Friday, 10 May 2013

Cinta ? oh TIDAK !






Jujur, saya bukanlah seorang yang suci hati , Bahkan saya sendiri tak lepas dari tersentuh 
hati dengan cinta duniawi yang menjajikan kepalsuan semata-mata.
Alhamdulilah , Allah buka kan hati saya untuk mengenali cinta yang hakiki, yang
lebih kekal abadi.

Terdetik nak buat coretan tentang tajuk ini,
Disebabkan oleh  sekeliling saya yang sangat asyik dibuai cinta sebelum nikah
kata mudahnya KAPEL, Tengok keadaan sekeling kita sekarang, budak sekolah
rendah pun dah pandai dah mahu berkapel,dah pandai dah mahu berdating segala,
dah jadi macam trend pula, , Kau tak ade kapel, kau tak laku, KATANYA.


Bila pergi ke mall, memang ta sah kalau tak jumpa pasangan yang bekapel ini,
siap berpeluk-peluk segala, Melayu pula tu, eh Islam lagi, Lemah nya iman kita
hanya dapat kutuk perbuatan itu dari hati saje kan,
sungguh , sepatutnya kita juga harus malu dengan Allah kerana membiarkan 
maksiat berlaku depan mata, apa kita nak jawab nanti didepan Allah
bila hanya mampu melihat kemungkaran tanpa mencegahnya.


Ia dia berpeluk2 , sana sini, tapi tahukah kamu mungkin dia jahil
dengan hukum Allah, tapi kita yang tahu hukum Allah hanya membiarkan 
sahaja ia berlaku, siapa lagi berdosa, Nauzubillahminzalik,
sungguh terlalu banyak yang kita harus perbaiki , ya Allah kuatkan lah iman kami.



kembali pada tajuk coretan sekali untuk mempertingkatkan diri ini, yang selalu rapuh 
dalam bercinta,

ye, Dia sungguh kacak , kata-katanya sungguh romantis,
membuatkan hati-hati perempuan cair dengan setiap 
ungkapan darinya,Dan dia sangat penyayang,
Tapi kamusedar tak, benarrkah dia yang akan menjadi 
kekasih halal kamu


Dan kamu pun tak pasti kenapa terlalu mudah
untuk terus serah kan cinta untuk dia, yang belum tentu dia yang tertulis halal untuk kamu,

Tidak sesekali diri ini cemburu melihat kamu, ya saya akui kamu cantik
badan kamu ramping., wajah kamu menawan, selalu sangat menjadi tarikan
kepada para lelaki.

Tapi kamu sedar tidak untuk apa kamu menawarkan
wang hantaran yang berpuluh puluh ribu, jika kecantikan yang kamu
miliki sudah menjadi tontonan para lelaki yang durjana ,
Dan kamu sedar tidak kecantikan yang kamu miliki, hanya 
sementara 
Jadi buat apa kamu sibuk merebutkan perhatian lelaki,
sungguh benar PEREMPUAN itu fitnah dunia !

Para wanita muslimah sekalian ingat lagi tak kita dengan peringatan Rasullullah,

Kebanyakan penghuni neraka ialah kaum kita WANITA,

Saya tahu kamu cintakan dia, dia baik, penyayang,
mana mungkin kamu nak lepaskan diakan,lagi-lagi kalau dia itu budak tahfiz,
pndai mengaji , eh siape tak nak kan.


Kamu sedar keburukan dia,dia mesej dan telefun kamu dengan tanpa keprluan.
Siap bersyang-sayang lagi, eh Ilove you segala lah.
dan siap ajak kamu berkapel lagi, sedangkan dia lebih tahu hukum agama,
tapi semua itu  kamu tutup dengan kelebihan yang dia miliki,

Kamu sedar tidak , dia dengan telah beraninya menyentuh hati kamu,
Sunnguh dia kejam kerana membuat kamu jatuh cinta, memberi kamu harapan palsu,
tanpa berniat lansung untuk membuat kamu yang halal untuk dia,

Dan dia kejam sebab dia telah mendekatkan kamu dengan zina,
sungguh dia lebih faham agama. Seharusnya dia bimbing kamu dan seharusnya,
 dia tidak akan sentuh hati kamu jika dia belum bersedia untuk menjadi yang
halal untuk kamu.
tapi malah sebaliknya. Dia juga sama dengan lelaki yang lain.
MEMANG DASAR LELAKI.


Dan kita juga bertanya, masih ada lagi ke lelaki yang benar-benar
soleh dan beriman,
kenapa selalu je jumpe yang HAPRAK ?

Tanya diri kita kembali, layak ke kita dapatkan mereka yang benar-benar
soleh dan beriman sedangkan kita pun belum kearah itu,
solat pun lewat waktu, aurat pun tak tutup dengan sempurna .

Tahu tak kita, mukmin yang soleh itu selalu mendoakan yang calon mukminahnya
solehah dan beriman juga, Bahkan dia selalu sabar menjaga hati, dan menyerahkan cinta
kepda pemilik segala cinta iaitu Allah ?


Ingat bukan kita saje yang baik, malah lebih ramai lagi yang lagi-lagi baik,
eh memang baik lah, 

semua orang nak yang terbaik dalam hidup dia tapi layak ke dia dapat yang terbaik itu.
Saya bagi contoh  perumpamaan ini, ramai orang nak berjaya, tapi lihatlah berapa ramai yang nak usaha kearah itu,
ye ramai yang nak lelaki soleh dan beriman, tapi lihat balik diri kita berimankah kita, solehah kita..

Muslimah sekalian,

Jangan lah terlalu mudah mahu ingin menyerahkan hati dan perasaan kamu
lebih lebih lagi buat lelaki yang HAPRAK macam dia,
kalau  baru je berkenalan dah bersayang-sayang.
tu dah buktikan betapa murahnya. kata sayang dia,
sedarlah muslimah !


ingatlah, bukan cara ini Nabi Muhammad mengajar kita untuk bercinta,
Cinta haruslah dihubung oleh cinta Allah,
Cinta yang suci membawa bahagia hingga ke akhirnya !


Tak salahkan untuk kita jatuh cinta, Cinta itu kan fitrah, biarlah ia menjadi rahsiah kita dengan Allah,
serah segala kepadanya, Jika dia memang jodoh kita insya Allah . Allah mnyatukan kita dengan dia,
tetapi jika tidak, yakinlah ketentuan Allah itu adalah yang terbaik untuk hambanya ,

ingat janji Allah perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, bgtu juga sebaliknya,

yakin itu ,



Dan ingat kata-kata ini, benda yang sangat murah, amat mudah diperolehi,
dan mudah juga dibuang, Jangan mudah jatuh cinta dengan orang yang tak berhak atas kita,
Ia secara tidak lansung membuktikan betapa murahnya sekeping hati dan harga diri kita,

Terus jaga hati, jaga iman jaga peribadi, jangan sesekali khianati amanah diri,
agar harga dirimu mahal, terus berdoa sabar, insya allah, Allah berikan kita yang terbaik !


renung kata-kata ini,                

Tidak kira lah sekuat manapun cinta kamu terhadap dia,
yang menyatukan cinta itu adalah Allah,
tetap tidak bersatu jika Allh tidak memperkenankan Cinta itu.

Namun jika Allah redha , tak kira lah terpisah mana sekalipun kamu dan dia,
kekuasaan dan keesaan Allah tetap menyampaikan cinta yang kita rahsiahkan itu.                                                  


maharkan harga dirimu WAHAI MUSLIMAH,


SEKIAN

*coretan ini peringatan untuk saya juga, jujur saya hanya manusia biasa, yang tak lepas dari melakukan kesilapn,semoga coretan ini dapat menjadi iktibar buat kita,
*bak kata ustaz saya tak dapat banyak dapat sikit jadilah,
*Sungguh hati ini mudah rapuh ia hari ini saya berkata sedemikian. mungkin esok saya menukar
balik apa yang saya kata, sungguh maaf saya tidak sempurna,
*yang baik datang dari Allah, Segala yang kurang itu dari saya.
















Wednesday, 8 May 2013

kita bangsa malaysia, harus bersatu

Kata orang tua

Kamu orang muda, tak pandai bersyukur, kamu lahir dari kesenangan.
Nikmat dari titik peluh kami dahulu,
Kami melawan penjajah untuk merdeka.
Berperang dengan Jepun untuk pertahankan tanah air,


Berperang dengan Cina pada 13 mei untuk pertahankan Raja Melayu,

Pertahankan hak bumiputra. Sanggupkah ko serahkan negara ini pada pendatang Cina?

K


Kalian orang tua sudah selesa. Kalian sudah ada sebidang tanah. Kalian sudah ada sebuah rumah. Kalian sudah ada kerja, gaji dan pencen. Dahulu, kalian mengaji percuma. Kami, belum habis mengaji sudah berhutang. Habis belajar, belum tentu ada kerja. Kalau bekerja, belum tentu boleh miliki kereta, rumah, dan tanah. Mahu makan sekali sehari pun susah.

Ya, benar. Jepun sudah pulang. Inggeris sudah berundur. Namun kami dijajah oleh bangsa sendiri. Melayu korup dan khianat. Membiar bangsa sendiri hidup melarat. Dahulu, meski dijajah, kamu masih boleh memiliki rumah sendiri. Kini, meski merdeka, kami hanya mampu menyewa.

Dahulu, demi mempertahankan tanah air, kita menghalau Joseph, Donald, Mizuno, Kozumi. Kini kita hanya berdiam diri ketika tanah kita dirampas oleh Mahmud, Muhammad dan Abdullah.

Kamu pinta kami berwaspada dengan Cina dan India? Tapi kamu import Indon, Myanmar dan Bangla? Kamu minta kami waspada dengan Cina, tapi mereka lebih prihatin tentang nasib kami berbanding Melayu, bangsa sendiri. Kamu minta kami berwaspada dengan Cina, tapi Melayu itu yang merompak tanah kita. Kamu pinta kami waspada dengan Cina, tapi Melayu itu yang berdusta.


Saya masih ingat. Ketika anak Melayu bawah umur dirogol oleh pembesar Melayu, Cina yang dikutuk hari ini bangkit membela. Beliau (LGE) akhirnya dihukum penjara.

Kamu kata, Cina mahu hancurkan kita. Tapi yang dibina Melayu, roboh dan runtuh belaka. Kamu kata, Cina mahu kita binasa, tapi Melayulah yang merompak harta negara, merampas Royalti dari negeri yang mempunyai penduduk Melayu paling ramai.

Kamu kata, DAP benci Islam, tapi peruntukkan Islam dilipatganda berjuta-juta. Kamu dakwa UMNO bela Islam, tapi roboh masjid, tutup sekolah agama, sekat dakwah, batal biasiswa agama.

Kamu kata DAP rasis, ultra cina dan benci Islam, tapi Zairil Khir itu Melayu, Islam dan anak pemimpin UMNO. Lalu kami tanya, mana calon Cina dari UMNO? Mana calon Melayu dari MCA?

Kamu kata, Cina itu musuh kita. Saya tanya, jiran rumah kita siapa? Bermusuh dengan jiran bukan ajaran agama.

Kamu kata, mesti bantu Melayu kerana Cina semuanya kaya. Kami tanya, Ah Chong, penjaja sayur yang mengayuh basikal itu berbangsa apa?

Kamu kata, berpakat dengan Cina DAP haram. Kami tanya, MCA dan Chua Soi Lek itu Melayu?

Bila kami hormati Cina, kamu kata kami lupa asal usul. Yang kami ingat, kami berasal dari negara Malaysia yang berbilang bangsa, Cina, India Kadazan, Murut dan sebagainya.

Kamu kata, hanya BN yang boleh memerintah. Kami kata, Penang lebih cemerlang di bawah DAP, Selangor lebih maju di bawah PKR.

Malaysia apa yang kamu gambarkan kepada kami?

Kami inginkan Malaysia yang lebih damai. Warganya aman tanpa mengira bangsa dan keturunan. Kami tidak perlu memaki dan mengutuk Cina untuk membela Melayu. Kami anak Malaysia!

Warisan dirombak, demi kepuasab nafsu kroni.

Semoga rakan-rakan Cina dan India saya tabah dalam menghadapi segelintir ultra Melayu yang nakal.

Wednesday, 1 May 2013

hijrah tudung labuhku,...moga kekal istiqamah

assalammualaikum, puh puh puh, bersawang dah blog ni, terasa bersalah pulak agak lama tak update,
   entah hilang idea mahu menulis,
            hilang semangat berkongsi rasa,
            hilang kata melontar bicara.
           
   dan  terdiam seketika dari dunia bloger ini,
   mungkin lebih gemar, memerhati , membaca post yang menarik dari bloger yang lain.
    dan diri ini masih mencari-cari identiti diri yang sebenar.

Buntu, tidak tahu bagaimana harus untuk memulakan cerita penghijraan diri ini.
,ya Allah lapangkan lah hati-hati kami, lancarkanlah penulisan ini.amin.
Bismillahirrahmanirrahim,


   Aku hanyalah pelajar sekolah harian biasa sahaja. Dan dilahirkan dalam keluarga yang terlalu  biasa-biasa. Ibu dan akak bukanlah yang pakai tudung labuh. Dan rakan-rakan sekolah mahupun rakan yang rapat tiada pun yang mengenakan tudung labuh. Ringkas nya persikitaran disini tidak mengalakkan aku untuk bertudung labuh,dan pernah aku membaca


Firman Allah dalam Surah Al Ahzab ayat 59: "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan dan isteri-isteri orang mukmin (yang benar-benar beriman), hendaklah mereka menghulurkan jilbab-jilbab mereka keseluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih dikenali, kerana mereka tidak diganggu, dan Allah maha pengampun lagi maha Penyayang" 



 Sekadar membaca nya sahaja, lansung tidak terlintas dihati.bukankah ini suruhan Allah kepada para muslimah .

apa yang difikir waktu ini ialah, kalau pakai tudung labuh tak boleh nak cantik cantik dah, lepas itu kawan-kawan tak ada yang pakai tudung labuh lagi, malu kalau keluar dengan kawan-kawan. kalau nak kerja susah nak dapat , kebanyakan kerja memerlukan pemakaiaan uniform, kan dah nampak bentuk badan... ahhh nanti jelah lepas kahwin je la.
 persoalan-persoalan ini yang buatkan penghijrahan ini tertangguh.


Tapi entah kenapa, hati ini masih rasa kosong sangat rasa ada sesuatu yang tidak kena, dan persoalan lain pula timbul, apa tujuan sebenar  memakai tudung sedangkan baju dan seluar ketat, mudahnya aku membiarkan  mata-mata liar memandang susuk tubuh aku,apa aku terlalu murah ?

apa nak cantik ?takut tak ada orang minat nak pakai tudung labuh ? nampak selekeh er ? bukankah yang tertutup itu lagi indah. bukan yang terbungkus mahupun yang terdedah.

apa kau malu dengan manusia, apa yang perlu kau peduli dengan pandangan manusia , tapi pandangan ALLAH , kenapa kau tak memirkannya, mana pergi iman kau.

kau fikir pasal susah nak dapat kerja, apa kau lupa bukankah rezeki itu datang dari ALLAH, dan rezeki Allah itu luas, maka apa yang perlukau fikirkan.bukankah Allah akan permudahkan urusan hambanya yang beriman, apa kau lupa. ?

Kau nak tunggu lepas kahwin. ? Ye setiap makhluk sudah ditetapkan jodoh yang masing-masing tapi berapa ramaikah mereka yang telah pergi sebelum sempat berkahwin. ingatlah bahawa kematian suatu kepastian.dan mana tahu kematian kau sebentar lagi sebelum kau nerkahwin dan baru nak menyesal kau tak sempat nak mahu menutup aurat dengan sempurna.

sehingga suatu hari, aku mencuba tudung labuh seorang muslimah in, yang bernama Ika,
Ya Allah labuhnye...dia kata ehh oke lah ni, terkejut aku, yup insya ALLAH suatu hari nanti pasti aku akan memiliki tudung labuh seperti ini.



Termenung aku seketika,
   kalau nak berubah mestilah , mestilah kena tukar semua mesti perlukan duit untuk beli baju-baju muslimah , tak akan lah hari ini pakai baju labuh esok dah tak , tak mungkinkan.
sehingga seutu hari aku menyimpan hasrat untuk belajar jauh . mungkin lebih menyuntink semangat aku nak berubah,

 Dan akhirnya , permintaan aku Allah kabulkan, aku dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang Culinary Ary di bumi penyu, TERENGGANU, lansung tak pernah lintas difikiran bahawa  aku akan kesini, itulah kan kalau kita nak berubah , Allah pasti akan permudahkan,

Nurul apa tunggu lagi , bukankah ini permintaan kau ? nak belaja jauh...then mahu berubah

Dan ada beberapa peristiwa yang tidak akan aku lupakan,

Iaitu semasa minngu MDS(minggu destini siswa) kami diarahkan untuk memakai stokin,.tudung pin 3mula setipa masa, ingat lagi kakak OC itu cakap " ekslusifkan diri kamu buat yang halal untuk kamu, " "alang-alang kamu ingin menutup aurat biarlah sempurna tutupnya"
Ayat ini masih segar dalam ingatan aku,dan ingat lagi,

Seterusnya semasa perbincangan semeja tentang persembahan deklamasi puisi,dengan Syafiq ,kakak dayah, Abg OC dan ade beberapa yang yang yang tidak ingat namamya. Disebabkan dah terbiasa tangan ni gatal lha nak tarik lengan ini ke atas, tapi dalam tak disangka-sangka akak OC ni tarik balik lengan baju aku .tapi mula-mula itu tak faham , then tariklah balik keatas, tapi dia juga laju tarik balik kebawah. Mula-mula rasa kakak ni macam kurang ajar suka suki je sntuh orang.

Tapi bila balik ke bilik , buat aku terfikir, itulah cara dia menegur aku, tapi bukan dengan kata-kata, tapi dengan perbuatan .dan sama sekali dia tidak imemalukankan aku.

 Nurul itukan aurat, Ya ALLAH betapa aku jahil sekali.
 Sejak dari itu aku, akumula membiasakan diri dengan memakai stokin dan sarung tangan,
taknaklah berubah secra mendadak, takut perubahan sementara.

Dan seterusnya shawl yang selalu aku pakai aku labuhkan sehingga menutupi dada.
Yup itukan yang perlu ditutup, dan secara beransur-ansur aku beli baju-baju muslimah,

tapi entah kenapa , rasa masih ta sempurna penutupan auratku.
bila dibandingkan dengan muslimah yang bertudung labuh disini.

Labuh sangat tudung mereka, longgar baju mereka, nak dibanding dengan aku, rasa berbeza,
Sering sekali lihat mereka, berkumpul bersama teman yang bertudung labuhdi musollah(Pusat Hidayah)
 Nak tahu seakan mereka-mereka ada daya tarikan yang tersendiri.
 Tiba-tiba sahaja pandangan jadi terpaku bila terpandang mereka.
  Atas bawah , aku lihat mereka. seakan ingin dijadikan sumber inspirasi.
 Mahu sekali bekawan dengan mereka.
  Subhanallah mereka cantik sekali.
Pernah tak kalian nampak yang bertung labuh ini diganggu oleh lelaki tidak bukan.
Benarlah firman ALLAH,
Yang demikian itu supaya mereka lebih dikenali, kerana mereka tidak diganggu, dan Allah maha pengampun lagi maha Penyayang" 


Sampai bila kan aku harus jadi Sipemerhati? Sehingga suatu hari aku bertekad untuk beli tudung labuh,
Dan masa cuti seminggu sebelum paper seterusnya, aku terus je menegena kan tudung labuh bidang  60 untuk keluar ke Pasar. mula-mula itu nampak ibu abah muka terkejut lihat penampilan baru aku. Tapi mereka tak cakap apa-apa, aku tahu mereka dah lihat perubahan kau sedikit demi sedikit, semasa pulang cuti sebelum ini.

Mula-mula itu memang rasa kaku, yelah perubahn terbaru, ada yang memuji dan ada juga pndangan sinis, tapi tak apelha aku tak perlu pujian itu, dan tak aku peduli kata ejekan mereka-mereka yang lain,
bukan nak berlagak alim, atau nak tunjuk aku solehah ,
Ya ALLAH diri ini masih terlalu jahil lagi.
Baru sahaja mahu mengenal islam itu yang sebenar,
Jauhkanlah sifakt riak takbur dan sombong dalam diri ini Ya Allah.

Hijrah ini semata-mata keranamu Ya RABB
semata-mata ingin peroleh redha dariMU.


Ya ALLAH janganlah kau pesongkankan hati kami, sesudah kau memberi petunjuk kepada kami,
Bantulah kami agar terus genggam erat hidayahmu Ya RABB
Bantulah kami agar terus kekal istiqamah... amin











   








Tuesday, 2 April 2013

terus istiqamah nurul,


 

   Tak dapat dinafikan , seakan ada tarikan yang tersendiri bila melihat muslimah yang menutup aurat dengan sempurna. Kagum melihat mereka yang terus beristiqamah mengenakan pakaian yang dituntut dalam islam.

    Biarpun tidak mendapat pandangan mata-mata keranjang dari adam, tapi semestinya pandangan Allah yang paling mustahak. Ya Allah aku kagum melihat mereka, terasa diri ini hina sangat, Jika sebelum ini aku hanya mengambil endah sahaja tentang perkara ini, sebab bagi aku cukuplah dengan mengenakan tudung sahaja untuk keluar, tapi pakaian ya Allah betapa jahilnya hamba mu. Mungkin dulu aku tak mengrerti makna menutup aurat yang sebenar-benarnya.


      Entah mengap,aku terlalu bangga dahulu bila dapat mencuri pandangan lelaki, ya Allah sungguh itu dulu  pandangan yang hina,ampunkan aku, syukur persekitaran disini buatkan aku semakin sedar ,semakin mengenali makna islam yang sebenar-benarnya .Pabila melihat mereka, terlalu kagum seakan ingin terus melihat mereka dari pandagan atas dan terus kebawah, sungguh segalanya ditutup. terlalu teliti mereka menutup.Demi menjaga maruah diri.


Mahu terus istiqamah untuk membetulkan diri, syukur Ya Rabb kau telah bukakan hati hambamu ini. semoga kau permudahkan  penghijrahan ini untuk menjadi wanita yang solehah, semuanya hanyalah semata-mata keranamu Ya Rabb, aminnnn

Saturday, 30 March 2013

Nak pinjam bahu NAK NANGIS , :(

     nak nangis , nak menjerit, nak dunia tahu aku sedih , sedih sangat weih,
 runsing mahu fikir mana nak cari rumah untuk sem depan, yang aku tak berapa pasti risikonya, yang pasti banyak duit akan habis macam tuh je untuk sem depan,

       Weyh, aku bukan dari keluarga yang berkemampuan , abah bawa teksi saja,ibu suri rumah, tak mampu untuk tanggung perbelanjaan aku dekat sini, mujur sebelum ini aku bekerja , duit itulah aku guna untuk tampung aku dekat sini, duit titik peluh aku sendiri weyh, siang malam berkeja, macam dugaan aku hadapi, lama-lama duit itu habis juga, mujurlah ada ptptn, satu sen weyh aku tak minta duit ibu abah, aku tahu betapa susah abah nak tanggung yang lain lagi,


       Ibu pernah cakap, kalau jauh sangat tak payah belajar lah nak, NANGIS aku weih, aku rase macam sia-sia aku dapat kputusan cemerlang spm, tapi impian aku untuk sambung belajar musnah, " kalau duit yang ibu fikir, ibu tak payah risau nurul ada simpanan " itulah alasan supaya ibu redha aku sambung belajar. Aku faham apa yang ibu fikir,segala  kos nye kami keluarga tak mampu, dulu senanglah pakngah boleh tolong, tapi keaadaan sekarang tak macam dulu. duit nak pergi balik lagi, yang pasti ibu abah tak kan nak datang untuk datang bawa aku balik. TIDAK ! aku faham


      Banyak aku fikir, banyak sangat weyh ! untuk akhir sem nanti , pastinya ramai keluarga mereka yang menjemput dan angkut barang-barang mereka yang banyak itu, tapi aku tak ,entah aku tak tahu macam mana nanti aku untuk angkut sume barang-barang ini bawa naik bas , entah tak habis fikir aku, " ala NURUL pujuk lah parents kau amik kau, takakan tu susah " kata mereka , tersenyum aku " awak kita tak sama ".


        Mereka silap kalau mengandaikan ibu abah tak sayang aku, SILAP, aku faham lagipun abah bukannya sihat sangat punn , tak weih, risau aku kalau dia jalan jauh, aku sayang doraang. Memang dari kecil aku dah terdidik tak susahkan mereka , sebab aku faham keadaan keluarga kami,


       Aku tak bagi tahu ibu pun pasal terpaksa untuk jadi NR sem depan, aku tahu kalau ibu dengar keluhan aku, mesti ibu akan suruh aku berhenti, aku tak nak weih aku nak capai cita-cita aku, biarlah aku tanggung kesusahan kat sini tanpa perlu menyusahkan mereka, Allah sentiasa ada bersama aku, dan aku yakin setiap kesusahan yang Allah bagi mesti ada kemudahan , yakin itu NURUL ;)


 sabarlah duhai hati :( SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMA ORANG YANG SABAR :)


daah lah nurul berhenti mengeluh dengan ujian yang kau hadapi, terus pandang orang yang lagi tak bernasib baik macam kau,  dah tentu kau akan  terus BERSYUKUR , dengan nikmat Allah yang kau terima, terus lalui ia sebagai satu ranjau dalam kehidupan !


ingat nih-* BUKAN SENANG NAK SENANG*
 















Wednesday, 6 March 2013

senyuman saya, jelingan kamoo,

  Menjadi seorang mahasiswaa, memang tak lepas dari tekanan kan, tapi bagi yang pandai kawal
ala lumrah hidupkan.

Macam aku, secara jujurnya aku memang seorang yang panas baran, tapi pengalaman yang 

mematangkan segalanya, dari seorang yang tak pandai kawal marah jadi seorang yang lebih sabar,

sabar ke , hey bolehlah berbanding dengan dahulu kala,
tapi apa yang nak aku cerita hari ini berkisah pasal kawan aku, hey-nak gelar dia Zainab , hee
Nak tahu tak, akhir-akhir ni dia macam masam muka je dengan aku, bila aku ada je mesti dia akan larikan diri , 


Haha macam dalam drama tuh, aku kesini dia kesana dan ku kesana dia kesini, tah ape-ape entah.
cuba jugalah lah tegor dia, haha dengan lagak hepinya, terus tegu , hey hai Zainab... (senyum) tapi dibalas dengan muka yang masam bagai aku yang syok sendiri.

Baru tadi pun tegur juga, tapi feedback masih sama , dia diam je, then buat tak tahu

hello aku perasan sangat2, yang dia memang marah kot, atau kccil hati kot, atau dah benci aku kot,
hmmm muhasabah diri sebentar....

yaa tak perlu nak meletakkan salah pada diri orang, mungkin salah aku, iya semua salah aku, mulut aku ni kot dah lukakan hati dia, 

yaalah baru-baru ni dia tegur aku kenapa asyik buat assignment mgt je , macam tuh ke patut dia tanya, mungkin nada dia agak perleleh kan aku, ya lah mgt nak present esok kott, yang assignment yang tak tahu bila nak submitlah dia beriya- iya buat, mungkin disebabkan jejeka itu, haitttt TUIII ,

 dengan nada mungkin agak kurang sopan, aku cakap, asal tak puas hati ke <\? tengah stress kott, then lagi tanye solan budak tak pandai, haha macam nilah nurul bila dah keluar panas baran dia,

tapi tak akan lah pasal tuh hubungan silaturrahim putus, haha zainab zainab,awak dah dewasa, fikirlah cara matang, tapelah awak senyuman yang saya beri tapi dibalas dengan jelingan, tapi tak apa, saya pasti jelingan kamoo sekarang akan bertukar dengan seyuman juga nanti,


sekali awak elak dari saya dua kali saya akan cuba rapat dengan awak, tak suka lah nak sinpan dendam sume ni, ni nak beri peringatan pada diri dan semua Sebelum kamoo bencikan seseorang, kenanglah dulu kebaikan yang dia pernah lakukan. takakn lah satu keburukan yang dia lakukan terus awak tak dapat nak maaf dia, terus awak tak dapat lupakan ,tapi dengan kebaikan dia yang banyak sebelum ni, awak lupakan dia macam tuh je,,, kenang2kan  

Thursday, 14 February 2013

Sabarlah Nurul,

     Tiga tahun lagi nak habis, Ya Allah boleh ke tempuh hidup kat Uni , bolehke aku aku siapkan assignment dari lecture bagi, buat presentation, cakap omputih, Boleh ke aku lulus dengan Test2 yang mendatang, Tolong aku Ya Allah, Seriously weyh aku takut sangat,kalau tak dapat pass, tibe2 jadi budak repeat , ataupun kene buang U sebab tak layak, aku tak nak ibu abah kecewa.


        Entah dari dulu lagi, aku memang tak yakin dengan diri, tak yakin. Kadang-kadang terfikir juga layakke aku masuk dekat sini. Aku lemah sangat bila tengok yang lain lebih baik, tak layak sangat untuk dibanding dengan mereka-mereka.aku lemah Ya Rabb, Entah tak faham , kenapa subjek -subjek yang dalam kos nie sumenye berdasarkan fakta. Kena hafal semuanya, kadang tak faham eh kenapa nak belaja ini itu, hello aku nak belaja masak je koot, tapi terpaksa juga berhadapan dengan subjek2 mcam itu. boring weyh. aku suka NOMBOR , hakikatnye tak ade pun subjek yang bernombor, hmmm maknenye tak ada subjek yang aku boleh skor tinngi, seriusly cemburu tengok roomate aku buat math, discuss ngan membe die, aku tak dapat join. Then bila tengok soalan test akaun seriusly weyh same je macam spm, senangnye, Tapi dapat tengok je soalan macamitu, tunngu sem 3 lah jawabnye untuk akaun, hmmm.


    Pernah juga terfikir, nak je berhenti Uni, sebab rasa macam tak mampu, Hello Nurul kau baru part 1, final test punn tak lepas lagi, Rileks lah. Ouh oke, yelha sem ni pun tnggal lagi sebulan lebih je lagi rileks Nurul, kau BOLEH, mesti budak-budak kos lain akan tergelak kan bila bace blog ni, yalha kos kulinari je kott, dah rasa tak mampu. Ye kamoo HEBAT, saya tak macam kamoo. kita berbeza.


   Susahkan nak dapat sahabat kat Uni, sahabat bukan kawan yeeh susah sangat, rasa sendiri disini walaupun dikelilingi oleh kawan-kawan. Terpaksa mengukir senyuman yang palsu. Kat Uni ni bila  kau rase jatuh lemah, kau kena motivasikan diri kau balik. Kau kena bangun sendiri tanpa mengharap orang dikelilingkau. Kau kann dah besar Nurul. Mengadu semuanya dekat Allah. mohon kekuatan darinya. Dia yang beri dugaan dan dia juga yang beri kekuatan.Dan dia tahu kau boleh hadapinya.


Jangan biar kekuatan menguasai diri kau Nurul. Yee ingat lagi,masa program modul 1, dalam kelas madam tuh cakap," Untuk capai sesuatu amat sukar tapi untuk menghancurkannya terlalu mudah" Nurul ingat tak siang malam kau belaja sebab nak dapat keputusan yang baik dalam spm, sebab nak dapat tempat kat menara gadingkan, sekarang usaha kau tak sia-sia. Kau dekat UNIVERSITY Nurul! BUKAN lagi mimpi. takkan senang-senang kau nak menyerah sebelum berjuang habis habisan.YEE saya mampu lakukan :)


   Saya tidak sendiri disini , saya ada Allah, mohon dan mengadu semuanya DariNYA,  semua yang aku hadapi aku yakin ada hikmah sebaliknya, dan inilah yang terbaik untuk aku. Mulakan hidup di bumi Penyu dengan tabah ye Nurul, sentisa positifkan diri yang penting SABAR , bukankah Allah dekat dengan hambanya yang SABAR , :)