Monday 27 May 2013

iktibar bersama ,

 Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,
selawat serta salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat,
merekaa......


bosan aku lihat kamu,
masih bangga mengenakan pakaian kamu,
masih leka melakukan maksiat,
berpeluk peluk sama yang bukan mahram,
kesana kesini tanpa hala tuju,
lihat disitu , ditaman-taman, di mall,
ahhh aku bosan,


bangga kamu,
sampaikan di fb,intagaram, tagged, dan seangkatan dengannya,
kamu upload gambar tidak senonoh kamu dengan nya,
bangga kamu mahu dunia tahu dia milikmu,
dia cintamu,
oh so sweet ,
itu komen yang kamu mahu,
eh kamu itu dosalah,



tidak lansung tidak aku cemburu sama kamu,
aku tahu kamu cantik,
aku akui kamu pandai bergaya,
yaa aku tak menafikan itu,

sunnguh , aku tak mengerti mengapa kamu begitu bangga melakukan dosa,
kamu biarkan nafsu muda kamu menguasai kamu,
kamu biarkan mahkota kamu dirampas yang bukan halal untuk kamu,
kamu biarkan mata mata keranjang meratah kecantikan kamu,

apa itu untuk, membuktikan cinta kamu,
apa itu cinta sejati ?

sehingga yang tidak bersalah dilahirkan.
malu bukan,
lantas itu kamu buang,
apa itu sampah bagimu,
jijik amtkah kamu dengan sikecil itu,
mana ya rasa kemanusiaan kamu,'
sampai hati kamu ,

bosan aku cerita kamu,
pegang-pengang,dah pegang mahu peluk, dah peluk mahu cium,
dah cium terus main,sedar-sedar mengandung,
pastu beranak buang anak , pastu bunuh diri,
ahh bosan bukan cerita kamu,
yang sudah ku tahu kesudahan,


apa kamu lupa yang didlam neraka itu dihuni oleh kaum kita HAWA,
ya aku tahu fitrah wanita itu sungguh lembut,
ingin disayangi, dihormati,mudah untuk mencintai,
sejajar dengan firman Allah dalam surah Ar Rum

tapi mengapa tidak fitrah itu disalurkan ke jalan yang diredhai Allah,
mengapa terlalu mengejar cinta yang tak pasti sehingga mengheret kamu kelembah kehinaan,

wanita,  raihlah cinta Allah, balaslah cinta Rasullullah, tegukalah kasih bapa kamu,
saudara lelaki mahrammu,
insya Allah yang demikian lebih memelihara hati kamu,

ingat ini, tiada siapa yang akan menyakitimu tanpa izin kamu,
tiada siapa yang melukakan mu tanpa kerelaan kamu,
natijahnya semua bergantung dari kamu

wanita ini fakta,
lelaki kalau dah rosak, masih diterima bukan,
tapi kalau perempuan,
dianggap jijik,
masih mahukah kamu diterima buat yang halal untuk mereka,
terus terang , kebayakan mereka hanya mahu kamu untuk tempias nafsu mereka,
kamu dimainkan,

ternyata mereka mahukan yang solehah juga
untuk jadi ibu kepada anak mereka,
 tapi kamu yang sudah serahkan mahkota berharga kamu,
ditinggalkan begitu,
kejam bukan,
ya memang dunia ini tidak adil

wanita juga yang jadi mangsa,


lihatlah dirumah-rumah perlindungan wanita,
banyak kan, yang sudah jadi mangsa
mana kekasih kamu itu, yang sudah menjanjikan bermacam-macam,
kesudahan,
kamu yang tanggung semua,
tapi dia, hanya melepaskan batuk ditangga,
bermodalkan ayat manis, bnyak wanita lain lagi yang dia boleh dapat,
fikirkah kamu ini semua sebelum kamu melakukan perbuatan terkutuk itu,?

yang lepas biar lepas,
jadikan pengajaran untuk kita semua,
ingat pintu taubat masih terbuka,




jaga hubungan kamu dengan Allah,
nescaya Allah jaga kamu,

serahkan hati kamu kepada Allah
nescaya Allah temukan kamu kepada pemiliknya,

ekslusifkan dirimu untuk yang halal bagimu

ingatkan diri kita, kecantikan yang kita ghairahkan
itu milik Allah,
ingatkan diri kita cantik mulus kulit kita,
rampingnya pinggang kita,
itu semunya jasad
jasad yang akan dimamah bumi,

sudahlah,
ingat kematian itu pasti,

wanita , maaf aku aku begitu lantang,
aku sedih,
sungguh aku menulis kerana terlebih dulu untuk diriku,
sungguh aku jua berlmur dengan dosa seringkali tergelincir dari landasan iman,
aku jua perlukan nasihat dan teguran kala aku alpa,
moga dapat dijadikan iktibar.





Ya Allah ampunkan dosa kejahilan kami,
jadikan kami bidadari syurga,
hidupkanlah kami dengan iman,
matikan kami dengan iman,
serta masukanlah kami kedalam syurga kamu dengan iman.






No comments:

Post a Comment