bismillah dan selawat ketika masak"
"tiada sesiapa yang dibenarkan untuk tidak bertudung kecuali non Muslim"
'design di lobi hotel bercirikan Islam"


(sebenarnye nilah ciri-ciri hotel yang akan saye dirikan nanti, Insya ALLAH ):)

memang ada mungkin, tapi jumlah dia mungkin boleh kira dengan jari ,


then, inilah masalah yang besar kita hadapai,
jadi tak hairanlah,lecture aku kata " 80% student of faculty Hotel were not in this industry after they are graduate!

aku yakin, antara faktornya itulah.


tak usah cakap, negara kita bukan negara Islam, majority sahaja Islam , tapi cara hidup Islam kita tak amalkan,

kasihankan , even though our Ministry were Muslim but he cant do anything towards on this issue ..

pernah juga aku fikir, aku nak give up dengan course nih ,
tak nak terlibat lansung !
sebab ade benda yang lagha ,

tapi bila aku fikir balik,

sampai bila aku nak tengok mereka terus berjaya, dan orang Islam terus mundur. !

bila lagi aku nak tengok industry ini suci dari benda-benda tersebut,

so ,kalau bukan kitalah yang kena bangkit,
siapa lagi,

kalau bukan kita yang kena tolong agama kita, siapa je lagi

'to conclude, I have to do something towards in Industry !


so korang, yang tak faham course nih,

harap dapat supportlah,
janganlah nak remehkan, pandang rendah,
buka fikiran tuh, jangan masih ditakuk lama !


sekian

notakaki
1.Masih menunggu panggilan praktikal. :(




























Wednesday, 23 April 2014

internship programe, HUH!!!!

serius, aku buntu .

Sheraton Hotel. hmmm dari rumah nenek selayang nak kesana kena naik 3 transport ,
bila mana, harus datang tepat pukul 7pg, pikirlah, aku harus bangun dan pergi pukul berapakan,

taktao,
tade sape pun yang mau hantar,
tertekan sangatlah,

ingat aku mahu saja sewa bilik dekat area sana,
bila pakat dengan classmate y dpat dekat sana juga,
huhu mereka takmahu,


sodih,

guane ni,
esok dah harus beri jawapan, apa aku mahu tidak di hotel itu,
then kalu nak cari hotel lain,
entah dapat atau tak,

nak cari bilik kat KEYH ELL
bukan senang weyhh,
apelagi harus duduk sendiri,

memang sudah besar,
tapi bilamana harus mandiri itu kan aku takut,
duit sewanya lagi,



guane ni,
tertekan lah,
masih kabur dengan jalan y mana harus dipilih,



Ya Allah, permudahkan lah segalanya.



#macambiasa bila mana tertekan mesti rase mahu tidur#
zzzzZZZZ.



Sunday, 30 March 2014

pendusta tanpa noktah !

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi maha mengasihani,
selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W,



Mengapa tidak aku menjadi muslimah itu,
yang cintanya diserahkan pada Allah,
Mengapa terus aku dibuai perasaan ini, yang jelasnya ia salah,

Aku , belum sesolehah kamu,
Disaat yang lain sibuk bersama aplikasi nya,
Tapi kamu masih tenang, membaca kalam cinta Allah itu,
Disaat mereka disana sibuk bercerita soal cinta pada manusia,
tapi kamu tetap setia bicara soal cinta pada Allah,
sungguh aku cemburu,

Tulusnya cinta kamu pada Ilahi,
sedang aku  pendusta tanpa noktah pada cintanya,

Akulah sibuta itu,
malah hati aku jua,
sering saja aku tewas dalam perhitungan diri,
pendirian diri aku jua rapuh,

sering saja berpaling dari RedhaNya,
ampuni aku YaRabb,
Betapa sucinya hati kamu,
sedang hati aku, masih penuh dengan noda hitam,

Mengapa berterusan aku mengharap dia,
sedang yang atur segalanya DIA,
ampuni aku ya Rabb,

aku alpa dengan cinta duniawi, 
yang tidak kekal abadi,


Ya Allah

Ajarkan aku menjadi pencintamu yang setia,

Ajarkan aku makna sebuah  keikhlasan,

Ajar kan aku untuk redha dengan ketentuan mu Ya Allah,

Jika dia yang benar untuk aku,
jauhkan kami dengan cinta yang HINA,
Jika dia benar untuk aku jauhkan kami dari berpaling dari redhaMu.


Tapi Jika dia buka tercipta untuk aku,
Jauhkan kami Ya Allah,
Mudahkan aku untuk melupuskannya dalam ingatan,
jadikankan aku redha,



Jadikan aku, hamba yang bersyukur dengan segala nikmat pemberianmu,
dan tabah menghadapi semuanya,



Moga Rahmatmu dan redhamu mengiringi setiap langkah aku,























Monday, 17 March 2014

sipeMALAS itu aku,



                                 Apa dah erjadi dengan aku ni?
 untuk sem ni saja kelas banyak aku ponteng ?
assignment banyak bertangguh,
test pula study last minit,
untuk persatuan ?
berapa peratus je aku beri komitmen ?
meeting saja sebab dan alasan yang yang cuba aku hindari .
program, usrah ?
kehadiran aku juga ta penuh ?
mengapa tidak aku seperti mereka ?

aku faham , bila korang benci aku,'
aku faham bila krang cakap belakang pasal aku,

tak berguna pun aku ni kan,
aku pun benci sangat dengan diri aku ni,



patutnya , aku ni patut dicampak kat depan laut tu kan,
campak biar lemas,


sebab memang tak berguna,



 :(


Thursday, 27 February 2014

_tewas_

Sekali lagi aku tewas dengan makna sebuah PERJUANGAN,
Acap kali alasan dicipta, acap itu juga aku tewas,
 Mohon , aku perlukan tamparan agar dapat bangkit untuk kesedaran,

Maaf , untuk segala-galanya.
Kerana dari mula aku masih begini,
Perjuangan yang aku diikrarkan ketika itu,
Masih belum aku perjuangkan,

Jujur aku masih kaku dengan itu dan ini,
Jujur juga semuanya masih kurang jelas,

Aku mahu kamu semua faham,
Jalan yang aku telusuri ini masih baru,
Aku masih buntu dalam pencarian diri,
Aku  itu mudah tergelincir,
Aku itu mudah memberontak,

Jiwa aku tidak sesuci kamu semua,
Kerana ia masih kotor, diulit kekhilafan dahulu,

Ini bukan alasan yang sengaja aku cipta,
Tapi sebab , mengapa itu dan ini terjadi,

Mohon aku terusan dibimbing ,
Mohon aku terusan dipimpin,
Mohon aku terusan ditarbiyah,

Agar aku dapat belajar erti perjuangan,
Yang memerlukan keikhlasan dan pengorbanan.
Tanpa JEMU.





Wednesday, 5 February 2014

_kau hebatke_




    " wah hebat !"

 "Baguslah dia "

"Gud Luck"

Itu antara suara suara mereka,

takut aku untuk mendengar,

gerun rasanya.
 

kenyataannya aku tidak hebat sebagaimana takrifan yang diberikan,
sejujurnya , aku rasa semuanya bagai mimpi lagi untuk aku lalui.
dan sekali lagi keyakinan diri aku GOYAH.

terlalu jahil itulah aku,
aku tidak hebat sebagaimana mereka,
IMAN aku jua sering kali RAPUH,

khuatir semuanya bakal berantakan,
 pabila itu dan ini , datang bertubi tubi,
ibarat dihempap batu yang BESAR,

ah sekali lagi,
aku SAKIT !
 
 





 

Saturday, 1 February 2014

_kutukan kamu :)_

Terseyum sinis melihat ketidakmatangan kamu, 
Meluahkan rasa ketidak puasan hati 
Sikit pun tidak aku ambil pusing ,
 dan sikit pun tidak aku pandang ia sebagai kutukan, ejekan, 
sekadar kasihan, kamu tidak cukup matang melihat kondisi sebaliknya, hanya terlalu cepat melatah, dan meluah rasa di situ.
apa kamu mahu dunia tahu yang kamu membenci aku atau sekadar ingin menyakitkan aku.

Agak sedikit kelakar, 
cara kamu itu kebudak budakan, tidak sesuai rasanya dengan umur kamu,
Bukan cara aku untuk membalas ejekan kamu itu,
Bukan cara aku juga untuk meluahkan rase disitu,
kerna aku dan kamu itu tidak serupa,
itulah bezanya.

Tidak, sesekali aku salahkan kamu, dan kamu,
kerana kamu dan kamu itu tidak faham .

semua itu salah aku, 
kerna tidak memberi penjelasan yang baik untuk kamu,
tapi tidak apalah, suatu hari kamu pasti akan faham.

Tapi , apa yang aku tidak faham,
kenapa begitu cepat kamu berdua melatah,
sedangkan tiada apa kalian sumbangkan lagi,
tiada apa yang kamu bantu lagi,

kamu kata mahu belajar,
inilah masanya kamu belajar sendiri,
tanpa mengharap yang lain,
Jika aku yang kerjakan nya semua,
sama sahaja aku pentingkan diri,
kerna tidak membiarkan kamu belajar.
dan untuk lakukan nya bersama,
maaf aku tidak ada masa untuk itu,
itu terlalu lambat,

maaf, kerna mneyakitkan , 





senyum sinis :)








Friday, 10 January 2014

_benda main-main_

                     Dan tanpa tak disangka, notification mesej dari ROHAIZAD aku baca,

          "Salam Atika tahu pasal Azam"

dah 3 hari aku tak tahu berita dari dia, mana dia menghilang entah,
mesej terakhirnya saja amat menakutkan,


"Kalau aku tak dapat kau , sorg pon xkn dpt kau.. pgg kate-kate aq ni.. Aq akn buktikan 1 hari t ea..

entah apa yang dia lakukan , tak pasti, jawapan EJAT , aku tak dapat jawab.
mana mungkin aku tau pasal dia lagi, banyak sangat rahsia dah tak kongsi dengan aku,
hubungan kite org pun dah lama putus.


kekunci home diklik,

 newfeed dari friends aku baca,

dan


dan

dan 

mengejutkan bila post dari Azri


mengatakan

".........moga Allah tenang di alam sana "

(gambar azam)


meraung aku,
tak mungkin dia dah pergi,
baru dua tiga hari lepas 
dia cntact aku,

semua komen yang aku baca ucap takziah,


makin banyak pula air mata ni keluar,
kol azam tak ada siapa yang angkat,

terus kol mak dia,

"Azam oke je lah dik, sehat waalfiat, akak baru je cakap dengan dia"


apa motif semua ini, aku taktao, perluke soal bende ni buat main-main,
dan sekali dan sekali lagi kan, 
air mata ni menangis sebab kau,


ni bukan cerita lawak, 
pasal ni nak main-main,
dah banyka kali dah ko buat macam ni,
serik dahh,
menangis sbb tao berite palsu ko dah tak ade,



serik,
serik











Wednesday, 1 January 2014

_harus percaya diri_

                          Buat sekalian kalinya , ketakutan itu masih menguasai diri, terlalu bimbang untuk menempuh hari esok, mungkin rasa percaya diri itu masih kurang, 
entah sampai bila harus begini masih tidak pasti,

"Nurul kau boleh sayang "

Hari itu semuanya berjalan bagai tidak dirancang, tiada niat lansung untuk aku pergi temuduga untuk pengambilan exco PIBH,hari yang diperuntukan hanya dua hari dan dua hari itulah sangat padat dengan jadual kuliah,
dan tapi dek kerana oleh pujukan Nabila aku pergi, 
persiapan menjawab persoalan itu tidak ada, 
apa pasti aku cuba , itu saja terlintas difikiran,

laju saja langkah untuk aku kesana, semuanya jadi kelam kabut,
dek kerana masa untuk temuduga itu sudah tamat, 
tapi kerana Nabila, aku masih diberi masa.

nafas aku masih tercungap ,
dan aku terus disuruh duduk,
wajahnya Dia sangat serius, macam aku dah buat kesalahan yang besar.
langsung senyuman  tidak dia ukirkan,
dengan nada yang berketar, soalannya aku jawab.
entah, apa ia menjawab soalan tau tidak aku tak pasti.
yang pasti aku berkata-kata.

tapi pabila diajukan soalan kenapa aku layak dipilih,
mulutku terkunci, mana  mungkin aku boleh jawab soalan itu,
disaat terlalu banyak kekurangan diri menyelebungi  diri,
mana mungkin aku bisa jawab, disaat ilmu aku untuk berdakwah saja masih tidak cukup.
dan pengalaman aku juga dalam persatuan ini juga lansung tidak banyak,
dek kerana terlalu baru.
apa kira aku layak !
hmmmmm...
hanya mampu tertunduk membisu.

usai sahaja, sesi itu semetinya aku tidak dipilih bukan,
yelah soalan wajib sebegitu aku tidak dapat jawab dengan jayanya,
tiada lansung susunan kata-kata, yang baik
tiada juga keyakinan berucap.
arghh malu bila diingat kembali.

cukup MALU.

Dan

apa

yang


amat

mengejutkan

 pabila pesanan ringkas yang aku terima mengatakan aku telah dipilih.

"TAHNIAH anda telah dipilih"

sungguh ia satu kejutan,
mana mungkin aku bisa diterima ,

masih buntu,

sungguh

dan seperti biasa kata-kata sokongan dari Nabila
untuk aku, 
"Allah pilih awak "
buatkan aku kembali sedar,


sekarang sudah tiada masa untuk memikirkan 
mengapa aku diterima,
dan yang pasti perjuangan dalam persatuan ini,
harus aku teruskan,
ia adalah satu perjalanan yang sudah ditetapkan Ilahi,

ia pasti kesilapan akan aku lakukan,
inilah yang dinamakan proses pembelajaran bukan,

firman Allah, "wahai orang yang beriman jika kamu menolong agama Allah nescaya Allah akan tolong kamu dan teguhkan kedudukan kamu, (Muhammad:7)

dan untuk apa perlu aku takutkan
bukankah pertolongan Allah itu dekat.

 Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Al-Baqarah: 214)

harus kuat
yakin
tabah

inilah peluang untuk aku belajar meMIMPIN.
inilah peluang untuk aku faham ISLAM,
inilah peluang untuk aku berDAKWAH,
dan inilah mediumnya untuk aku lebih belajar untuk lebih percaya diri,


yang pasti inilah jalanNya untuk aku berjuang dallam agama Allah,
insya Allah,

jika dia , dia, dan dia boleh,
mengapa aku TIDAK,

aku juga bisa

insya Allah,





mohon doa

moga Allah redha



nota kaki: 1.sedang lebih mendalami kalam Allah, moga diberi penerangan hati.
2. researh apa program yang terbaik untuk kali ini,
3. Alhamdulilah banyak kata semangat dari sahabat. syukur. Allah kirim mereka.
4. dan kawan-kawan saya yang bertudung labuh sudah bertambah.













'