Thursday, 5 December 2013

_pemberontakan berlaku_

Hujan masih  berterusan membasahi bumi pantai timur, tiada langsung tanda menunjukkan mahu berhenti seakan tidak mahu memberi peluang sedikit pun untuk sang  mentari memancarkan sinarnya. Payung yang yang fungsinya melindungi , kali ini gagal  memainkan peranan pabila ia patah dek melawan  angin kuat bersama hujan. Perjalanan ke kelas masih jua terus digagahi, ibarat sedang berjihad  melawan pelbagai rintangan .

Dalam tidak sedar , sudah genap setahun aku di sini, entah apa yang aku ingin matlamatnya masih kabur, mungkin perlukan kanta berkuasa tinggi  supaya semuanya jelas.  Buat sekian kalinya rasa kesal itu hadir , mengapa itu dan mengapa ini semua itu aku persoalkan kan walhal sudah ku tahu perjalanan ini  sudah pun tercatat.

Pemberontakan jiwa itu hadir,
 Pabila sampai ke suatu tahap yang membuat aku sedar yang  sistem pembelajaran di sini terlalu lembap , mudah untuk disimpulkan sistem belajar  untuk mahasiswa belajar setiap hari hanya semata-mata belajar untuk  menjawab soalan di dalam kertas peperiksaan , konteksnya terlalu kecil bukan,
Subjek yang langsung tidak ada kena mengena dengan bidang yang diambil juga harus  dikuasai oleh pelajar, untuk lulus.
fikiran pelajar disekat , pabila hak bersuara kami terus terusan di pandang remeh, jadi memang tidak hairan mahasiswa yang belajar di luar negara mengambil keputusan untuk berkhidmat di negara luar berbanding negara sendiri.


Dunia pekerjaan kini terlalu kejam ,
Sama ada memiliki  diploma mahupun ijazah sama sekali ia tidak menjanjikan  apa apa pekerjaan sekalipun jika  tidak berusaha memperolehnya,
Tidak adil bukan, gaji yang diperoleh pun bukan pun berdasar tinggi mana kamu belajar,
Tapi berdasarkan pada setiap organisasi,
 permulaan gajinya pun amat sedikit.
Kata lain setaraf sahaja gajinya  dengan gaji cleaner .baHKAN mungkin lebih murah dengan pekerja pendatang asing, Itulah realitinya.


Sejenak terfikir, untuk apa terus terusan belajar tinggi walhal sudah ku tahu realiti hidup kini,
Yang amat kejam,
Pekerjaan belum dapat tapi  digulit dengan bebanan hutang.
Kawan  yang lain yang tidak menyambung pelajaran senang  shaja  menikmati duit hasil titik peluh mereka tanpa perlu berfikir soal hutang,
Bagi tahu aku siapa lebih untung,
Mungkin duit simpan mereka sudah pun mencecah beribu ribu.
Tapi kami yang bergelar mahasiswa, simpanan pun tidak ada , yang ada pun duit hutang ptptn,
Konklusi diploma mahupun ijazah langsung tidak memberi makna sedikit apa pun.
mahu sahaja aku akhiri semuanya ,
tapi buntu untuk memulai semula,



Betapa sukarnya hidup di di
dalam era kini,
Sangat mencabar,

Ekonomi negara pula kini berada di tahap kritikal,
Kasihan rakyat terus terusan ditipu dengan kadar cukai GST,
Bebanan hutang negara terpaksa ditanggung rakyat melalui bayaran cukai,
Kenaikan harga barang terus dinaikan dengan melampau,

Oh sungguh kadang kala aku benci hidup di negara sendiri,


sekali lagi aku  buntu dengan percaturan hidup yang dipih,

dan sekali lagi pemberontakan jiwa berlaku dengan yang disekeliling ,
mohon bantuan psikologi,


nota hati- mulai bosan dengan semuanya hanya melalui dengan keterpaksaan semata.