Monday 26 October 2015

Ibrah

Dengan  nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.
Moga dipermudahkan untuk penulisan kali ini.


Terbaca satu posting di fb ,dia cerita satu keturunan keluarga belah ayah dia tak solat,seumur hidup dia, tak pernah pun lihat ayah dia solat, sehingga kini ayah dia dah berusia 50an, tapi masih tidak lagi solat, nasib dia baik sebab keluarga belah ibunya berbeza, pegangan agama keluarga belah ibunya kuat.Alhamdulillah, dia solat dan yang lain dia tak tinggalkan.

Dengan izin Allah, moga posting saya kali ini di baca olehnya.

Bukan niat nak mengaibkan. Tapi moga menjadi Ibrah buat kita semua.

Cerita keluarga saya sangat sama dengan cerita tadi.Tiada seorang pun anak yang ingin biarkan ibubapanya terusan tidak solat, apalagi seorang ketua keluarga, yang tugasnya sebenarnya menjadi pemimpin, tapi gagal untuk memimpin.Bukan setakat solat, puasa dan yang lain semua ditinggalkan.
 Sekali lagi bukan niat untu mengaibkan.

Jujurnya, saya terlalu cemburu, mereka2 yang punya bapa, yang rajin ke masjid, yang kuat imannya. Tapi saya tidak

Syukur, didkan ibu pada kami semua, tempias penyakit keturunan abah tidak pada kami.
Saya yakin ini adalah ujian dari Allah, untuk kami agar terus berdoa pada Allah.

Doa saya dari dulu tak pernah henti agar Allah buka hati abah untuk bertaubat, sebelum nyawanya di ambil.

sehingga , suatu hari , abah dimasukkan ke Hospital.

Buah pinggang abah dah rosak.penyakit gaot abah yang semakin kritikal,jantung abah dah ada masalah.
satu2 doktor tu terangkan.sambung doktor tuh lagi, "benda dah rosak , tak boleh nak baiki"
Boleh baca posting saya sebelum ini pasal abah.


saya terlalu takut, takut sangat, macam mana kalau Allah ambil nyawa abah, sedangkan abah belum bertaubat,dan keadaan abah waktu itu dah semakin  kritikal,
saya takut sangat nak hadapi pelbagai kemungkinan yang berlaku.

dan, setiap malam , doa dalam tahajud agar Allah cepat kabulkan doa saya. bukan sihat abah yang saya minta, tapi agar Allah buka pintu hati abah bertaubat, dan moga Allah ampun kan segala dosa abah. itu sahaja.

Dan ingat lagi hari khamis (30 april 2015), waktu maghrib, tetiba sahaja abah tanya pasal solat. "Nurul , boleh tak ibu ambil wuduk abah" 

tahutak perasaan, insan yang selama ini yang kau ingat kan untuk solat sebelum ini sering mengendahkan.
Tapi waktu ini dia tanya pasal solat. Mahasuci Allah, yang amat benar mendengar doa hambanya.Yang tidak mengecewakan hambanya. Abah akhirnya solat. :')

dan ingat lagi, hari sebelum abah koma, waktu solatlah yang sering abah tanya, istigfar tidak pernah putus dari bibirnya. 
Syukur, Allah beri saya peluang untuk jaga abah di hospital.

sehingga , waktu abah koma. saya terlalu takut. doktor hanya jamin hanya 48jam sahaja waktu untuk abah.
tiada harapan lagi untuk abah hidup. semua organ dalaman sudah rosak. 

ruang icu sangat hiba dengan tangisan.
mana mungkin saya kuat lihat kondisi abah begini, tali tali berselirat di badan abah. terlau banyak mesin, yang saya sendiri tidak faham fungsinya.

jujur saya tidak kuat, insan yang saya gelar abah, terlantar begitu, saya yakin itu terlalu sakit untuk abah.

saya takut, bagaimana nanti kalau Allah belum terima taubat abah. bagaimana nanti kalau abah pergi aibnya ditinjukkan, saya takut.
Tak henti saya doa moga Allah ampunkan abah, moga aibnya ditutup.

Hari isnin 4 mei 2015, kadar jatung, darah dan oksigen abah di skrin itu semakin menurun, hampir sudah angka kosong, saya tahu abah sedang hadapi sakaratul maut.telinga abah saya bisikkan ayat2 Allah, moga hatinya boleh menyebut kalimat 'La ilahaillah"    "abah istighfar ye bah"
Tangan abah saya gengam erat, kalimat kalam allah terusan dibaca, saya tahu abah sanagat perlukan doa2 anak2nya.


dan sehingga, semuanya kosong.

jelas , saya dengar nafas yang terakhir dari abah.

dan saya sedar abah dah pergi.

mata abah saya tutup perlahan2.

apayang menakjubkan yang ingin saya kongsikan, abah yang kulitnya agak gelap, tapi berubah cerah ,dan jelas baris2 gigi abah mengukirkan senyuman, terlalu sangat berbeza wajah abah semasa koma.

Maha suci Allah , Allah ingin tunjukan sesuatu. 

dari mulai proses mandikan abah, kafankan, (saya juga terlibat), sembahyangkan, dan tanam, semuaya mudah, tiada apa2 halangan.Seperti yang saya kuatirkan sebelum ini.

Baiknya Allah, Allah tutup semua aib abah.

moga ALLAH terima taubat abah. :)

apa yang ingin saya simpulkan,hidup ini bagaikan permainan bola sepak. selagi kita taktahu pengakhiranya, selagi tu kita tak boleh nilai apa2.

siapa sangka, yang jahilnya dulu, tapi pengakhiran hidupnya sangat mulia.

bukan niat nak mengaibkan abah saya , yang kini sudah pergi, tapi kepada sesiapa yang punya cerita kehidupan persis seperti saya.Jangan berhenti terus berdoa pada Allah, Ini ujian Allah untuk anda untuk lebih lagi menjadi soleh dan solehaH. Yakinlah Allah maha mendengar.

teringat kata2 ustaz Ebit Lew "Jika lihat orang jahil, bukan kejian yang kita berikan, tapi doa yang harus kita lakukan. Belajar mengasihi kerana Allah"





moga cerita saya menjadi ibrah yang berguna. :)

*moga saya dipertemukan dengan abah disana.

































No comments:

Post a Comment