Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,
selawat serta salam buat junjungan besar nabi muhammad s.a.w
Penulisan kali ini
mungkin agak cacar marba,
Tidak teratur,
Masih kekeliruan
dengan identiti diri yang sebenar,
Masih kecewa dengan
diri ini mungkin,
Faham bila kau benci
aku,
Aku juga benci
kadang dengan diri ini,
Mengapa aku tidak
bisa jadi seperti wanita SOLEHAH itu,
Masih gagal untuk meneguhkan pendirian,
Jujurnya masih lemah,
Perlu kekuatan, dari sekeliling,
kau tak tahukan
betapa peritnya,
Jadi muslimah,
Diri yang sebenar
merupakan cabaran paling UTAMA,
Dulu aku begini,
kini begini,
Lainkan,
Bezakan, ouh
terlalu,
Aku juga kadang
masih merasa bagai mimpi,
Inikah diri aku
kini,
Apa aku gembira atau
tidak,
Muktamad ! Ini jalan
dipilih ,
Benar, mahu berubah
itu mudah , mudah sajakan,
Tapi yang sukar itu
istiqamah,
Berapa lama kau
tahan dengan perubahan itu,
Sabar dengan cacian,
Dan yang paling
penting cabaran untuk diri kau yang sendiri,
Keinginan, kau yang
dulu dan kini harus juga berubah,
Dan yang
paling-paling penting juga ialah, hati kau,
Benar apa kau ikhlas
semata kerana Allah ataupun kerana manusia,
Aku bukan apa yang
kau fikirkan,
Mungkin masih mampu
mengukir senyuman,
Tapi dalamnya , aku
masih berjuang, berjuang pada diri sendiri,
Ia amat perit untuk
aku,
Mungkin di luar
dilihat baik,
Tapi kadang kala
yang lama itu kembali,
Arghh terlalu payah istiqamah,
tafsir alquran,mathurat, dhuha, tahjud, hajat , sunat qabliyatan , badiayatan,
mengapa aku tak istiqamah mengerjakannya selalu,
kecewa,
kecewa.
kecewa,
iman ini kejap naik dan turun,
mohon Ya Allah,
bantu aku untuk istiqamah,
dekatkan aku dengan amalan yang membawa aku menyintaimu melebihi segalanya.
Maafkan aku Ya Rabb,
Kadang kala masih
meragui,
Hijrah ini ,
semata-mata untuk untukMU,
Berubah,
Kau kata mudahkan,
tapi sebenarnya, banyak dugaan yang ditempuh,
Tapi aku yakin,
kalau niat baik Allah permudahkan,
Doakan aku, bukan
keji,
Nasihatkan aku,
bukan hina,
Bimbing aku, bukan
tinggalkan,
Kamoo,
Aku juga manusia
biasa,
Sebaik ,mana pun aku
lakukan,
Tapi kenyataannya,
aku tak akan mampu jadi sempurna,
Kan,
Terima aku apa
adanya,
Jangan nilai luarnya, kerana ia sungguh berbeza,
Dari dalamnya,
Sedang BERTATIH
dalam penghijrahan itu ialah aku,
Doa saja yang
terbaik,
Kitakan bersaudara,
assalam w.b.t
No comments:
Post a Comment