Tuesday, 23 December 2014

_tiada apa apa_

rukuk dan sujudku disetiap rakaat,

tafsir alquran dan al mathurat yang aku baca,

kenapa lagi jiwa aku masih kosong,

sumpah.

aku tak rasa kemanisan iman itu lagi.

semuanya kosong.

saat mereka kulihat benar melakukan itu dengan ikhlas , tapi jiwa aku tidak.

kenapa. Ya Allah.


apa mungkin jiwa aku kini terlalu kotor.

hingga kemanisan ibadah untuk Mu tidak ku rasa .

apa mungkin terlalu banyak maksiat yang aku lakukan , hingga

semuanya membentenggi aku mendekati Mu.



sahabat jangan biar aku hanyut, pimpin aku kembali/

 :"(


Thursday, 7 August 2014

_kecundang_

'awak saya tak larat dah"
'awak tc. bye.


tiada kata mmpu aku ucap, cukup saja. luahan begini.
dah aku tahu peritnya.

mana mungkin langkah perginya mahu aku halang,
sedang aku jua tidak tahu nasib bakal aku alami,
mungkin juga akan menyusul ,


"kau kira kuat lah USTAZAH" kata kak Bell.
kalau trainee lain dah nangis dahh.


mereka kira aku kuat,
jujurnya aku tak kuat seperti mereka lihat,

bila DIA datang hembus tekingan bersama kata hinaan dan makian,
ia ibarat peluru yang meluru tanpa henti (HIPERBOLA sangat)

aku tersenyum bila dihina, bukan beerti aku tidak punya perasaan,
tapi sekadar mahu mencari kekuatan dan menahan dari air mata dari jatuh,
cuma itu,
tidak sopan mungkin, tapi itulah cara aku berhadapn mereka yang GILA.

memang menakjuban, bila  bisa bertahan,
memang benar . kekuatan itu dari Allah sebenarnya,
DIA yang pinjamkan itu,
aku percaya Allah sentiasa bersama orang yang sabar,
sedikit dendam pun tidak aku simpan,
cuma berharap mereka temui petunjuk.

sakit sebenarnye jadi budak praktikal,
(mungkin kat sini je)

kalau fikir time praktikal dapat beljar mcm2
itu silap,
konklusinya hari2 belajar jadi kuat tuk terima makian dan kata hinaan,
mental kena kuat !

itu tarbiyah yang Allah nak beri . mungkin (husnuzhon)

tak guna nak berdendam,

hanya Allah saja yang mampu balas buatan mereka,



tapi yang pasti tinggal aku saja mangsa mereka.
tidak sedikit pun rasa empati mereka punya.
apalagi simpati.


tidak apalah,

mungkin ini takdir aku,
Allah beri ujian hebat , untuk orang yang hebat.



doakan aku bisa kuat !


sebulan je lagi.

#intershipprogramkillingME#

























Saturday, 12 July 2014

maaf saja mereka .

Mungkin jika ada pertandingan "Cari Kesalahan saya" pasti mereka lah pemenangnya,


kau nak tahu, ? Bila orang dah tak suka kau , dah benci, semua yang kau buat
semuanya nampak salah kat mata dorang,
walaupun kau cuba buat yang terbaik.
walaupun hari2 kau cuba improve diri kau.

dari LEMBAB , kau cuba jadi cepat,
dari BLUR, kau cuba jadi alert,
dari PELUPA kau cuba jadi INGAT,


walaupun kau dah tahu hari2
 kau akan cube perbaiki diri,
untuk jadi yang terbaik,
tapi orang still tak nampak tuh,

yang dorang nampak,
kau masih,

"BODOH,"
"LEMBAB",
"BANGANG",

yup, sakit weyh sebenarnya, kalau hari-hari,,
kena maki, hina,
mereka jadikan kau bahan hinaan,
persendakan kan kau,
sakit weyh !!!
kadang-kadang kau samapai jadi taktahu apa sebenarnya kesalahan kau,
tibe2 je orang marah kau,
tibe dorang lemparkan kata cacian,


waktu tuh, Allah je lah yang tahu perasaan kau,


tapi satu je perlu kau ingat, balasan Allah itu ada,
janji Allah itu pasti,


dan ingat lah selalu dalam hidup nih,
 buatlah semata-mata kerana Allah,
nescaya kau akan temui keikhlasan,
peduli kata manusia yang ada disekeliling kau,

jangan terus mengeluh dengan ujian,
tapi bersyukurlah, diberi ujian,
itu tanda CintaNYA,

biar sahaja manusia melihat keburukan engkau,
tapi yakinlah, dengan kau bersabar dengan ujian itu,
Allah sedang melihat kecantikan kau disiNYA,




biar saja mereka terus berkata ,
yakin pasti mereka temui titik keletihan diakhirnya,


sabar itu indah,
maafkan sahaja mereka,, :)

#ceritaintershipsaya#














Friday, 4 July 2014

_untitled_

bismillah,

sabarlah wahai diri,
saat kamu dipandang hina dimata manusia,
ingatlah itu tidak penting, selagi mana kamu mencuba meraih redhaNYA,

memang benar, selagi mana kamu digelar hamba,
selagi itu kamu akan diuji,
kerna ujian Ilahi itu adalah tarbiyah untuk menjadikan kamu lebih baik,

memang benar , Allah tidak pernah menjanjikan langit yang sentiasa cerah untuk kamu,
tapi yakinlah yang janjiNYA itu pasti , Allah akan ada untuk kamu, menghadapi ujiannYA,
Sungguh pertolongan ALLAH itu dekat,


#moga UJian ini semakin mendekatkan diri aku padaNya,#
#sama-sama kita meraih cinta ILAHI, kerna itu lebih utama#

cemuhan

Bismillah,


kau nak tahu sakit sebenarnye bila,

kelembutan dibalas dengan kekasaran,
senyuman dibalas jelingan,

semuanya yang dibuat semua jadi tidak kena,

malam itu,terlalu banyak bebelan dari dia, sehingga semuanya yang dibuat tidak kena,
bayangkan saja, ketika saja kerja yang kau lakukan, diiringan oleh bunyinyan yang  kuat,
dan ia amat tidak menyenangkan,
mana mungkin aku dapat fokus,


kasihan dia,
bebelan dia begitu panjang.
sampai lansung dia tak temui titik noktah.
sehingga sampai satu tahap pabila bebelan dia lansung tidak aku endahkan,


teriakan yangpaling  kuat dia lemparkan,

'Assalamualaikum Ustazah , kau ni pekak ke !!!!
aku tanya ! kau jawab lha !!!!!!

pandangan nye tajam, kearah aku.

 ahhh kuat nye,
sebenarnye bila aku memilih untuk diam, bukan beerti aku setuju dengan cemuhan darinya,
tapi mencuba jadi air yang ingin memadamkan api, itu saja,

tapi, malah ia jadi sebaliknya,
api kali ini berbeza,
ia semakin memuncak pabila air disiram.
huh begitu lah perumpamaan dia.

kemarahan dia memuncak lagi pabila

 aku ajukan solan,

akak tak penat ke membebel ??

tak heranlah, lah kalau dia memang terkenal dengan mulut jahat,
dia.



sebenarnye aku tak faham, kenapa benci sangat mereka dengan aku,
hina sangat ke aku nih ?

apa sebab aku bertudung labuh ke ?
sehingga gelaran ustazah, yang diberi,


sebenarnya setiap hari bila aku bangun , aku harap sangat yang aku belajar ssuatu ditmpat kerja nanti,

aku dilayan sebagai seorang pelajar, yang ingin belajar,
tapi tidak,

setiap hari ada saja cemuhan , perlian dan tekingan  dari mereka,

sakit sebenarnye weyh,

bila, orang layan bagai mnusia yang tidak punya perasaan,
orang cemuh kau,

sedangkan , dia lansung dia kenal kau,

mcm tuh juga kau.

wujud sebenarnya manusia nih kat dunia.

susah sebenarnya, pabila mental kau diuji bila berhadapan dengan orang2  macam nih.

dan yang paling susah sebenarnya,
kau menahan dari menitis kan air mata, saat hati terlalu sakit,
sehingga semua itu kau mapu balas dengan senyuman,
tapi sebenarnye , ia terlalu sakit didalam.

moga terusan tabah
untuk berhadapan dengan orang yang sebegini,


doakan aku weyh , :(((

#ceritaintershipsaya #




























"aku tahu kau tak oke"
"kau nak tahu kat dunia nih , kau ta boleh harap semua orang baik ngan kau "

sambung dye, deep weyh :(

dia pernah a



Wednesday, 4 June 2014

_asing_

Bismillah,



siapa sangka aku yang dulunya terlalu cepat melatah,
kini bisa tenang mengawal amarah,

syukur ya Allah,
kerana masih pinjamkan aku kekuatan.

luar biasa bukan , aku dijadikan bahan ejekan dan ketawa oleh mereka
kerana hanya aku bertudung labuh,

sebenarnya itu lansung tidak kelakar,

kasihan, ajaran ISLAM itu dianggap ASING,
sehinggap yang bertudung LABUH , dianggap KOLOT,

mohon Ya Allah kurnia kan aku hati yang tabah, dan sentiasa tenang hadapi golongan yang sebegini,

#moga redha Allah sentiasa mengiringi setiap langkah aku, amin, #



Saturday, 10 May 2014

luar_biasa,

Bismillah,


segala puji bagi Allah ,
Walaupun keputusan aku dapat hanya biasa-biasa bagi mereka,
namun aku kira itu terlalu luar biasa.

bila diimbas kembali,
semester 3 ialah semester yang amat menakutkan bagi aku.

siapa sangka rutin aku menjadi begitu berbeza sama sekali,
terlibat dengan berpesatuan, meeting itu ini,
uruskan program sana sini,
dan kos yang terlalu sibuk,
jujur ia membuat hari-hari aku jadi GILA,

terkejut mungkin !!!!

(roomate aku sahaja tahu bagaimana kekusutan aku di bilik")


sehingga, semuanya tidak bisa aku tangani,
sebut saja pasal kelas ,
boleh dikira, berapa saja aku Hadir,

jadi tidak hairan, mereka yang disekeliling aku
melihat aku tidak keruan,

antara ujian yang aku hadapi,

 ketegangn
dan salah faham dari rakan group asignment aku,


kelakar sebenarnya, melihat ketidak matangan mereka yang marah kan aku,
meluah rasa di dalam laman sosial,
kata-kata kesat yang dilemparkan , sebenarnya amat menjengkelkan,
yang sama sekali aku tidak faham, apabila berhadapan,
dan peluang diberi untuk melahirkan rase tidak puas hati berhadapan,
tapi tiada kata yang dia lemparkan,
kaku dan gagap
kasihan
, dan pengecut !


bersyukur sebenarnya aku belajar sesuatu

nak kenal orang itu,
ialah pabila membuat dia marah.

cuba lihat bagaimana dia boleh bersabar mengndali marahnya ,

ujian seterusnya ialah,

apabila aku digandingkan bekerjasama dengan lelaki dalam assignment BEL,
pabila kelas BEL sahaja kami harus duduk berdua,
situasi itu amat aku tidak biasa,

apalagi kami memang jarang berkomunikasi,
dan amat tidak serasi bersama.

bagi aku bila sudah dewasa,
masalah juga harus diselesaikan cara dewasa,
mengasingkan perasaan masing-masing dan soal kerja itu amat perlu,

tapi cuma aku saja yang berfikiran begitu mungkin !

dan akhirnya, kerja yang harus dibuat bersama,
cuma aku sahaja yang buat,
dan dia cuma menghantar nya sahaja

"kau tahu weyh penat sebenarnya "

pernah juga, aku minta untukbuat bersama,
tpi alasan yang bermacam-macam,

untuk kau, sikit pun aku tak salahkan kau,
mungkin kita terlalu berbeza,
dan kata-kata sindirian yang kau lemparkan hari itu,
sungguh ia amat terkesan !!!

mana mungkin aku lupa !

dan akhirnya aku buat kputusan tuk lakukan sendiri.

dari awal hingga akhir.

sebenarnya ikut hati yang sakit,
aku pinggin sahaja laporkan yang kau tidak mnyumbang apa-apa untuk kerja ini,
tapi niat itu tidak teruskan,
sekadar berharap " ucapan terima kasih " dari kau .
sebagai tanda penghargaan,
kerna kau dapat markah yang percuma dari hasil titik peluh aku.
 tapi yang aku harapkan tidak pun berlaku.

bukan mahu menyimpan dendam, tapi BENCI dengan sikap kamu.
sekadar berharap aku dan kamu itu tidak digandingkan lagi,
kerna kita berbeza.

mohon tiada rasa benci antara kau dan aku lagi,

 #senyum#

ujian seterusnya pula ketika exam sebenar berlaku ,

waktu nih exam CiTU ,
sebenarnya sebelum masuk dewan lagi aku rasa perut aku dah lain macam,
tapi cuma berfikiran positif semuanya akan oke,
terus sahaja msuk dewan,

bila perut dah sakit,
dan rase bende tuutttt tuh meraung-mereaung minta dikeluarkan,
waktu itu kau akan rasa tiada bende yang mampu kau fikirkan,'melainkan,
"LUBANG JAMBAN"

perhhhh, mngikut peraturan exam,
selepas 30 minit baru boleh keluar,
dan cuba banyakkan selama 30 minit itu juga aku cuba menahan rase skit ini,
bertahan dan berthan supaya ia tidak terkeluar dalam dewan,

bayangkanlah kalau terberak,
perhhh malu bhai,

mana mungkin aku boleh fikir pasal kertas kan hadapan aku nih,
lansung tak boleh fikir,
pen kat tangan berapa kali aku lepaskan,
sebab tiada apa yang boleh aku fikir,

dan bila boleh keluar saja,
perh sebenarnya aku cirit ,
dan tahu saja bila cirit,
ia berterusan , hanya selang berapa minit akan rasa lagi,

rasa nak menjerit je,



bila dah lepas tuh,
pluang berapa minit tuh aku manfaat kan tuk fikir dan tulis dengan cepat,
aku tahu ia akan menyerang lagi beberapa minit lagi rasa sakit nih,

kecewa sebenarnya, mana mungkin aku boleh berfikir secara aman,
ia bagaikan PERANG yang berlaku, perlu diselesaikan.

huh rasa aman hanya sekejap saja,
selang 15 minit , rasa tuh datang balik,

ko tahu weyh !
seksaan menahan,
kerna aku harus mengarahkan otak aku berfikir yang aku tak sakit perut,
dalam masa yang sama harus pula berfikir pasal soalan itu,
dan itu perkara yang amat sukar !!!!

"LUBANG JAMBAN " masih tetap mengungguli carta di fikiran aku,


dan aku berfikir sama ada mimilih untuk diketewakan sebab berak dalam dewan atau pergi tandas banyak kali"

aku pilih yang kedua,
lantaklah dOrang nak fikir apa asal hajat aku tertunai !



ringkas cerita 3 kali aku ketandas,
untuk esei citu,
rakaiaan esei itu tidak lancar,
 kecewe dan kecewe.

apa yang aku belajar, dari peristiwa ni,

"sebanyak mana pun kau belajar,tapi jika Allah tidak memberkati, dan tidak redha,
kamu pasti tidak juga dapat lakukan"

kita disuruh untuk berusaha, dan apa yang paling penting keberkatan dan redha Allah itu,
itu paling utama,

dan aku tidak berharap yang lebih dengan esei yang aku kira teruk ini,



sekadar berharap lulus !


dan alhamdulilah A untuk Citu ,


dan pengajaran lain
"

JANGAN MAKAN SAMBAL SEBELUM HARI EXAM KALAU TAK NAK BERULANG ALIK DI TANDAS "


seterusnya,
dalam persatuan,
aku tak minta dipilih, tapi bila dipilih,
aku cuba lakukan yang semampu aku,
tipulah kalau aku kata tak sibuk,

dan jujur, aku tak tahu dan pelik bagaimana mereka yang aktif dalam berpesatuan mengurus masa,

cuba bayangkan, kita disuruh bergerak kerja,
dalam minggu itu dengan cepat,
perlu meeting,
perlu merangka,

tapi dalam masa yang sama terikat dengan akademik, test quiz
belum lagi asignment, presatation yang harus dilakukan segera, !

kusut juga, !

tapi apa yang menguatkan aku ,
surah muhammad ayat 7
"Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu"

alahmadulilah bergerak kerja dengan persatuan Islamik,
dengan berobjektifkan, menolong agama Allah,
itu satu gerak kerja yang luar biasa,

jujur biapun aku mengeluh,
tapi sebenarnya,
aku suka ,

ia satu medium bagi aku untuk berpeluang belajar agama Allah
medium aku belajar mengenali Islam itu dengan lebih mendalam,
satu medium aku belajar menyampaikan dakwah,
medium dimana sabahat biah bertudung labuh aku bertambah,


maha suci Allah , Allah hadirkan insan ini sebagai peratara bila aku kesedihan,
kata-kata semagat mereka, itu sangat berharga,

alhmadulilah,
saat sahaja aku sedih dan menangis ,
pasti rumah Allah itu aku jejak (PH)

dan pasti ketika itu,
ada saja sahabat biah ini akan mendekati,
mnyampaikan ayat-ayat Allah untuk buat aku tenang,
dan bangkit  !

subhanallah menakjubkan

.bergambar dengan sebahagian dari mereka :)

bila diimbas kembali,
usaha kawan sekelas dan aku sungguh bebeza,
bayangkan saja, waktu mereka sibuk menulagkaji ,
tp aku sibuk untuk mengurus program,
masa mereka tidur,
itulah masa aku mngulang kaji,
ia amat singkat,

tidak setanding mereka,

tapi mahasuci Allah,
pertolongan Allah itu DEKAT .

markah carry marks aku dan mereka tidak lah jauh berbeza,
dan ada juga subjek yang markah aku lebih tinggi dari mereka semua.

bukan mahu berlagak,
tapi satu kelebihan bila menolong agama Allah,

keberkatan itu amat penting.

teringat kata-kata hamka




makna kata, hiduplah dengan memberi manfaat pada yang lain.

sekadar pndangan
kamu tidak HEBAT ,
 jika hanya mendapat dekan,
tapi tiada lansung manfaat diberi pada orang lain


sungguh segala pengalaman ini,
mnajikan kan aku lebih dewasa,

sebenarnya,aku menjangkakann
bahawa aku akan gagal,
kerna usaha aku yang sedikit sekali,

dan bersedia untuk REPEAT

namun , pertolongan Allah itu dekat,
aku lulus .

dan pointer aku mningkat,

mungkin ia tidak cemerlang kamu

tapi bagi aku , ia sungguh luar BIASA,


syukur yaAllah..


#notakaki

1.Menikmati hari-hari sebelum berpraktikal.